
Pernah tak terfikir, macam mana kehidupan kita kalau setiap keluarga di Malaysia ni ada simpanan emas 1 kilogram?
Bunyi macam banyak je kan, tetapi hakikatnya inilah misi yang ingin diterapkan kepada penyimpan emas sejak dulu lagi.
Misi “1 Keluarga 1 Kilogram Emas” bukan sekadar tagline marketing tetapi ia sebenarnya satu impian yang realistik, dengan langkah-langkah mudah yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja – termasuklah anda.
Jom saya ceritakan kenapa misi ini penting, dan bagaimana ia boleh mengubah hidup anda dan keluarga.
Kenapa 1 kilogram emas?
Kalau kita tengok nilai emas semasa, 1 kilogram emas bernilai sekitar RM550,000 hingga RM575,000 bergantung pada harga emas semasa (anda boleh semak harga terkini di website Public Gold).
Harga itu hampir bersamaan dengan harga sebuah rumah di bandar, atau kereta mewah yang orang marhaen hanya mampu pandang.
Bayangkan kalau setiap keluarga ada simpanan sebanyak itu – bukan dalam bentuk duit kertas yang terhakis nilainya, tapi dalam bentuk emas yang kukuh dan tahan inflasi.
Ia menjadi satu “safety net” untuk jangka masa panjang. Kalau apa-apa jadi apa-apa pada ekonomi, keluarga anda masih ada harta sebenar untuk diwariskan.
Public Gold sebagai pemangkin
Sejak 2008, Public Gold dah jadi platform untuk rakyat Malaysia memiliki emas dengan cara yang paling mudah. Anda tak perlu tunggu kaya baru nak beli emas sebab emas Public Gold boleh dibeli serendah RM100 je.
Antara emas yang boleh dibeli di Public Gold adalah,
- Gold bar dan dinar – boleh beli dan simpan sendiri.
- Akaun Emas GAP – simpan emas berketulenan 999 serendah RM100, macam kita simpan duit tapi dalam bentuk emas.
- PG Jewel – tambah simpanan emas melalui emas perhiasan.
Semua ini menjadikan misi 1 kilogram emas bukan sekadar angan-angan tetapi ianya boleh dicapai sedikit demi sedikit.
Kelebihan Misi Ini
- Pelindung inflasi yang berkesan
Nilai duit kertas semakin lama semakin jatuh. RM100 dulu boleh beli macam-macam. Tetapi sekarang? Cepat habis. Tapi emas – kuasa belinya terbukti kekal dari zaman ke zaman. - Aset yang boleh diwarisi
Kalau anda ada emas, anak cucu boleh terus gunakan tanpa perlu tunggu proses macam duit dalam akaun bank. Ia boleh diagihkan dengan mudah secara hibah atau faraid. - Sebagai dana kecemasan
Dalam keadaan terdesak, emas boleh ditukar kepada tunai dengan cepat. Public Gold sendiri ada sistem untuk jual beli emas dengan mudah secara fizikal dan online. - Memupuk diri untuk menyimpan
Bila anda letak target 1 kilogram emas, secara tak langsung anda latih diri untuk menyimpan secara konsisten – tak kiralah gaji naik ke, ekonomi turun ke. Lagi-lagi bila dengan Public Gold ni, anda boleh beli GAP secara auto-debit.
Dari misi ke realiti
Public Gold bukan sekadar menjual emas tetapi kami aktif mengadakan seminar, bengkel, dan berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan supaya masyarakat faham kenapa emas ini penting.
Public Gold juga mempunyai ramai dealer-dealer (seperti saya) yang dapat bantu anda dan untuk mulakan simpanan emas dengan bajet kecil.
Sebab misi utama bukan terus dapat 1 kilogram esok, tapi bina habit menyimpan dari sekarang.
Apa langkah pertama anda?
- Tetapkan Niat – mula dengan mindset nak capai 1 kilogram emas untuk keluarga.
- Mulakan Kecil – simpan ikut bajet, walaupun hanya RM100 sebulan dalam GAP.
- Naikkan Kuantiti – bila gaji naik atau ada rezeki lebih, tambah gram emas anda.
- Simpan Konsisten – jangan berhenti tetapi konsisten menyimpan emas setiap bulan tanpa henti sehingga capai target simpanan emas.
Kalau anda mula hari ini, anda dah mendahului mereka yang hanya “tunggu masa yang sesuai” tapi tak pernah mula.
Kesimpulan
Misi “1 Keluarga 1 Kilogram Emas” daripada Public Gold bukan sekadar impian. Ia satu roadmap kewangan yang realistik untuk semua rakyat Malaysia. Dengan konsistensi, disiplin dan platform yang betul, anda boleh capai sasaran ini dalam hidup anda.
Dan bila tiba masa, anda akan berterima kasih kepada diri sendiri kerana telah mula awal.
FAQ: Public Gold dan misi emas 1 kilogram
1. Kenapa pilih emas, bukan simpanan bank?
Emas kalis inflasi dan kuasa belinya kekal. Duit kertas susut nilai setiap tahun.
2. Betul ke Public Gold syarikat yang sah?
Ya, Public Gold dah beroperasi sejak 2008 dan diiktiraf oleh banyak institusi. Dealer sah seperti saya sendiri Fauzi Mohd Darus (PG00292269) boleh bantu anda mula dengan selamat. Daftar sini.
3. Kalau saya tak mampu beli banyak, boleh ke capai 1 kilogram?
Boleh. Mulakan kecil dengan akaun emas GAP tetapi konsisten setiap bulan. InsyaAllah akan tercapai matlamat anda.
4. Apa beza akaun emas GAP dengan gold bar fizikal?
Akaun emas GAP lebih fleksibel tetapi boleh beli serendah RM100. Gold bar pula perlukan modal lebih besar bergantung pada berat dan design emas.
5. Emas ni boleh dicairkan bila-bila masa ke?
Ya, anda boleh jual balik kepada Public Gold atau mana-mana kedai emas. Ia aset paling mudah dicairkan. Tetapi saya sangat recommend anda jual emas di Public Gold.
6. Berapa lama masa yang sesuai untuk capai 1 kilogram?
Bergantung pada bajet anda. Kalau simpan RM1,000 sebulan, anggaran 30 tahun. Kalau lebih besar, lebih cepat.
7. Saya nak mula sekarang, macam mana?
Anda boleh daftar akaun GAP atau beli emas fizikal terus melalui dealer Public Gold yang sah. Daftar akaun Public Gold anda dengan saya di sini secara percuma.




