Bermula 1 Disember 2025, caj Gold Premium Public Gold adalah seperti berikut.

Apakah sebenarnya caj Gold Premium?
Caj Gold Premium adalah caj yang dikenakan untuk setiap transaksi pembelian atau pengeluaran emas dan perak fizikal. Setiap kali anda beli emas atau perak fizikal, caj ini akan dikenakan ke atas setiap item yang dibeli.
Sebagai contoh, anda nak beli gold bar 100 gram yang berharga RM55,000. Jumlah bayaran yang anda perlu bayar adalah:
Jumlah yang perlu dibayar
= Harga gold bar 100 gram + Caj Gold Premium
= RM55,000 + RM70
= RM55,070
Adakah saya kena bayar caj Gold Premium untuk setiap item yang dibeli?
Ya! Setiap item fizikal yang dibeli akan dikenakan caj Gold Premium ini. Sebagai contoh, anda nak beli 10 keping gold bar 1 gram. Maka jumlah caj Gold Premium yang anda perlu bayar adalah RM15 x 10 keping gold bar = RM150.
Jadi kalau nak jimat, lebih baik beli terus gold bar 10 gram kerana jumlah caj Gold Premium yang dikenakan hanyalah RM15 sahaja (berbanding RM15 x 10 keping gold bar 1 gram).
Adakah saya perlu bayar caj Gold Premium untuk belian akaun emas GAP?
Tidak perlu kerana pembelian akaun emas GAP tidak melibatkan transaksi pembelian emas fizikal. Namun begitu, apabila anda nak keluarkan emas GAP anda ke dalam bentuk fizikal, anda perlu bayar caj Gold Premium mengikut pada item yang anda keluarkan.
Macam mana nak mula beli emas Public Gold?
Daftar dulu akaun Public Gold anda melalui link ini dan saya akan berikan panduan cara buat belian emas pertama anda melalui WhatsApp.
Dan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui WhatsApp di sini.
Fauzi Mohd Darus
Dealer Aktif Public Gold
PG00292269