
Harga untuk 1 gram goldbar Public Gold adalah RM350. Tetapi dengan cara yang saya kongsikan dalam artikel ini dapat membantu anda untuk dapatkan goldbar Public Gold dengan cara yang paling jimat.
Bagaimana?
Seperti yang kita tahu, harga 1 gram goldbar memang fixed pada harga RM350 untuk setiap keping. Tetapi harga akaun emas GAP Public Gold pula berubah setiap hari dan kita boleh beli minima RM100 atau lebih seperti 1 gram dan ke atas.
Sepanjang saya bersama Public Gold, belum pernah lagi harga akaun emas GAP mencecah ke paras harga RM350 segram. Dan diantara kelebihan akaun emas GAP pula adalah kita boleh keluarkan emas dalam bentuk goldbar atau dinar.
Jadi, kita gunakan kelebihan ini untuk dapatkan goldbar Public Gold dengan cara yang jimat dan murah seperti berikut.
Langkah 1
Beli 2 gram akaun emas GAP. Ketika artikel ini ditulis, harga akaun emas GAP Public Gold adalah RM275 segram.
2 gram x RM275 = RM550
Kalau rasa RM550 itu kasar, boleh je beli sedikit demi sedikit akaun emas GAP sehingga cukup 2 gram emas.
Kenapa 2 gram?
Sebab kita nak keluarkan 1 gram emas dalam bentuk goldbar dan tinggalkan 1 gram lagi sebagai baki minima akaun emas GAP untuk akaun kita kekal aktif.

Langkah 2
Buat pilihan emas yang kita ingin keluarkan. Sebagai contoh goldbar World Cup 2022. Caj premium yang dikenakan adalah RM15 untuk sekeping goldbar.
Caj premium ini bergantung pada design emas yang dipilih. Ada yang murah RM10 dan ada yang mahal sehingga RM80. Kalau yang mahal tu biasanya design yang mempunyai trademark seperti goldbar design Marvels, Disney dan Boboiboi.

Langkah 3
Buat pembayaran caj premium tadi beserta caj penghantaran Gold In Transit sebanyak RM10 dan tunggu emas goldbar Public Gold sampai ke rumah.
Mudah je kan?
So berapakah jumlah kos yang kita kena bayar untuk dapatkan 1 gram goldbar?
RM275 (emas GAP) + RM15 (caj premium) + RM10 (caj penghantaran)
= RM300
Daripada harga RM350 sekeping, kita hanya perlu bayar RM300 sahaja untuk dapatkan goldbar Public Gold. Kalau campur dengan 1 gram baki minima emas tadi pun, kita masih jimat sebab dapat 2 gram emas. 1 gram dalam bentuk goldbar dan 1 gram lagi dalam bentuk akaun emas.
Nak lagi jimat?
Kita boleh gabungkan caj penghantaran dengan buat pengeluaran secara serentak. Contoh, kita nak keluarkan 5 keping goldbar dari akaun emas. Kita boleh keluarkan 5 keping goldbar itu serentak dan hanya perlu bayar sekali sahaja caj penghantaran sebanyak RM10.
Kerana limit untuk penghantaran adalah 21.5 gram emas yang bersamaan dengan berat 5 dinar. Selagi mana jumlah emas yang kita keluarkan itu kurang dari 21.5 gram, kita boleh gabungkan pengeluaran itu dalam satu penghantaran.
Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau soalan yang ingin saya jawab dalam blog ini, boleh tinggalkan komen atau hantarkan melalui WhatsApp.
Tak Nak Terlepas Artikel Terbaru?
Join channel Telegram saya untuk dapatkan info dan update terkini tentang emas dan Public Gold secara percuma.
Leave a Reply