
Ramai orang mula menyimpan emas kerana mahu protect nilai duit mereka daripada susut nilai kerana inflasi. Tetapi ada juga yang menyimpan emas dan akhirnya tertarik untuk menjadi dealer Public Gold kerana mereka melihat peluang yang lebih luas di sebalik tabiat menyimpan emas itu sendiri.
Ada antara mereka yang bermula sekadar suka-suka sebab emas Public Gold ni boleh dibeli serendah RM100 sahaja melalui akaun emas GAP. Tetapi lama-kelamaan mereka sedar bahawa ada ruang untuk membina pendapatan dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang dengan Public Gold.
Menjadi dealer bukan bermakna anda perlu menjadi “penjual emas”. Tetapi lebih kepada menjadi seseorang yang berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman dan kesedaran tentang pentingnya menyimpan emas.
Dari situlah akan terbitnya kepercayaan, dan daripada kepercayaan itulah akan datangnya insentif yang Public Gold berikan sebagai penghargaan. Tetapi, jadi dealer Public Gold bukan hanya insentif semata-mata kerana kelebihan jadi seorang dealer Public Gold ni sebenarnya jauh lebih besar daripada itu.
Insentif dan Komisyen Itu Adalah Bonus
Public Gold menyediakan insentif untuk setiap pembelian customer. Insentif ini akan masuk secara automatik tanpa anda perlu memegang duit customer atau menguruskan proses jual beli tersebut. Customer akan berurusan terus dengan Public Gold, dan dealer akan menerima penghargaan atas usaha mereka dalam memberikan bimbingan dan kesedaran.
Insentif itu akan menjadi pendapatan tambahan. Ada yang gunakan insentif tersebut untuk tambah simpanan mereka, dan ada yang juga untuk tampung mana yang kurang dalam kehidupan seharian.
Tetapi ada juga dealer-dealer Public Gold yang menjadikan insentif Public Gold ini sumber pendapatan mereka jangka panjang. Tetapi ramai dealer bersetuju: yang merea lebih seronok bila dapat bantu orang keluar daripada tabiat boros dan mula menyimpan emas secara konsisten.

Ilmu Emas Yang Boleh Digunakan Sampai Bila-Bila
Salah satu kelebihan terbesar menjadi dealer ialah akses kepada ilmu. Group PG1M adalah salah sebuah group dalam Public Gold yang menyediakan training, webinar dan bengkel yang dapat membantu anda memahami emas dari sudut yang betul; bukan sekadar tahu harga naik dan turun.
Di dalam group PG1M ini anda akan belajar tentang:
- kenapa emas menjadi pelindung nilai yang sebenar
- bagaimana inflasi dapat menjejaskan kuasa beli masyarakat
- cara simpan emas untuk jangka masa yang panjang
- bagaimana membimbing orang lain supaya dapat simpan emas tanpa risiko
Ilmu ini bukan hanya untuk customer, tetapi juga boleh digunakan untuk diri sendiri. Ada dealer yang mengakui, jika bukan kerana peluang ini, mereka mungkin tidak pernah ambil tahu pun tentang ilmu kewangan. Dari sinilah lahirnya dealer-dealer yang bukan hanya menjual, tetapi mendidik. Mendidik lebih ramai orang untuk celik tentang emas.
Berkongsi Ilmu, Berkongsi Manfaat
Dealer Public Gold bukanlah ejen jualan tetapi merupakan dealer yang menyampaikan ilmu emas.
Dan dalam dunia emas, perkongsian ilmu itu sangat penting kerana ramai orang masih tidak tahu cara bagaimana untuk menyimpan emas dengan betul.
Setiap kali anda berkongsi ilmu emas, tak kisah samada ianya sekadar posting ringkas, video pendek, atau nasihat kepada rakan-rakan; anda sebenarnya sedang mengubah perjalanan kewangan seseorang.
Ada customer yang bertahun-tahun setia dengan dealer mereka hanya kerana dealer itu selalu memberi panduan yang jujur. Di sinilah lahirnya hubungan jangka panjang yang akhirnya membina pendapatan dealer secara berterusan.

Dealer Tak Perlu Simpan Stok, Tak Perlukan Kedai
Keistimewaan dealer Public Gold adalah modelnya yang sangat ringan dan mudah. Sebagai dealer, anda tidak perlu:
- menyimpan stok emas
- mengeluarkan modal yang besar
- menguruskan hal logistik emas
- membuka kedai setiap hari
- mempertaruhkan simpanan sendiri
Ini kerana customer Public Gold akan buat tempahan terus di website Public Gold, bayar kepada Public Gold, dan ambil emas di cawangan Public Gold (atau akan dihantar ke rumah untuk emas berat 21.25 gram ke bawah).
Dealer hanyalah sebagai pemudahcara dan pembimbing. Dealer akan guide cara macam mana nak buat belian emas, macam mana nak jual emas, macam mana nak keluarkan emas dan pelbagai lagi.
Sebab itu bisnes Public Gold ini sangat sesuai dengan sesiapa sahaja. Tidak kira samada anda seorang pekerja, pelajar, surirumah, mahupun pesara.
Boleh Dijalankan Di Mana-Mana, Asalkan Ada Internet
Selain dari itu, dealer Public Gold ni boleh bergerak secara digital. Semuanya boleh dilakukan dari telefon. Ada Internet, ada handphone? Setel!
Dengan handphone dan Internet ni, dealer Public Gold boleh:
- daftar customer
- beri panduan cara simpan emas
- semak transaksi pembelian
- buat perkongsian di media sosial
- bimbing customer melalui chat atau WhatsAPp
Mereka tidak perlukan pejabat, tidak perlukan kedai, tidak perlukan modal bulanan, tidak perlu simpan stok dan sebagainya.
Bisnes ini akan ikut anda samada di rumah, di tempat kerja, semasa bercuti, malah ketika berada di luar negara sekalipun anda akan dapat jalankan bisnes Public Gold ini tanpa henti. Ia memberikan kebebasan penuh kepada anda yang mahukan bisnes yang fleksibel tanpa mengganggu rutin harian.
Pendapatan Yang Boleh Diwariskan
Ini antara kelebihan paling besar dalam dunia dealership Public Gold sebab insentif Public Gold ini boleh diwariskan.
Jika berlaku sesuatu pada pemilik akaun dealer, insentif daripada customer sedia ada tetap diteruskan kepada waris terdekat.
Ini bermakna usaha anda hari ini boleh memberi manfaat kepada keluarga anda bertahun-tahun akan datang.
Tetapi dengan syarat, waris tersebut mestilah dapat teruskan bantu dan guide customer-customer anda supaya mereka tidak ditinggalkan terkontang-kanting tanpa bimbingan dan panduan yang sewajarnya.

Tidak Keseorangan Kerana Bergerak Bersama Team
Sebagai dealer yang berdaftar dengan saya, anda tidak akan bergerak dengan sendiri kerana kita mempunyai sokongan team yang kuat di bawah naungan group PG1M.
Group PG1M ini diasaskan oleh Tuan Syukor Hashim dan Cik Jonaina Nordin yang merupakan dealer pertama dalam Public Gold sejak ianya pertama kali ditubuhkan pada tahun 2008 dahulu.
Jadi, sebagai dealer di bawah naungan PG1M ini, anda akan dapat mengikuti pelbagai training, workshop, seminar dan macam-macam aktiviti yang diadakan setiap bulan di setiap negeri.
Cuma yang tinggal adalah samada anda nak join atau tidak sahaja.
Percayalah, nak pergi laju, anda boleh pergi sendiri. Tetapi kalau nak pergi jauh, bergeraklah dalam team.
Sebagai kesimpulan, nak jadi dealer Public Gold ni bukanlah tentang menjual emas sebanyak mungkin.
Bukannya kejar target semata-mata.
Bukannya cari pelanggan secara agresif.
Tetapi ia tentang memberikan manfaat kepada orang lain, berkongsi ilmu tentang emas, membina hubungan yang baik dengan customer, dan pada masa yang sama dapat menikmati kehidupan yang lebih stabil.
Jika anda mencari bisnes yang santai-santai, fleksibel, tidak membebankan dan mempunyai nilai jangka masa yang panjang — dealership Public Gold adalah langkah yang sangat berbaloi untuk anda.
Dan seperti biasa, kalau anda perlukan bimbingan untuk bermula, anda boleh hubungi saya di sini.
Fauzi Mohd Darus (PG00292269)
Dealer Public Gold yang aktif sejak tahun 2020 hingga kini.
