
Nak tahu cara jual semula emas Public Gold? Nak tahu berapa harga yang Public Gold akan ambil? Semuanya akan saya jawab dalam artikel kali ini.
Teruskan membaca.
Secara lazimnya memang kita takkan jual semula emas yang kita simpan selagi tidak terdesak. Kalau boleh, kita cuba simpan emas sampailah kita berjaya capai target simpanan emas kita.
Selagi tak capai target, jangan sesekali jual emas tu. Jual balik emas adalah pilihan kita yang terakhir.
Selagi masih ada lagi duit dalam ASB, dalam Tabung Haji, guna dulu duit tu sebelum cairkan aset-aset simpanan emas anda samada dengan menjualkannya atau digadaikan.

Macam mana nak jual emas Public Gold?
Public Gold mempunyai dua jenis emas iaitu emas fizikal yang terdiri daripada goldbar dan dinar; dan satu lagi adalah akaun emas GAP Public Gold.
Untuk jual balik emas fizikal Public Gold, anda boleh terus ke mana-mana branch Public Gold yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Public Gold mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Anda hanya perlu pergi dan bawa bersama emas yang nak dijual beserta dengan MyKAD. Tak perlu pun buat appointment. Boleh terus direct walk-in ke branch untuk jual semula emas tersebut.
Bagi akaun emas GAP pula, ianya boleh dijual terus dari aplikasi atau website Public Gold. Anda boleh jual ke semua emas GAP yang anda ada. Tetapi digalakkan untuk tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram emas sebagai baki minima untuk akaun anda kekal aktif.
Dan Public Gold ambil masa dalam satu hingga dua hari bekerja untuk proses dan buat bayaran ke akaun bank anda.

Berapa harga yang Public Gold akan ambil?
Public Gold akan ambil dalam 6% hingga 9% kurang dari harga PG Sell mengikut pada item yang anda ingin jual semula.
Perbezaan harga jual-beli ini dipanggil sebagai spread atau susut nilai. Dan spread Public Gold adalah antara yang paling rendah jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain yang menjual-beli emas di Malaysia.
Harga jual beli emas ini anda boleh rujuk di website Public Gold. Jika anda tak pasti macam mana cara nak baca harga emas Public Gold, boleh rujuk dulu artikel penerangan saya tentang cara baca Public Gold price di website.
Anda hanya perlu rujuk harga di bahagian PG Buy sahaja kerana itu adalah harga yang Public Gold akan beli dari anda.

Bagaimana pula dengan harga jual goldbar 1 gram?
Kalau anda perasan, dekat website Public Gold tidak adapun harga PG Buy bagi goldbar 1 gram. (Tengok gambar di atas).
Tapi kalau nak tahu berapakah harga jualan balik goldbar 1 gram, anda boleh rujuk pada harga PG Buy bagi item goldbar 10 gram dan harga itu dibahagikan dengan 10.
Macam mana tu?
Ok sebagai contoh, harga PG Buy untuk item goldbar 10 gram dalam gambar di atas adalah RM2,577. Maka bila dibahagikan dengan 10 ianya akan jadi RM257.70 (atau kita bundarkan menjadi RM258).
Maka harga yang Public Gold akan ambil untuk goldbar 1 gram anda nanti adalah RM258.
Mudah je kan?
Diharap penerangan saya dalam artikel kali ini akan dapat menjawab persoalan anda tentang cara bagaimana untuk jual semula emas Public Gold.
Kalau anda ada sebarang pertanyaan lain, boleh maklumkan kepada saya. Dan jika anda merasakan artikel kali ini bermanfaat, kongsikan di Facebook dan Twitter.
Leave a Reply