10 Dinar Public Gold kini berwajah baharu

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Satu per satu emas keluaran Public Gold dikemaskini dengan design yang baharu. Terkini, salah satu syiling emas dinar Public Gold telah diperbaharui dengan design yang lebih eksklusif dan elegan.

Di seal dengan elok dalam kad ketulenan yang berwarna hijau, bercorak geometri, ianya pasti menjadi emas yang wajib ada dalam koleksi simpanan anda.

Nak tengok syiling 5 dinar? Klik sini.

10 dinar adalah syiling emas yang mempunyai berat 42.5 gram, berketulenan emas 999.9 dan berdiameter 38 milimeter.

Ada yang bertanya, kena bayar zakat emas ke kalau beli emas 10 dinar ni?

Tidak. Masih belum cukup sempurna lagi untuk anda bayar zakat.

Kalau anda nak bayar zakat, anda kena simpan sebanyak 20 dinar yang bersamaan dengan 85 gram selama satu tahun dan baru layak untuk anda bayar zakat.

Oleh itu, anda boleh jadikan 20 dinar sebagai target simpanan anda dalam emas. Cukup 20 dinar, dah boleh anda bayar zakat simpanan emas.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment