Cara Semak Harga Emas Public Gold

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Untuk menyemak harga emas Public Gold amatlah mudah. Anda hanya perlu pergi ke laman web www.publicgold.com.my dan akan terus dapat tahu Public Gold price hari ini.

Tetapi, ada banyak sangat harga dekat website Public Gold, yang mana satu kita nak tengok?

Dalam artikel ini, saya terangkan cara nak baca harga emas di website Public Gold.

Sementara itu, saya juga ada sediakan graf dan harga emas hari ini di laman web ini.

Gold Accumulation Program (GAP)

Ini adalah harga untuk akaun emas Public Gold GAP. Harga ini berubah setiap 12 tengah malam. Akaun emas GAP boleh dibeli serendah RM100 atau lebih.

Sebagai contoh kalau kita nak beli 1 gram emas, harga yang kita akan bayar adalah RM284.

Gold Bar dan Dinar

Ini pula adalah harga bagi gold bar dan dinar Public Gold. Harga ini berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Jika harga emas dunia naik, maka harga ini juga akan berubah naik dan begitulah sebaliknya.

Terdapat dua jenis harga iaitu PG Sell dan PG Buy. PG Sell bermaksud harga yang Public Gold jual kepada kita. Sebagai contoh kalau kita nak beli goldbar 10 gram, maka harga yang perlu kita bayar adalah RM2,831 (belum masuk caj Gold Premium).

Manakala PG Buy adalah harga yang PG akan beli dari kita jika kita nak jual semula emas tersebut. Sebagai contoh kita nak jual semula goldbar 10 gram yang kita beli tadi. PG akan beli balik dengan harga RM2,577.

Small Bar / Wafer

Ini pula adalah harga bagi goldbar dan dinar bersaiz kecil seperti goldbar 0.5 gram, 1 gram, 1/4 dinar, 1/2 dinar dan 5 gram.

Harga emas ini adalah tetap dan tidak berubah. Kalau nak beli emas 1 gram, lebih baik beli akaun emas GAP sebab lebih jimat.

Sebagai contoh kita nak beli emas 1 gram, kalau kita beli goldbar 1 gram, harga yang perlu dibayar adalah RM350. Tetapi kalau beli melalui akaun emas GAP hanya RM284 sahaja.

Harga Barang Kemas (PG Buy)

Ini adalah harga beli untuk barang kemas iaitu emas 916. Jika kita ada barang kemas yang ingin dijual kepada Public Gold, Public Gold akan ambil dengan harga ini segram.

Silver Accumulation Program (SAP)

Ini adalah harga akaun silver SAP. Sama seperti akaun emas GAP, harga SAP ini berubah setiap 12 tengah malam.

Ianya boleh dibeli dengan harga RM100 atau 100 gram. Sebagai contoh kita nak beli silver dengan harga RM100, jadi kita akan dapat 25.5754 gram dalam akaun silver SAP kita.

Harga Silver Bar

Ini adalah harga bagi silver bar Public Gold. Terdapat dua jenis harga iaitu PG Sell dan PG Buy. Kalau kita nak beli silver bar, kita akan bayar mengikut pada harga PG Sell. Dan jika nak jual semula silver bar pada Public Gold, Public Gold akan beli dengan harga PG Buy

Dirham

Ini pula adalah harga bagi 5 dan 10 dirham. Dan harga ini adalah tetap dan tidak berubah. Kalau nak jimat, boleh beli melalui akaun silver SAP dan keluarkan dalam bentuk dirham.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

2 thoughts on “Cara Semak Harga Emas Public Gold”

    • Boleh check dekat Telegram saya. https://t.me/pengedaremas

      Nanti search tarikh yang awak nak check. Contoh search, “24 May 2022”. Nanti akan dapat tengok harga pada tarikh tu.

      Tapi limit sampai bulan November 2020 je. Sebab masa tu baru buat channel Telegram saya tu.

      Reply

Leave a Comment