Cara Mula Simpan Emas Public Gold

Antara item emas keluaran Public Gold.

Ramai orang tahu yang emas itu amat bernilai, tapi tak ramai orang tahu betapa mudahnya untuk mula menyimpan emas hari ini. Tak kira samada anda seorang pelajar, pekerja, peniaga kecil atau ibu bapa yang mahu sediakan simpanan emas untuk anak-anak, anda sebenarnya boleh mula simpan emas Public Gold dengan bajet serendah RM100 sahaja.

Panduan yang akan saya tunjukkan ini adalah langkah demi langkah cara bagaimana anda boleh menyimpan emas Public Gold secara selamat, mudah dan semestinya patuh syariah.

1. Panduan Untuk Mula Simpan Emas

Daftar Akaun Public Gold

Langkah pertama sudah semestinya anda kena daftar akaun pelanggan Public Gold terlebih dahulu. Anda boleh daftar secara percuma dengan menjadikan saya sebagai introducer anda dalam Public Gold.

Saya merupakan Founder Master Dealer Public Gold yang telah membantu dan membimbing lebih dari 2,000 penyimpan emas sejak tahun 2000 hingga kini. Daftar akaun Public Gold anda secara percuma dengan klik butang pendaftaran di bawah.

Terdapat dua (2) jenis akaun pendaftaran Public Gold:

  • Akaun Dewasa1 – Untuk individu 18 tahun ke atas
  • Akaun Junior – Untuk anak-anak bawah 18 tahun, dengan penjaga sebagai pengurus akaun

Maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Nama penuh mengikut IC (atau passport)
  • Nombor IC (atau passport)
  • Alamat emel
  • Nombor telefon bimbit
  • Nama introducer: PG00292269 - Fauzi Bin Mohd Darus

Sahkan Akaun Anda

Selepas daftar, sahkan akaun anda :

  1. Login ke Customer Portal
  2. Masukkan nombor IC (atau password) sebagai username dan password
    Nota: Anda akan dapat PG Code selepas berjaya buat pembelian emas pertama
  3. Kod TAC akan dihantar ke WhatsApp untuk pengesahan

Langkah seterusnya:

  • Tukar kata laluan anda
  • Kemaskini maklumat peribadi seperti alamat dan nombor akaun bank
  • Upload juga gambar IC (depan dan belakang secara berasingan)

Muat Turun Aplikasi Public Gold

Untuk memudahkan anda menguruskan semua transaksi dalam akaun Public Gold, adalah amat digalakkan anda untuk muat turun aplikasi Public Gold ke dalam telefon anda.

Muat turun:

Melalui aplikasi ini anda boleh:

  • Semak harga emas secara real-time pada bila-bila masa
  • Beli dan jual emas GAP
  • Beli gold bar dan dinar secara 6 atau 10 kali bayar
  • Semak transaksi dan sejarah pembelian emas anda

Beli Emas Pertama Anda

Anda boleh mula beli emas pertama dengan:

2. Jenis Pembelian Emas di Public Gold

Terdapat tiga (3) jenis pembelian emas di Public Gold yang boleh anda pilih.

Akaun Emas GAP

  • Simpanan dalam bentuk gram emas
  • Emas disimpan di Public Gold
  • Boleh kumpul dahulu sikit demi sedikit serendah RM100
  • Boleh dikeluarkan dalam bentuk emas fizikal seperti gold bar dan dinar
  • Harga emas GAP berubah setiap hari jam 12 tengah malam

Belian Tunai (Outright Purchase)

  • Beli emas fizikal secara terus samada gold bar atau dinar
  • Emas yang dibeli 21.25 gram ke bawah akan dipos hantar ke rumah menggunakan perkhidmatan GIT (Gold In Transit)
  • Manakala untuk emas yang beratnya melebihi 21.25 gram boleh diambil di cawangan Public Gold

Easy Payment Purchase (EPP)

  • Pelan ansuran belian emas secara 6 atau 10 bulan
  • Sesuai jika mahu beli goldbar besar tetapi mahu bayar sedikit-sedikit
  • Harga bulanan yang dibayar tidak akan berubah sepanjang tempoh EPP tersebut
  • Akan dapat emas selepas habis bayar EPP
  • Dan semestinya telah disahkan patuh syariah

3. Pilihan Simpanan Emas

Yang mana satu pilihan simpanan emas yang sesuai dengan anda?

Simpan Sendiri

  • Kalau anda nak simpan sendiri, pastikan anda mempunyai tempat simpanan yang selamat di rumah
  • Disarankan guna peti besi atau tempat tersorok yang sukar dicari

Simpan di Public Safe

  • Simpan emas anda di Public Safe - salah sebuah anak syarikat di bawah Public Gold
  • Currently hanya ada dua sahaja lokasi - Menara Public Gold, Kuala Lumpur dan Relau, Pulau Pinang
  • Dilindungi dengan insurans
  • Ada caj penyimpanan tahunan yang akan mejadi kos simpanan anda setiap tahun

Kalau tanya saya, personally saya prefer Akaun Emas GAP kerana saya boleh beli pada bila-bila masa, dengan modal serendah RM100 dan saya dapat keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar pada bila-bila masa.


4. Akaun Junior (Untuk Anak)

Public Gold juga menyediakan kemudahan untuk ibu bapa membuka akaun emas atas nama anak.

Syarat:

  • Anak mestilah berumur bawah 18 tahun
  • Penjaga sah (ibu atau bapa) yang akan mengurus akaun

Dokumen:

  • Salinan MyKid atau Sijil Kelahiran
  • Salinan IC penjaga yang didaftarkan sebagai penjaga sah

Kelebihan:

  • Simpanan jangka panjang untuk pendidikan
  • Disiplin menabung dari kecil
  • Simpan duit raya anak dalam bentuk emas

5. Apa Perlu Buat Selepas Pembelian Pertama

Selepas anda berjaya buat belian emas, pastikan perkara-perkara berikut telah disemak.

  • Semak jumlah gram dalam Akaun Emas GAP
  • Rancang pembelian seterusnya secara konsisten, i.e. 1 gram 1 bulan
  • Boleh keluarkan emas fizikal bila cukup gram tertentu; keluarkan minimum 10 gram gold bar, atau 1 dinar
  • Simpan maklumat pembelian emas yang dihantar melalui email dijaga dengan baik
  • Boleh jual semula gram kepada Public Gold bila-bila masa

6. Soalan Lazim (FAQ)

Q: Bilakah saya boleh keluarkan emas dari akaun emas GAP?
A: Bila cukup minimum gram untuk produk tertentu (contoh: 1g, 5g, 10g, 1 Dinar, dll.)

Q: Ada caj ke kalau nak keluarkan emas fizikal?
A: Ya, ada caj premium (premium fee) bergantung kepada saiz emas dan berat.

Q: Boleh ke jual semula emas GAP kepada Public Gold?
A: Boleh. Anda boleh jual semula terus melalui aplikasi atau portal pelanggan.

Q: Apa berlaku jika pemilik emas meninggal dunia?
A: Waris boleh buat tuntutan dengan dokumen sokongan (surat kematian, sijil faraid, dll.)


7. Tips Tambahan

  • Mulakan dengan jumlah simpanan yang kecil secara konsisten, contohnya RM100 sebulan
  • Gunakan reminder bulanan atau subscribe auto-debit
  • Simpan emas untuk jangka panjang dan elak dari terpengaruh dengan turun-naik harga emas dalam jangka pendek
  • Elakkan menjual emas semata-mata kerana harga jatuh sedikit – fokus pada nilai jangka panjang