
Dalam dunia emas antarabangsa, satu nama yang sentiasa menjadi rujukan standard industri emas adalah London Bullion Market Association (LBMA).
Bagi sesiapa yang membeli, menyimpan atau melabur emas, LBMA bukanlah sekadar label tetapi ia adalah lambang kualiti, ketulenan dan integriti pengeluaran emas tersebut.
Dan mungkin anda tertanya-tanya:
“Apakah sebenarnya LBMA ini?”
“Kenapa pengiktirafan LBMA begitu penting?”
“Apakah kebaikannya untuk saya sebagai customer Public Gold?”
Dalam artikel kali ini, saya akan terangkan kepada anda.
Apa itu LBMA?
LBMA (London Bullion Market Association) ialah organisasi antarabangsa yang mengawal selia piawaian industri untuk emas dan perak.
Atau dalam bahasa mudah, LBMA adalah “SIRIM” untuk emas dan perak.
Mereka menetapkan standard yang sangat ketat dan tidak terhad dalam:
- Ketulenan emas
- Kualiti pengeluaran
- Proses pemurnian (refining)
- Etika perniagaan
- “Responsible sourcing” atau sumber emas yang sah & beretika
Syarikat atau kilang yang melepasi audit ketat LBMA ini akan dimasukkan ke dalam senarai Good Delivery List iaiu senarai syarikat emas yang paling dihormati dalam industri emas global.
Secara mudah, jika syarikat emas itu ada dalam LBMA Good Delivery List, ia bermaksud emas keluaran syarikat tersebut telah memenuhi standard yang paling tinggi dan diterima di seluruh dunia.

Kenapa LBMA sangat penting dalam industri emas?
Emas adalah komoditi global. Ia dijual, dibeli, dipindah milik dan dicairkan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Bagi memastikan emas tersebut benar-benar berkualiti, industri emas menggunakan satu standard global yang dinamakan sebagai LBMA.
Berikut ialah sebab utama kenapa LBMA sangat penting:
- Menjamin ketulenan sebenar – LBMA memastikan setiap gold bar yang dihasilkan menepati ketulenan yang ditetapkan, iaitu emas 999.9 (24K) tanpa ada sebarang kompromi.
- Mengawal kualiti pembuatan – Ukuran, berat, bentuk, lambang, stamping dan rekod pembuatan emas mestilah mematuhi spesifikasi LBMA yang sangat ketat.
- Audit yang sangat ketat dan berterusan – Bukan mudah untuk kekal dalam Good Delivery List kerana audit akan dilakukan secara berkala dan kilang pengeluar emas wajib mematuhi standard pemurnian, keselamatan, dokumentasi dan sumber bahan mentah dari mana ianya diperoleh.
- Pengiktirafan seluruh dunia – LBMA ialah standard emas antarabangsa. Emas yang mempunyai pengiktirafan LBMA akan diterima di mana sahaja di seluruh dunia kerana reputasi standardnya tidak diragui.
Apakah kelebihan emas yang Diiktiraf LBMA?
Harga jual dan beli yang lebih kompetitif
Market antarabangsa mempunyai spread yang lebih kecil untuk gold bar yang memenuhi standard LBMA kerana risikonya rendah.
Bagi anda yang tak tahu, spread adalah peratusan perbezaan antara harga jual dan harga beli emas tersebut.
Sebagai contoh, harga beli semasa untuk gold bar 250 gram adalah RM149,942 manakala harga jual pada masa yang sama adalah RM140,945.
Maka spread untuk harga jual/beli di atas adalah:
Spread Harga
= (Harga Jual – Harga Beli) / Harga Jual
= (RM149,942 – RM140,945) / RM149,942
= RM8,997 / RM149,942
= 0.06 (6%)
Lebih mudah dicairkan di mana-mana negara
Jika anda melancong, berpindah ke negara lain atau anda ingin menjual emas kepada mana-mana dealer di luar negara, emas LBMA akan diterima tanpa banyak soal.
Keyakinan customer meningkat
Emas yang berstatus LBMA memberikan ketenangan fikiran kerana kualitinya memang telah diiktiraf global dan bukan sekadar janji manis dari pengeluar.
Nilai emas yang lebih kukuh untuk jangka masa panjang
Kualiti emas yang dihasilkan berada pada standard yang tinggi dan diiktiraf oleh antarabangsa menjadikan permintaan lebih stabil, seterusnya dapat mengekalkan nilai produk emas tersebut untuk dalam jangka masa yang panjang.
Ketelusan dalam proses pembuatan
LBMA mewajibkan rekod, audit dan pematuhan yang telus. Ini bermakna customer akan dapat emas yang benar-benar berkualiti dan sah sahaja

Jadi, apakah faedahnya jika Public Gold mendapatkan pengiktirafan LBMA?
Sekiranya Public Gold mendapatkan pengiktirafan LBMA, semestinya akan ada banyak kebaikan dan kelebihan yang diperoleh oleh customer dan penyimpan emas Public Gold seperti:
- Emas Public Gold akan mendapat pengiktirafan antarabangsa – Selama ini, Public Gold terkenal sebagai syarikat emas yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Tetapi dengan adanya LBMA ini, pengiktirafan itu bakal melangkaui rantau ini sehingga ke peringkat global.
- Meningkatkan keyakinan customer baru dan lama – LBMA bukan sekadar standard tetapi ia adalah simbol integriti yang dapat menjadikan customer lebih yakin untuk membeli emas Public Gold dalam kuantiti yang lebih besar.
- Emas lebih mudah dicairkan di pasaran luar negara – Jika anda memiliki emas Public Gold seperti gold bar dan dinar yang berstatus LBMA, emas tersebut boleh dijual kepada dealer-dealer antarabangsa tanpa perlu diuji bagi menentusahkan ketulenannya.
- Mendapat pasaran yang lebih luas – Dengan LBMA, gold bar Public Gold boleh memasuki pasaran antarabangsa dan institusi kewangan besar; sesuatu yang dapat membuka banyak peluang untuk masa depan.
- Menarik lebih ramai pelabur institusi – Bank, syarikat pelaburan dan pemegang aset global lebih cenderung menerima emas yang menepati standard LBMA.
- Meningkatkan nilai jenama Public Gold – Ini bukan sekadar menaikkan lagi standard dan kualiti emas keluaran Public Gold tetapi merupakan satu anjakan untuk Public Gold menjadi antara jenama emas paling dihormati di dunia.
Apakah maksudnya untuk penyimpan emas Public Gold hari ini?
Sebagai customer, semestinya kita mahukan emas yang dibeli merupakan emas yang berkualiti, mempunyai ketulenan emas yang tepat dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Jadi sekiranya Public Gold mendapat pengiktirafan LBMA ini, ianya menunjukkan:
- Public Gold sentiasa memperkukuhkan standard kualiti dan mutu emas yang dihasilkan
- Gold bar dan dinar Public Gold yang kita simpan sekarang ini semakin tinggi reputasi dan kredibilitinya.
- Pasaran masa depan emas Public Gold akan menjadi lebih luas dan lebih mudah untuk dicairkan (dijual).
- Pelabur jangka panjang bakal menikmati manfaat yang paling besar.
Pernah tak Public Gold menggunakan emas yang diiktiraf LBMA?
Ya, pernah!
Sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia pada tahun 2020, gold bar dan dinar Public Gold didatangkan dari syarikat pengeluar emas Nadir Metal Rafineri Gold yang terletak di Istanbul, Turki. Syarikat pengeluar emas ini merupakan di antara syarikat emas yang mendapat pengiktirafan LBMA dan juga berada dalam Good Delivery List hingga kini.
Tetapi disebabkan pandemik, emas dari Turki tidak dapat dihantar ke Malaysia dan disebabkan itu Public Gold mengambil inisiatif dengan mewujudkan kilang pembuatan emas sendiri di Malaysia.


So, kalau anda ada menyimpan emas Public Gold yang mempunyai cop logo Nadir Metal Rafineri Gold ini, make sure anda simpan dan jaga emas ini sebaiknya kerana ianya kini menjadi item yang rare.
Sebagai kesimpulan, LBMA adalah standard emas yang diiktiraf di dunia di mana syarikat yang mendapatkan pengiktirafan ini telah berjaya memastikan ketulenan, kualiti pembuatan dan etika pemurnian emas mereka berada pada tahap tertinggi.
Dengan menyimpan dan membeli emas Public Gold, anda bukan sahaja membeli emas yang berkualiti tinggi, malah emas yang anda beli mendapat pengiktirafan global.
Dan sekiranya Public Gold mendapatkan status LBMA ini, penyimpan emas Public Gold akan menjadi antara kumpulan terawal dalam menikmati faedah standard antarabangsa ini.
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Mulakan simpanan emas anda dengan Public Gold hari ini.




