Terima kasih! Public Gold Award Recognition Night 2025

Fauzi Mohd Darus

Pencapaian tertinggi setakat ini – Double Ticket percutian ke Cape Town

Alhamdulillah…

Pada 12 Julai 2025 yang lalu, saya telah hadiri event tahunan Public Gold iaitu Award Recognition Night (ARN) untuk tahun 2025.

Event ini adalah majlis penyampain anugerah untuk dealer-dealer Public Gold di atas kejayaan yang telah dicapai bagi sepanjang tahun kewangan 2024/2025.

Gold bar terbesar di Malaysia dengan berat 1000 oz (31.1 kilogram)

Dengan tema “Two Decades Ahead From Vision To Reality, Gold Is King”, ARN kali ini membuktikan bahawa visi yang dibawa Public Gold dalam 2 dekad yang lalu kini menjadi realiti.

Pada awal kewujudan Public Gold, pengasas Dato Wira Louis Ng pernah maklumkan yang harga emas akan naik kepada RM500 segram.

Dan sekarang kita sendiri telah saksikan yang harga emas telah pun capai harga tertinggi iaitu RM533 segram pada 22 April 2025 lalu.

Atas pentas, tunggu giliran untuk ambil anugerah

Alhamdulillah, untuk ARN 2025 kali ini saya berjaya dapat empat (4) anugerah, iaitu:

  1. Club 365 – berjaya bimbing sekurang-kurangnya 365 customer baharu untuk menyimpan emas dengan Public Gold di sepanjang tahun 2024/2025
  2. Million Dollar Award – berjaya capai Personal Sales sebanyak RM 1 juta untuk tahun 2024/2025
  3. Q Bonus (6) – berjaya capai sekurang-kurangnya RM250,000 Personal Sales setiap bulan sebanyak 6 kali dalam setahun
  4. Double Tickets SIP Cape Town – dan berjaya dapat 2 tiket untuk percutian VVIP dengan Public Gold ke Cape Town

Terima kasih di atas kepercayaan customer-customer Public Gold yang daftar dengan saya. 

Terima kasih juga kepada dealer-dealer Public Gold di bawah group saya yang turut sama bantu dan bimbing customer masing-masing.

Terima kasih kepada team PG1M yang diasaskan oleh Tuan Syukor Hashim, dan cik Jonaina Nordin, serta dibarisi oleh pin-pin leader Haji Hafizul Hakim dan isteri, Founder Council, upline saya Abe Mie, dan semua rakan-rakan dealer PG1M.

Terima kasih kepada Puan Nana, Head of Branch dan staff-staff Public Gold Seremban yang tanpa mengeluh sentiasa ada untuk bantu kami dealer-dealer Public Gold bila diperlukan.

Award Club 365 dan dapat RM 1,000

Dan semestinya terima kasih kepada isteri saya, anak-anak dan emak abah yang sentiasa support saya dalam bisnes Public Gold ini.

Semoga untuk tahun kewangan yang baharu ini, saya dapat tingkatkan lagi prestasi dan berjaya bimbing lebih ramai lagi customer dengan Public Gold. InsyaAllah.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment