Gold Bar Public Gold

Public Gold mempunyai 3 jenis emas iaitu goldbar, dinar dan akaun emas GAP.

Kesemua gold bar Public Gold mempunyai ketulenan 999.9 yang bermaksud 99.99% kandungan logamnya adalah emas (emas tulen). Dan gold bar Public Gold datang dalam berat 0.5 gram hinggalah ke 1 kilogram.

Pelbagai corak dan design gold bar Public Gold

Walaupun ramai customer saya memilih untuk menyimpan emas melalui akaun emas GAP, tetapi mereka mempelbagaikan simpanan emas mereka dengan mengeluarkan juga sebahagian dari emas tersebut ke dalam bentuk gold bar dan dinar dengan kaedah GIT Withdrawal.

Ciri-ciri gold bar Public Gold

Gold bar Public Gold mempunyai bentuk segiempat tepat dan berketulenan emas 999.9.

Untuk gold bar bawah 5 gram, ianya datang dalam bentuk kad seakan-akan kad ATM dan mempunyai design yang berbeza-beza di atas kad tersebut.

Manakala untuk gold bar 5 gram dan ke atas, ianya datang dalam bentuk 'loose item' dan anda boleh pegang dan rasa sendiri berat emas itu di tangan.

Gold bar 100 gram dan 250 gram Public Gold

Setiap gold bar Public Gold mempunyai sijil ketulenan yang telah diperakukan oleh Gold Assayer iaitu penilai ketulenan emas.

Dan gold bar ini juga mempunyai nombor siri dan nombor tersebut sama dengan nombor siri yang dipaparkan pada sijil ketulenan emas.

Kenapa simpan gold bar Public Gold?

Selain dapat kumpul design gold bar yang pelbagai jenis, ianya juga adalah sebagai kenangan dan koleksi simpanan emas peribadi.

Ada kalanya Public Gold hanya mengeluarkan design gold bar 1 gram edisi terhad dalam 1,000 keping (bersamaan dengan 1 kilogram emas).

Jika anda tak beli gold bar tersebut ketika ianya dikeluarkan, anda akan terlepas peluang untuk memiliki gold bar tersebut apabila ianya telah habis dijual.

Gold bar edisi terhad - YDPA Sultan Muhammad V (Tahun 2017)

Contoh gold bar public Gold yang kini jadi rare item adalah gold bar keluaran khas Yang Di-Pertuan Agong Muhammad V dan gold bar Coronavirus berwarna biru.

Bagi pelabur-pelabur emas, mereka lebih prefer beli gold bar berat 250 gram dan ke atas kerana harga emas per gramnya lebih murah.

Walaupun kos untuk membeli gold bar 250 gram agak mahal, tetapi ianya lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan harga dinar atau gold bar yang bersaiz kecil.

Gold bar 5 gram edisi terkini Public Gold

Apa beza gold bar dan dinar?

Gold bar berbentuk petak manakala dinar pula berbentuk bulat seperti duit syiling.

Dari segi keuntungan, sama sahaja. Ikut pada citarasa individu samada suka simpan gold bar yang pelbagai design, atau syiling emas.

Saya ada terangkan perbezaan kedua-dua emas ini dengan terperinci di sini.

Antara gold bar, dinar dan akaun emas GAP, mana yang lebih bagus?

Bergantung pada bajet anda.

Kalau anda hanya ada bajet RM100, better beli akaun emas GAP kerana minimum pembelian akaun emas GAP hanyalah RM100 sahaja.

Boleh beli dan kumpul emas sikit demi sedikit dalam akaun emas GAP. Bila dah cukup gram emas, boleh keluarkan emas dalam bentuk gold bar atau dinar secara GIT Withdrawal.

Antara design gold bar Public Gold dan termasuk design Coronavirus berwarna biru

Tetapi kalau anda ada bajet yang besar, anda boleh terus beli gold bar (atau dinar) dengan saiz yang sebesar mungkin.

Kenapa kena beli emas yang bersaiz besar?

Sebab lagi besar saiz emas, lagi jimat harga emas per gram. Maka anda akan lagi cepat untung berbanding mereka yang beli gold bar atau dinar bersaiz kecil.

Macam mana nak beli gold bar Public Gold?

Sebelum anda boleh beli gold bar Public Gold, anda kena daftar terlebih dahulu akaun Public Gold anda dengan saya di bawah.

Selepas daftar, saya akan guide anda cara bagaimana untuk sahkan akaun dan seterusnya untuk buat pembelian emas.

Dan sebagai customer yang berdaftar dengan saya, anda akan dapat:

  • akses ke group support di WhatsApp
  • akses ke channel nota private saya di Telegram
  • 15 tips simpanan emas yang dihantar setiap hari ke email anda
  • voucher code akses app Peti Emas

Kesimpulan

Gold bar Public Gold berbentuk petak dan mempunyai ketulenas emas 999.9 dan ianya datang bersama dengan sijil ketulenan.

Bagi penyimpan emas, mereka suka beli gold bar bersaiz kecil dengan design yang pelbagai. Manakala pelabur emas suka beli gold bar bersaiz 250 gram ke atas.

Kena ada akaun Public Gold terlebih dahulu untuk beli gold bar. Daftar akaun Public Gold secara percuma di bawah.