Dinar Public Gold

Dinar emas Public Gold edisi baharu

Selain goldbar dan akaun emas, Public Gold juga mempunyai satu lagi item iaitu dinar emas.

Bagi anda yang pertama kali dengar tentang 1 dinar mesti menganggap 1 dinar ni bersamaan dengan 1 gram emas kan?

Tetapi yang sebenarnya emas 1 dinar ni mempunyai berat 4.25 gram dan ianya berbentuk bulat seperti duit syiling.

Persamaan dengan goldbar Public Gold adalah dinar emas ini mempunyai ketulenan emas 999.

Berikut merupakan pilihan dinar keluaran Public Gold.

  • 1/4 Dinar - 1.0625 gram βœ…
  • 1/2 Dinar - 2.125 gram βœ…
  • 1 Dinar - 4.25 gram βœ…
  • 5 Dinar - 21.25 gram
  • 10 Dinar - 42.5 gram

Dinar Public Gold boleh dibeli secara outright purchase, easy payment purchase (EPP) ataupun keluarkan dari akaun emas GAP Public Gold. Pastikan anda semak harga emas Public Gold terlebih dahulu sebelum buat pembelian.

Keluarkan Dinar dari GAP Public Gold

Ketika artikel ini ditulis, saya tengah usaha untuk kumpul 5 dan 10 dinar. Saya cadang nak keluarkan dari akaun emas GAP Public Gold sebab lebih mudah dan jimat. Jadi sekarang ni saya tengah kumpul emas sikit-sikit dalam akaun emas.

Nanti bila dah cukup berat 22.25 gram dalam akaun emas, barulah saya keluarkan 5 dinar dan minta Public Gold untuk hantar emas saya ke rumah menggunakan perkhidmatan Gold In Transit.

Tetapi kenapa mesti kumpul sampai 22.25 gram baru boleh nak pos ke rumah? Bukan ke berat 5 dinar adalah 21.25 gram je?

Jawapannya adalah kita kena tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram sebagai baki minima akaun emas GAP. Kita tak boleh keluarkan semua. Kena tinggalkan sekurang-kurang 1 gram dalam akaun.

Jadi sebab itu saya kena ada sekurang-kurangnya 22.25 gram dalam akaun emas GAP saya.

Yang sebelah kiri edisi baharu. Yang sebelah kanan adalah dinar Public Gold edisi lama.

Kelebihan Dinar Emas Public Gold

Kenapa pilih dinar? Kenapa bukan goldbar? Mungkin ada yang tanya.

Kalau nak tahu, apabila kita simpan cukup 20 dinar, kita dah pun layak untuk bayar zakat simpanan emas. 20 dinar bersamaan dengan 85 gram. Dan apabila simpanan emas kita cukup 20 dinar (atau 85 gram) dalam setahun, boleh dah la kita bayar zakat.

Selain dari itu, ada orang menggunakan dinar sebagai hadiah sebagai mas kahwin sebab bentuknya bulat, cantik dan kemas. Memang nampak sebiji seperti duit syiling. Maka ramai orang yang menjadikan dinar emas ini sebagai mas kahwin atau hantaran mereka.

Antara artis yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin adalah Dato’ M Nasir yang menghadiahkan kepada isterinya 13 dinar pada tahun 2000. Pada waktu itu nilai emas 13 dinar bersamaan dengan RM2,000. Agak-agak berapa harga nilai 13 dinar tu sekarang?

Kiraan mudah, kita ambil harga 1 gram bersamaan dengan RM 310 didarabkan dengan 13 dinar dan 4.25 gram. Maka jumlah nilai dinar tersebut adalah RM 17,127.50,!

Ya! RM 17,127.50!

Sedangkan pada tahun 2000 dulu, nilainya hanyalah RM 2,000 sahaja. Peningkatan sebanyak 756% dalam tempoh 23 tahun!

Nampak kemas apabila dapat simpan dinar dalam album emas

Dinar Public Gold design baharu

Baru-baru ini, Public Gold ada keluarkan dinar edisi yang baharu. Design kali ini lebih cantik dan smart sebab ianya berwarna hijau dan dilaminate dalam bentuk kad.

Jadi kita boleh simpan dinar ini dalam album kad. Boleh susun elok-elok bersama dengan goldbar 1 gram yang lain.

Cumanya, kita tak boleh nak pegang dan feel dinar emas tu dekat tangan. Nak tak nak, memang nak kena kopek, buka laminate kad tu.

Tapi jangan risau. Public Gold masih terima dinar tu kalau kita nak jual semula. Public Gold tetap akan terima dinar tersebut walaupun dalam keadaan kemik, calar, dan bengkok.

Perkongsian En Syukor Hashim di Facebook tentang dinar Public Gold yang telah dikopek
1 Dinar (harga berubah)
1/2 Dinar (RM 790)
1/4 Dinar (RM 400)

Cara beli dinar Public Gold

Sebelum dapat beli dinar, kena daftar dulu akaun Public Gold secara percuma. Selepas daftar, baru boleh beli dinar Public Gold secara terus, ansuran atau keluarkan dari akaun emas GAP.

Kalau tak tahu cara mula dalam simpanan emas Public Gold, boleh WhatsApp saya untuk bantuan.

InsyaAllah saya akan bantu sebaik mungkin. Saya mempunyai lebih dari 1,000 orang customer Public Gold dan hampir 50 orang dealer Public Gold di bawah bimbingan saya.

Dan pastikan anda meletakkan target dinar Public Gold sebagai salah satu item wajib ada dalam koleksi simpanan emas anda. πŸ˜ƒ