
Emas sentiasa menjadi topik hangat setiap kali harganya naik mencanak.
Baru-baru ini, harga emas dunia berjaya memecahkan rekod baharu melebihi $3,500 USD per auns, sekali gus menarik perhatian ramai pelabur dan penyimpan emas termasuk customer-customer Public Gold yang mendaftar dengan saya.
Tapi adakah sekarang masa yang terbaik untuk beli emas, lagi-lagi ketika harga emas berada dalam fasa uptrend?
Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan jawapannya. Tetapi sebelum itu, jom kita ketahui apakah puncah kenaikan harga emas baru-baru ini. Jom!
Kenapa harga emas naik?
Ada beberapa sebab kenapa harga emas naik sehingga mencecah ke paras harga emas tertinggi iaitu $3,500 USD per auns. Antaranya adalah…
- Ketidaktentuan ekonomi global
Apabila ekonomi dunia tidak menentu disebabkan oleh isu geopolitik, peperangan, perdagangan atau krisis kewangan, para pelabur akan mengalihkan wang pelaburan mereka kepada emas kerana emas merupakan aset yang selamat. - Inflasi
Apabila kuasa beli mata wang merosot, emas dianggap “penyimpan nilai” terbaik untuk jangka panjang. - Permintaan fizikal & institusi
Permintaan daripada bank pusat, syarikat pelaburan besar, serta pembeli runcit seperti kita semua turut mempengaruhi lonjakan harga.
Jadi apakah strateginya?
Ramai yang tunggu harga emas jatuh baru mereka nak beli. Tetapi hakikatnya, tiada siapa yang dapat tentukan bilakah masa harga emas akan jatuh.
Sebaliknya harga emas lebih cenderung untuk meningkat dari tahun ke tahun. Tetapi kalau harga emas turun pun, pasti akan ada yang masih menunggu untuk harga emas tu turun lagi; dan akhirnya mereka yang menunggu tu masih belum beli emas.
So kalau nak mudah, ikut je strategi ini.

Strategi #1: Kaedah Dollar Cost Averaging (DCA)
Strategi yang paling simple dan praktikal untuk anda yang baru nak mula menyimpan emas. Caranya mudah je.
Beli emas secara konsisten setiap bulan tanpa perlu tengok harga. Ada duit je, terus beli. Ada duit je, terus tambah simpanan emas anda. Tak kisah samada harga emas tu naik atau turun.
Dalam jangka masa panjang, anda akan dapat puratakan kos pembelian emas anda dan tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Sedang elok-elok je.
Contoh, kalau anda beli emas 1 gram setiap bulan selama setahun, semestinya ada bulan tu anda beli emas pada harga tinggi, dan ada bulan tu anda beli pada harga rendah. Hasilnya, kos purata anda tetap menguntungkan dalam jangka masa panjang.
Strategi #2: Beli semasa “Price Correction”
Walaupun harga emas naik secara jangka panjang, ia tetap ada turun naik dalam tempoh harian atau mingguan. Penurunan kecil ini dipanggil “price correction” atau “harga rehat”.
Pelabur emas yang bijak biasanya akan ambil peluang semasa harga turun sedikit sebelum ia melonjak semula. Walaupun tak dapat harga paling rendah, sekurang-kurangnya anda tidak membeli harga di puncak.
Saya selalu share masa nak beli emas ni dalam group WhatsApp saya. Tetapi khas untuk mereka yang daftar akaun dengan saya sahaja.

Strategi #3: Fokus untuk jangka masa panjang
Emas bukan untuk “scalping” macam yang orang selalu buat dekat kaunter saham atau crypto. Sebab emas lebih kepada aset perlindungan kekayaan untuk jangka masa panjang.
Jadi, bila beli emas, check dulu soalan ini:
- “Adakah saya nak simpan emas untuk 5–10 tahun ke depan?”
- “Adakah emas ini aku simpan untuk dana pendidikan anak, persediaan persaraan, atau simpanan kecemasan?”
Jika jawapannya ya, masa paling sesuai untuk anda beli emas sebenarnya adalah sekarang, bukan tunggu harga turun.
Beli je sekarang untuk masa depan.
Strategi #4: Kenal pasti matlamat simpanan
Saya ada kongsikan tips untuk mulakan simpanan emas dengan menggunakan teknik TMB iaitu Tujuan, Matlamat dan Bajet.
So anda kena kenal pasti apakah matlamat anda untuk simpan emas.
- Jangka pendek (1–3 tahun): Simpan 10–20% daripada aset dalam bentuk emas untuk lindungi diri daripada inflasi.
- Jangka sederhana (3–7 tahun): Simpan sebagai dana pendidikan, deposit rumah, atau backup kewangan.
- Jangka panjang (10 tahun ke atas): Jadikan emas sebagai tabung persaraan atau legasi untuk anak-anak anda.
Apabila matlamat anda jelas, anda tak lagi risau dengan penurunan atau kenaikan harga emas.

Strategi #5: Elak “Overexposure”
Walaupun emas aset yang selamat, tetapi nasihat saya jangan letakkan semua duit anda dalam emas. Ikut saranan pakar kewangan: 20%–30% daripada keseluruhan portfolio pelaburan anda sudah pun memadai.
Selebihnya boleh diagihkan kepada tunai, hartanah, atau pelaburan lain. Dengan cara ini, anda tidak terlalu bergantung pada satu aset sahaja.
Ada banyak lagi medium pelaburan yang lain. Saya sendiri simpan dalam ASB, Tabung Haji dan juga Unit Trust.
>> Baca artikel nak simpan dalam emas atau ASB.
Strategi #6: Gunakan Platform Selamat
Di Malaysia, banyak cara yang anda boleh gunakan untuk beli emas. Anda boleh pilih:
- Emas fizikal (gold bar, dinar) sebab anda boleh pegang dan simpan sendiri emas tu. Kalau nak simpan dalam safe deposit box pun boleh. Public Gold sendiri ada sediakan ruang penyimpanan tu di PG Safe.
- Akaun simpanan emas (contoh GAP Public Gold) — sesuai untuk pembelian konsisten setiap bulan, boleh keluarkan dalam bentuk fizikal bila cukup gram.
Apa pun pilihan anda, pastikan hanya beli daripada dealer dan syarikat yang dipercayai supaya tidak terjebak dengan skim penipuan atau skim cepat kaya.
Nak mudah? Buat je dengan Public Gold. Setel~!
So bilakah masa yang paling sesuai?
Jawapan mudahnya: Masa paling sesuai untuk beli emas adalah sekarang — asalkan anda konsisten, berdisiplin, dan jelas matlamat. Jangan tunggu terlalu lama sebab harga emas tetap akan meningkat dalam jangka panjang.
Seperti kata Warren Buffett: “The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now.”
Jika anda nak jadikan emas sebagai aset simpanan, mulakan sekarang walaupun sedikit. Konsisten lebih penting daripada cuba meneka pasaran. Tak gitu?




