Assalamualaikum & Hai! Salam Kenal.
Saya Fauzi, Master Dealer Public Gold.
Saya telah membimbing lebih dari 1,000 orang penyimpan emas seluruh Malaysia sejak tahun 2020.
Kenapa Kita Perlu Simpan Emas?
Kenapa Public Gold?
Emas Apa Yang Sesuai Untuk Saya Sebagai Pemula?
Jom saya kongsikan apa strategi untuk pemula simpan emas:
- Mula dengan bajet dan gram paling ringan.
- Mula dengan item emas paling murah.
- Konsisten.
Mulakan Dengan 1 Dinar Emas
✔️ Saya sendiri bermula dengan 1 Dinar sewaktu pertama kali simpan emas pada tarikh 15 Julai 2020.
✔️ Saya dah nekad nak simpan emas hasil dari duit simpanan yang dikumpul sejak sekian lama.
✔️ Selepas dah dapat 1 Dinar dalam tangan, saya jadi bertambah yakin.
✔️ Sebab saya dah tahu proses nak beli emas dengan Public Gold, terus saya beli 10g, 20g, 50g Gold Bar dan seterusnya.
Kenapa 1 Dinar, Bukan 1 Gram?
Ada tiga perkara anda perlu faham di sini iaitu:
1. Untung emas pada beratnya, semakin berat emas semakin jelas kenaikan harga emas.
2. Emas 1 gram lebih kepada tujuan koleksi, bukan saving. Ini kerana 1 gram ada banyak jenis design. Ramai orang tersilap langkah dengan beli 1 gram dengan jumlah banyak.
3. Emas 1 gram mempunyai susut nilai yang tinggi! Majoriti penyimpan emas hanya tahu tentang perkara ini semasa nak jual semula emas.
Apa Cara Belian Emas Public Gold?
Asasnya ada 3 cara beli:
1. Belian Tunai
2. 6 atau 10 kali bayar (Syariah Easy Payment Purchase)
3. Akaun simpanan serendah RM100 (tiada komitmen bulanan)
Jadi, bila kita buka akaun, kita akan dapat username (PG Code) dan boleh buat belian dengan semua 3 cara tadi untuk dapat emas fizikal.
1 Dinar emas beratnya 4.25 gram dan boleh dibeli sama ada:
a. Secara tunai atau full payment.
b. Secara installment atau Shariah EPP10 (Bayar 10 kali dalam masa 10 bulan).
Sudah tentu ianya mampu milik. Jika beli secara tunai, harga lebih kurang RM1,200. Dan jika anda memilih untuk installment, sebulan sekitar RM120 sahaja.