
Selain goldbar dan dinar, Public Gold ada satu lagi produk emas yang menjadi pilihan ramai iaitu akaun emas GAP.
GAP bermaksud Gold Accumulation Program. Ia merupakan satu program simpanan emas Public Gold yang berketulenan 999 dan boleh dibeli serendah RM100.
Dan yang menariknya lagi, akaun emas GAP ini tidak ada komitmen. Jadi terpulang kepada kita samada nak beli emas setiap bulan boleh, tak nak beli setiap bulan pun tak apa. Ianya 100% terletak pada bajet kita sendiri.
Konsep Akaun Emas GAP
Konsep akaun emas GAP ini adalah sama seperti akaun bank. Kalau akaun bank, kita simpan duit kita dalam bank dan pada bila-bila masa, kita boleh keluarkan semula duit tersebut dari bank.
Begitu juga dengan akaun emas. Kita simpan emas kita dalam akaun emas Public Gold dan pada bila-bila masa kita boleh keluarkan semula emas tersebut dalam bentuk emas fizikal seperti goldbar dan dinar.
Kalau kita nak jual terus emas dari akaun emas pun boleh. Kita boleh terus jual kepada Public Gold tanpa perlu keluarkan terlebih dahulu emas tersebut. Mudahkan?
Dan lagi satu, apabila kita beli emas GAP Public Gold, kita akan dapat beli 100% emas tanpa sebarang caj tambahan.
Ianya berbeza kalau kita beli emas fizikal seperti goldbar atau dinar kerana ia akan ada caj Gold Premium. Tetapi untuk akaun emas, tidak ada caj tersebut.
Dan saya nak juga bagitahu emas disimpan dalam akaun emas Public Gold ini tidak dikenakan caj simpanan. Ianya adalah percuma dan amat sesuai untuk orang yang macam kita untuk menyimpan emas.
Gais!
Siapa yang tak nak untung kan? Jadi boleh gunakan akaun emas GAP Public Gold ini sebagai salah satu platform anda untuk menyimpan emas..
Kelebihan Akaun Emas GAP
Secara ringkas, kelebihan akaun emas GAP adalah:
- Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (contoh: RM100 setiap bulan).
- Sesuai untuk penyimpan yang tidak berani menyimpan sendiri.
- Tiada had umur, akaun untuk anak-anak boleh dibuka pada seawal kelahiran. Yang penting, dah ada nombor MyKID.
- Boleh jual/beli secara atas talian di mana-mana sahaja.
- Simpan emas secara percuma. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.
- Boleh menebus emas fizikal secara fleksibel, serendah 1 gram.
- Akaun GAP disahkan patuh syariah dan ianya dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.
- Penyimpan boleh membuat pajakan emas GAP Ar-Rahnu secara atas talian bila-bila masa dan di mana sahaja jika memerlukan wang dengan segera.
Kalau ada sebarang pertanyaan lanjut tentang akaun emas GAP, boleh terus tinggalkan komen di bawah atau direct WhatsApp saya di sini.
Dan kalau nak daftar akaun Public Gold secara percuma, boleh daftar di sini.
Tak Nak Terlepas Artikel Terbaru?
Join channel Telegram saya untuk dapatkan info dan update terkini tentang emas dan Public Gold secara percuma.
Leave a Reply