Simpan Emas vs Simpan Duit: Mana yang lebih baik bagi seorang pelajar?

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Sebagai seorang pelajar, simpanan kewangan mungkin bukanlah satu keutamaan yang utama. Maklumlah, duit pun bukanlah banyak. Tetapi percayalah, siapa yang mula menyimpan dari sekarang, dia akan merasa nikmatnya suatu hari nanti.

Tetapi persoalannya sekarang, nak simpan duit atau simpan emas?

Dalam artikel kali ini, saya akan bandingkan kedua-dua pilihan ini sebagai rujukan untuk anda pelajar di luar sana dapat membuat pilihan yang terbaik.

Apa Maksud Simpan Duit vs Simpan Emas?

Sebelum kita pergi jauh, jom kita fahamkan dulu konsep asas ini, iaitu:

  • Simpan duit – Kita menyimpan wang tunai dalam bentuk simpanan biasa seperti simpan dalam akaun bank, Tabung Haji, ASB atau apa-apa platform simpanan berasaskan duit.
  • Simpan emas – Kita beli dan menyimpan gram emas dalam bentuk emas fizikal atau digital, contohnya melalui platform seperti Public Gold.

Kedua-duanya adalah bentuk simpanan. Tetapi sifat, kelebihan dan kekurangan setiap pilihan ini adalah berbeza.

Perbandingan Berdasarkan Aspek Penting

Mari kita lihat perbandingan menyimpan duit vs menyimpan emas dari sudut seorang pelajar:

1. Akses Mudah (Kecemasan)

  • Simpan Duit: ✅ Sangat mudah untuk dikeluarkan. Bila ada je kecemasan yang memerlukan duit, anda boleh terus keluarkan dari ATM, e-wallet atau online transfer.
  • Simpan Emas: ❌ Perlukan sedikit masa untuk tukarkan dalam bentuk duit. Anda perlu jual atau gadai emas tu dulu, barulah boleh dapat duit tunai.

Menang: Simpan Duit

Untuk keperluan kecemasan jangka pendek (contohnya tiba-tiba laptop rosak, nak beli tiket balik kampung), simpan duit adalah lebih praktikal.

2. Kebolehpercayaan Nilai (Inflasi)

  • Simpan Duit: ❌ Nilai duit yang disimpan semakin berkurangan disebabkan oleh inflasi. Contoh duit RM10 yang kita ada sekarang takkan sama dengan nilainya pada 5 tahun nanti. Dulu RM1 boleh beli 5 biji kuih. Sekarang RM1 pun belum tentu boleh beli sebiji kuih.
  • Simpan Emas: ✅ Terbukti dapat lindungi simpanan dari inflasi. Harga emas cenderung naik seiring dengan masa. Kerana dalam jangka masa panjang, harga emas akan meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor seperti supply vs demand.

Menang: Simpan Emas

Kalau simpan untuk jangka masa panjang (contohnya untuk 3-5 tahun dan ke atas), emas akan dapat bantu kekalkan kuasa membeli anda.

3. Disiplin Menyimpan

  • Simpan Duit: ❌ Mudah ‘bocor’. Bila nampak duit banyak je dalam akaun bank, confirm akan terasa ada je benda yang nak dibeli. Contohnya macam kasut, handbag.
  • Simpan Emas: ✅ Susah nak guna untuk belanja. Bila dah jadi emas, susah dah nak dicairkan. So akan usaha gunakan benda lain sebagai pengganti. Emas, akan terus disimpan macam biasa.

Menang: Simpan Emas

Pelajar yang jenis “gatal tangan” yang suka berbelanja akan rasa lebih selamat bila simpan emas. Sebab emas ni bila dah simpan, memang "susah" nak dikeluarkan. So jadi selamatlah dari nafsu untuk beli jajan atau shopping yang bukan-bukan.

4. Potensi Pulangan

  • Simpan Duit: ❌ Tiada keuntungan kalau disimpan dalam bank yang biasa. Kalau ada pun, sikit je faedah yang dapat. Tapi ada juga sesetengah bank yang langsung tak berikan faedah.
  • Simpan Emas: ✅ Harga naik dalam jangka masa panjang. Walaupun tak tetap, tetapi emas boleh berikan pulangan lebih 10% secara purata.

Menang: Simpan Emas

Bukan untuk cepat kaya, tapi kalau anda simpan secara konsisten, emas boleh jadi aset yang anda yang sangat bernilai.

5. Modal Permulaan

  • Simpan Duit: ✅ Tiada halangan. Anda boleh mula simpan walau RM1.
  • Simpan Emas: ✅ Sekarang pun boleh mula dari RM100 (contohnya guna akaun emas GAP di Public Gold).

Seri: Dua-dua boleh mula dengan bajet rendah

Pelajar yang nak mula menyimpan tak perlu risau. Sama ada simpan duit atau emas, anda boleh mula dengan modal yang kecil.

6. Keselamatan & Risiko

  • Simpan Duit: ✅ Selamat bila disimpan dalam bank, tapi risiko besar pada inflasi & kebocoran perbelanjaan.
  • Simpan Emas: ✅ Disimpan dalam platform yang selamat (contohnya GAP), tapi tetap ada risiko turun naik harga emas.

Menang tipis: Simpan Emas

Walaupun harga emas turun naik, tetapi risiko lebih rendah berbanding nilai duit yang makin susut.

Jadi… Mana Satu Patut Anda Pilih?

Jawapannya: emas, untung long-term saving manakala duit untuk short-term saving..

Gunakan pendekatan 70:30

  • 70% Simpan Duit: Untuk kegunaan harian, kecemasan, dan keperluan jangka masa pendek (3 bulan ke bawah).
  • 30% Simpan Emas: Untuk simpanan jangka sederhana/panjang – contohnya simpan untuk kahwin, sambung belajar, deposit rumah.

Contoh:

Kalau anda dapat RM2,000 elaun bulanan dan nak simpan 20% (iaitu RM400), boleh agihkan RM280 untuk simpan dalam bank dan RM120 untuk beli emas GAP Public Gold.

Situasi Sebenar: Bila Nak Pilih Simpan Duit, Bila Simpan Emas?

SituasiSimpan DuitSimpan Emas
Bayar yuran universiti minggu depan
Simpan untuk beli motor hujung tahun
Nak ada ‘duit standby’ kalau phone rosak
Simpan untuk kahwin lepas grad

Tips Kewangan Bijak untuk Pelajar

  1. Tetapkan matlamat simpanan. Simpan bukan sekadar simpan, tapi untuk capai sesuatu — contohnya beli laptop baru. Kalau nak simpan untuk emas, follow Teknik TMB saya ini.
  2. Buat bajet bulanan. Asingkan siap-siap duit untuk disimpan sebelum belanja.
  3. Gunakan platform automatik. Contohnya, auto-debit ke akaun emas GAP Public Gold. Setiap bulan akan auto tolak untuk beli emas.
  4. Elak sentuh simpanan emas kecuali perlu. Emas ni simpanan ‘keras’, simpan untuk matlamat besar. Selagi mana boleh guna duit cash, guna duit cash dulu. Emas adalah last resort.
  5. Jangan terpedaya dengan skim cepat kaya. Simpan emas bukan untuk kaya segera — ia strategi perlindungan nilai, bukan pelaburan berisiko tinggi.

Kesimpulan: Simpan Duit untuk Sekarang, Simpan Emas untuk Masa Depan

Sebagai pelajar, anda tak perlu pilih satu sahaja. Gabungkan terus simpanan duit dan simpanan emas dalam strategi kewangan anda.

Simpan duit bantu anda hadapi keperluan segera, manakala simpan emas bantu anda untuk rancang masa depan dengan lebih tenang. Yang penting, mulakan dari sekarang. Lebih baik menyimpan RM100 sebulan daripada tidak menyimpan langsung.

Ingat, kewangan yang sihat bukan bermula apabila anda sudah bekerja, tetapi ianya bermula apabila anda ambil tindakan hari ini. Daftar akaun Public Gold anda di sini.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment