Harga Small Bar & Wafer Public Gold Dikemaskini

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Small Bar dan Wafer Public Gold

Seperti yang kita ketahui, harga emas sudah pun melebihi paras RM300 segram dan harga tertinggi yang direkodkan (ketika artikel ini ditulis) pada tahun ini adalah pada harga RM316 segram.

Disebabkan harga wmas berada di atas paras RM300 lebih dari 4 minggu, maka Public Gold telah pun mengemaskini harga bagi small bar dan wafer kepada harga yang terbaharu setelah bertahun-tahun harga small bar dan wafer ini tidak dikemaskini.

Emas Public Gold yang dikategorikan sebagai small bar dan wafer ini adalah terdiri daripada emas:

  • Goldbar 0.5 gram
  • Goldbar 1 gram
  • Goldbar 5 gram
  • 1/4 dinar
  • 1/2 dinar

Jika dahulu harga bagi 1 gram goldbar adalah RM350 sekeping. Tetapi kini harga baharu bagi 1 gram goldbar adalah RM380 sekeping.

Berikut adalah perbezaan harga antara harga emas yang lama dengan harga emas yang baharu.

Item EmasHarga LamaHarga Baharu
Goldbar 0.5 gramRM 180RM 205
Goldbar 1 gramRM 350RM 380
Goldbar 5 gramRM 1,650RM 1,750
1/4 DinarRM 365RM 405
1/2 DinarRM 725RM 790

Walaupun harga emas Public Gold bagi small bar dan wafer ini menjadi semakin tinggi, tetapi saya ada cara untuk dapatkan small bar dan wafer ini dengan cara yang lebih jimat.

Saya ada kongsikan cara tersebut dalam artikel sebelum ini bertajuk, Cara Jimat Beli Goldbar Public Gold.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang ingin saya jawab melalui artikel, boleh hantarkan melalui komen atau direct WhatsApp saya di bawah.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment