
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu (22 November 2025) saya telah hadir training WhatsApp Business yang diadakan di Public Gold cawangan Seremban.
Training ini dianjurkan oleh team PG1M Negeri Sembilan dan speaker yang dijemput adalah Tuan Mohd Nizam, Founder Master Dealer Public Gold dan moderator adalah Tuan Fazla Idha.
Dalam sesi training selama dua jam ini, kami diterangkan tentang mengapa perlu guna WhatsApp Business sebagai medium untuk berkomunikasi dengan prospek dan customer Public Gold.


Selain itu, kami juga ditunjukkan secara hands-on fungsi dan cara bagaimana menggunakan WhatsApp Business seperti Quick Reply, Catalog, Label, Welcoming Message dan banyak lagi.
Antara tips penting yang ditekankan oleh Tuan Nizam adalah penggunaan Quick Reply kerana sebagai dealer Public Gold, kami kerap menerima pertanyaan yang sama seperti:
- Apa itu akaun emas GAP?
- Bagaimana cara nak buat EPP?
- Macam mana nak withdraw dari akaun emas GAP?
- dan lain-lain lagi pertanyaan
Dengan adanya fungsi Quick Reply ini, kami para dealer dapat menjawab pertanyaan yang sama dengan lebih cepat kerana jawapan tersebut telah kami tetapkan lebih awal tanpa perlu menaip semula bagi menjawab pertanyaan prospek dan customer.

Terima kasih Tuan Nizam, Tuan Fazla, team PG1M Negeri Sembilan dan team PG1M keseluruhan kerana mengadakan training ini.
InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi dalam perjumpaan yang akan datang.
Fauzi Mohd Darus
Dealer aktif Public Gold



