Ini Puncanya Kenapa Harga Emas Naik

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Harga emas berjaya break jadi RM318 segram

Setelah banyak hari bermain di paras harga RM315 dan RM316, akhirnya harga emas berjaya juga break dan buat harga tertinggi yang baharu iaitu pada harga RM318 segram hari ini.

Kalau ikut pada analisa saya, sepatutnya harga emas dalam trend menurun. Tetapi pelik kenapa harga emas boleh naik dan menjadi RM318 pula.

Bila saya check, rupanya-rupanya ada sebab lain yang mempengaruhi kenaikan harga emas baru-baru ini.

Punca Harga Emas Naik

Harga emas dalam USD (kiri) dan matawang USD/MYR (kanan)

Kalau rujuk pada chart di sebelah kiri, ianya adalah chart bagi harga emas dunia dalam matawang US Dollar (USD). Kalau tengok pada bentuk chart tersebut, nampak harga emas dalam trend menurun dan sepatutnya harga emas turun sekarang ini.

Tetapi apabila kita tengok pada chart di sebelah kanan, iaitu chart matawang USD dengan MYR (Ringgit Malaysia), nampak yang harga matawang USD sedang meningkat naik (baca: matawang Ringgit Malaysia jatuh).

Disebabkan itulah, walaupun harga emas dunia turun, tetapi harga emas yang dijual dalam Ringgit Malaysia akan naik jadi mahal sebab kita kena bayar lebih untuk $1USD.

Contoh Pengiraan

Sebagai contoh, kita tengok pada chart bagi bulan Mei 2023. Harga emas adalah sekitar $1,980 USD/oz dan matawang USD/MYR pula adalah sekitar RM4.43/USD. Bila ditukarkan dalam bentuk gram maka 1 gram emas bersamaan dengan RM309.

Harga Emas (Mei 2023)
= $1,1980 USD x RM4.43 / 28.35 gram
= RM309 /gram

* 1 oz bersamaan dengan 28.35 gram

Dan sekarang, cuba kita tengok pula pada harga emas semasa dalam chart. Harga emas bersamaan dengan $1,931 USD/oz dan Ringgit Malaysia pula bersamaan dengan RM4.69/USD. Bila dikira harga emas per gram ianya bersamaan dengan RM319 segram.

Harga Emas (kini)
= $1,931 USD x RM4.69 / 28.35 gram
= RM319 /gram

So itulah sebabnya kenapa harga emas di Malaysia boleh naik walaupun harga emas dunia sedang menurun. Ianya disebabkan oleh perbezaan matawang Ringgit Malaysia dengan US Dollar.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hantarkan melalui komen di bawah. Dan pastikan anda follow channel Telegram saya untuk info yang terkini tentang emas dan Public Gold.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment