Melabur dalam emas atau hartanah? Yang mana satu lebih menguntungkan?

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Tahukah anda bahawa masih ramai yang tak tahu nak memilih antara pelaburan emas atau hartanah?

Saya faham kekeliruan ini kerana kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Emas terkenal dengan nilainya yang stabil, manakala hartanah pula dapat berikan pendapatan secara pasif.

Sebagai pelabur dengan modal yang terhad, sudah semestinya anda ingin buat pilihan yang terbaik supaya dapat pulangan semaksima yang mungkin.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan apakah kelebihan dan kekurangan setiap pelaburan ini dan semoga ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat.

Kelebihan Pelaburan Emas

Nak melabur dalam aset yang paling selamat? Emas adalah pilihan yang sesuai untuk anda kerana emas mempunyai ciri-ciri kelebihan seperti berikut.

Nilai Yang Stabil

Emas mampu melindungi nilai wang anda daripada inflasi. Walaupun nilai mata wang turun naik setiap masa, tetapi nilai emas kekal stabil sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang. Kelebihan ini adalah penting lagi-lagi ketika keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

Mudah Untuk Dijual

Anda boleh jual emas dengan cepat pada bila-bila masa yang anda mahukan. Kedai emas ada di mana-mana dan mereka sedia membeli emas anda mengikut harga yang mereka tetapkan.

Tak tahu kedai mana yang beli emas anda dengan harga yang tinggi? Sudah semestinya Public Gold akan beli emas terpakai anda pada kadar yang tinggi berbanding kedai lain. Berbeza dengan pelaburan hartanah di mana ianya mungkin mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk dijual.

Risiko Yang Rendah

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, emas menjadi pilihan yang selamat untuk pelabur. Ramai orang beralih kepada emas semasa krisis kewangan kerana sifatnya yang stabil. Apabila ekonomi tidak menentu, harga emas akan tiba-tiba meningkat kerana ramai orang beralih simpanan kepada emas dan menjadikan harga emas pun turut meningkat.

Bebas Cukai

Anda tidak perlu risau tentang cukai tambahan untuk pelaburan emas anda kerana cukai tidak dikenakan pada pembelian emas. Namun begitu untuk anda yang beragama Islam, wajib untuk bayar zakat emas apabila cukup syarat-syaratnya.

Simpanan Mudah

Emas senang disimpan dan boleh diwariskan kepada anak cucu anda. Anda boleh simpan di rumah atau dalam peti simpanan di Public Safe mengikut kemampuan anda pada bila-bila masa.

Kelemahan Pelaburan Emas

Tiada Pendapatan Tetap

Berbeza dengan pelaburan hartanah, emas tidak memberikan pendapatan bulanan atau dividen tahunan. Anda hanya boleh dapat untung apabila harga emas naik. Itu pun kalau anda jual emas tersebut.

Baca artikel tentang 5 perkara yang ramai orang salah faham tentang emas.

Harga Yang Tidak Menentu

Saya perlu ingatkan bahawa harga emas sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang naik tinggi, kadang-kadang turun mendadak. Perubahan ini bergantung kepada keadaan ekonomi dunia dan juga permintaan semasa.

Kos Penyimpanan

Anda perlu fikirkan cara yang selamat untuk simpan emas anda. Kalau simpan emas di Public Safe, sudah semestinya akan ada kos sewaan peti keselamatan. Tetapi kalau simpan di rumah pula, akan ada pula risiko kecurian. Sebab itu saya lebih gemar simpan akaun emas GAP Public Gold sebab tiada caj simpanan yang dikenakan.

Sumber: Kosmo

Risiko Emas Palsu

Berhati-hati semasa membeli emas. Ada je berita dan kisah orang ditipu dengan emas yang palsu. Ada juga yang termakan pujuk rayu pelaburan emas yang tidak wujud yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Pertumbuhan Yang Perlahan

Nilai emas meningkat lebih perlahan berbanding hartanah. Jika anda mahukan pulangan yang lebih tinggi, mungkin pelaburan hartanah lebih sesuai untuk portfolio anda. Tetapi terkini, kenaikan harga emas agak laju sehingga mencapai pertumbuhan melebihi 25% setahun.

Kelebihan Pelaburan Hartanah

Pendapatan Pasif Yang Stabil

Antara kelebihan pelaburan hartanah adalah ia boleh berikan pendapatan secara pasif setiap bulan. Anda boleh sewakan rumah atau kedai kepada penyewa yang baik. Wang sewa ini akan masuk ke akaun bank anda secara konsisten setiap bulan.

Nilai Yang Sentiasa Meningkat

Nilai hartanah biasanya naik dari tahun ke tahun. Dan kalau lokasi hartanah anda di tempat yang strategik, ia akan dapat berikan pulangan yang lebih tinggi. Kebiasaannya pelaburan hartanah akan meningkat sekali ganda dalam tempoh 10 tahun.

Portfolio Yang Pelbagai

Anda boleh melabur dalam pelbagai jenis hartanah - rumah, kedai, atau tanah. Setiap satunya ada kelebihan tersendiri. Kepelbagaian ini mengurangkan risiko pelaburan anda kerana pepatah Jawa pernah berkata, "Don't put all your eggs in one basket". 😂

Aset Yang Nyata

Berbeza dengan saham atau unit amanah, hartanah adalah aset yang boleh anda lihat dan sentuh. Anda boleh ubahsuai mengikut kehendak anda dan gunakan untuk keperluan sendiri pada bila-bila masa.

Kelemahan Pelaburan Hartanah

Kos Permulaan Yang Tinggi

Namun begitu, hartanah juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Anda perlu sediakan wang yang banyak untuk mula melabur dalam hartanah. Bayangkan yuran guaman, cukai setem, dan deposit yang perlu anda bayar. Permulaan 10% - 20% adalah biasa untuk pelaburan hartanah.

Risiko Pasaran Yang Tidak Menentu

Kadang-kadang harga hartanah boleh turun secara mendadak. Ini berlaku apabila ekonomi tidak stabil atau kawasan itu kurang maju. Lagi-lagi apabila kawasan hartanah itu pernah dilanda bencana seperti banjir, tanah runtuh atau lain-lain. Risiko pelaburan hartanah juga boleh menjadi tinggi apabila pasaran tidak menentu.

Sumber: mStar

Pengurusan Yang Mencabar

Berbeza dengan emas, hartanah memerlukan pengurusan yang aktif. Anda perlu uruskan penyewa, baiki kerosakan, dan bayar bil utiliti. Kadang-kadang penyewa yang bermasalah juga boleh buat anda pening kepala. Pernah tak anda dengar penyewa tak nak keluar rumah walaupun dah berbulan-bulan tak bayar duit sewa? Itu belum lagi penyewa yang tinggalkan rumah dalam keadaan yang teruk sehingga kos membaiki kerosakan itu lebih tinggi dari duit deposit yang diberikan.

Sukar Untuk Dijual Segera

Kalau anda perlukan wang segera, hartanah bukan pilihan yang terbaik. Proses jual beli mengambil masa beberapa bulan. Tambahan pula, anda perlu cari pembeli yang mampu bayar pada harga yang anda mahu.

Kos Tersembunyi dalam Pelaburan Emas dan Hartanah

Kos Tersembunyi Pelaburan Emas

Bila anda mula melabur dalam emas, ada beberapa kos yang mungkin anda tidak sedar. Setiap kali beli atau jual emas, kedai akan ambil spread (perbezaan harga). Spread ini boleh mengurangkan keuntungan anda.

Kalau anda simpan emas di bank, atau sewa peti keselamatan, sudah semestinya anda perlu bayar caj simpanan. Kos ini boleh makan duit simpanan anda dalam jangka panjang. Harga emas juga boleh turun pada bila-bila masa, dan boleh menyebabkan kerugian jangka masa pendek.

Kos Tersembunyi Pelaburan Hartanah

Bagaimana pula dengan pelaburan hartanah? Saya dapati ramai yang terkejut dengan bil penyelenggaraan yang tinggi. Cukai pintu dan cukai tanah yang perlu dibayar pada setiap tahun.

Kalau anda ambil pinjaman bank, faedah yang perlu dibayar boleh jadi bebanan yang besar. Bayangkan bayar faedah selama 30 tahun! Tambahan pula, anda perlu tunggu lama untuk lihat keuntungan dari hartanah.

Bila penyewa rosakkan perabot atau dinding rumah, anda yang kena tanggung kos pembaikan. Kadang-kadang bil air dan elektrik tertunggak juga akan jadi tanggungjawab tuan rumah. Semua ini boleh mengurangkan pulangan pelaburan anda dalam hartanah.

Pilihan Bergantung Kepada Matlamat Anda

Sebagai kesimpulan, kedua-dua pelaburan ini sebenarnya bagus, tetapi bergantung kepada matlamat anda. Kalau anda mahu sesuatu yang mudah diurus dan boleh dijual dengan cepat, emas adalah sesuai untuk adan. Tetapi kalau anda mahukan pendapatan bulanan yang tetap dan tidak kisah dengan urusan penyelenggaraan, hartanah boleh jadi pilihan yang terbaik.

Nasihat saya, jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Fikirkan dulu matlamat kewangan anda dan berapa modal yang ada. Tetapi tak salah kalau anda nak melabur dalam kedua-duanya untuk dapatkan pulangan yang terbaik dari kedua-duanya.

Dan kalau anda nak mulakan simpanan dalam emas, daftar sekarang akaun Public Gold anda secara percuma. Dan saya akan hubungi anda untuk guide cara mulakan belian emas yang pertama.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment