New achievement unlocked! Founder Master Dealer

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Alhamdulillah. Selepas dua tahun dalam bisnes Public Gold, akhirnya saya berjaya unlock dan upgrade sebagai Founder Master Dealer pada bulan Ogos yang lalu.

Untuk capai status ini, seseorang dealer Public Gold mestilah memenuhi syarat-syarat berikut, iaitu:

  • Jumlah Personal Sales sebanyak RM500,000 dalam tempoh 12 bulan,
  • Jumlah customer seramai 500 orang, dan
  • Jumlah active customer seramai 300 orang

Cukup je syarat-syarat di atas, dah boleh isi borang untuk upgrade sebagai Founder Master Dealer atau juga dikenali sebagi FMD.

Pada awalnya saya sudah pun mempunyai customer seramai 500 orang. Saya pun cepat-cepat isi dan submit borang. Tetapi saya terlepas satu lagi syarat iaitu jumlah active customer saya tidak cukup 300 orang.

Ya! Walaupun sudah cukup 500 orang customer tetapi kalau tak cukup active customer, Public Gold akan hold dulu permohonan dan nasihatkan untuk cukupkan 300 orang active customer dahulu. Jadi saya berusaha keras untuk dapatkan juga 300 orang active customer secepat mungkin dalam bulan Julai yang lalu.

Bila cukup je 300 orang active customer, saya pun submit lagi sekali borang permohonan dan alhamdulillah, pada 8 Ogos 2022, status dealer Public Gold saya telah bertukar kepada Founder Master Dealer.

Kelebihan Founder Master Dealer

Mesti ada yang tertanya apakah kelebihan jadi FMD?

Selain dapat 0.1% incentive dari total Group Sales, FMD juga berpeluang untuk hadir dalam meeting Founder Master Dealer yang dipengerusikan sendiri oleh Dato' Wira Louis Ng, iaitu pengasas Public Gold.

Dalam perjumpaan tersebut, dealer-dealer berstatus FMD akan dapat tahu perancangan dan hala tuju pengurusan tertinggi Public Gold. Dalam sesi perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh dealer-dealer FMD yang hebat seluruh Malaysia. Jadi bila kita berada dalam kalangan orang-orang yang hebat, dapatlah kita ambil aura dan terikut sama seperti mereka menjadi orang yang hebat.

Tetapi ingin saya kongsikan di sini title FMD ini akan disemak semula setiap tahun. Jadi dealer yang bertaraf FMD perlu mengekalkan total personal sales mereka sebanyak RM500,000 sepanjang financial year.

Financial year Public Gold bermula dari bulan April hingga bulan Mac tahun berikutnya. Sepanjang tempoh ini, dealer FMD perlu dapatkan total sales sebanyak RM500,000 jika nak kekalkan status mereka sebagai FMD. JIka tidak, title FMD itu akan ditarik balik dan terlepas segala incentive dan kelebihan yang Public Gold sediakan.

Kepada rakan-rakan yang baca artikel saya ini, doakan semoga saya dan dealer-dealer saya dapat kekal jadi FMD Public Gold selagi mana kami berada dalam bisnes ini. Saya juga doakan semoga anda juga berjaya dalam bisnes Public Gold.

Fauzi Mohd Darus (FMD)
Founder Master Dealer (FMD)
#DoubleFMD #FMDKuasaDua

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment