Alhamdulillah… Double Ticket ke Cape Town

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

"Betul ke Xin?"

"Terima kasih, Xin. Terima kasih..."

Itulah antara ayat yang saya ulang-ulang tanya dan ucap kepada Xin, Head of Sales Public Gold pada hari Jumaat lepas.

Masa tu saya on the way balik ke rumah, pulang dari kerja dan tiba-tiba handphone saya vibrate ada call masuk.

Nama yang terpapar adalah "Xin HQ Public Gold".

Pada mulanya saya ingatkan Xin call nak tanya jadi ke tak datang ke majlis sambutan rumah terbuka Public Gold hari Sabtu (esoknya)?

Tetapi rupa-rupanya Xin call nak bagitahu yang Dato Wira Louis Ng approve untuk saya dapat dua ticket ke Cape Town.

Alhamdulillah...

Gais!

PGLS atau Public Gold Leadership Seminar adalah trip percutian yang paling grand untuk dealer-dealer Public Gold yang aktif dan yang berjaya capai target yang ditetapkan.

Rezeki saya, Public Gold berikan dua tiket ke Cape Town dan dapatlah saya bawa isteri pergi bersama-sama dalam percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Public Gold ini.

Ini adalah first trip PGLS saya bersama Public Gold. Dan ini juga adalah first trip saya dapat dua ticket.

Sebelum ini, saya pernah dapat mini-SIP trip ke Bangkok tajaan Public Gold dalam tahun 2023. Saya rasakan trip itu dah paling best dah. Tetapi rupa-rupanya itu baru 10% sahaja keseronokan dan kemewahan jika dibandingkan dengan trip PGLS.

Terima kasih kepada Dato Wira Louis Ng (pengasas Public Gold), Xin (Head of Sales, Public Gold), Nana (Head of Branch Public Gold Negeri Sembilan), Tuan Syukor Hashim dan Cik Jun (founder PG1M), Haji Hafizul Hakim (pin leader saya dalam Public Gold), Ahmad Fahmi Azizan (introducer saya dalam Public Gold) dan kesemua customer Public Gold yang mempercayai saya untuk bimbing dan bantu mereka menyimpan emas dengan Public Gold.

Dan semestinya, tak dilupakan juga kepada isteri saya yang telah banyak berkorban dan berikan sokongan kepada saya selama lima tahun saya dalam Public Gold ini. Percutian ke Cape Town ini adalah reward untuk dirinya dan dapatlah kami ber"honeymoon" berdua di luar negara nanti.

Kepada dealer-dealer Public Gold yang membaca artikel saya ini, jom kita teruskan usaha untuk bantu lebih ramai orang menyimpan emas denan Public Gold. Semoga kita sama-sama dapat unlock next reward trip PGLS ke Budapest pada tahun hadapan.

Psst...jangan terlepas content percutian saya ke Cape Town nanti. Subscribe mailing list saya di sini.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment