
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas (26 Julai 2025), team PG1M Negeri Sembilan telah anjurkan program Seminar Emas vs Duit di branch Public Gold Seremban yang baharu.
Branch Public Gold Seremban ini baru sahaja berpindah ke pejabat yang baharu (block yang sama tapi di hujung bangunan), dan kami berpeluang menjadi antara team dealer Public Gold yang terawal menggunakan dewan seminar yang baharu dan selesa ini.


Ini adalah kali pertama team PG1M Negeri Sembilan menganjurkan seminar. Dan yang menariknya adalah kami bawakan dua orang dealer Public Gold yang hebat iaitu Kak Seha dan Dr. Nonglaksana untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan tips-tips emas yang penuh bermanfaat kepada para peserta.
Sesi seminar berjalan dengan lancar dan penuh interaktif soal-jawab oleh Cikza, selalu moderator sepanjang seminar ini berlangsung.



Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada:
- Para peserta seminar yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk belajar tentang simpanan emas Public Gold
- Staff branch Public Gold Seremban yang memberikan kami peluang untuk menggunakan dewan seminar, dan siap taja hadiah untuk sesi lucky draw!
- Dan semestinya, AJK-AJK dari team PG1M Negeri Sembilan dan para dealer Public Gold yang banyak membantu dalam menjayakan program seminar ini sejak dari awal hingga ke akhir program.

Kejayaan program ini bukan sahaja dapat menambah ilmu emas dan kewangan kepada para peserta yang hadir, tetapi juga dapat mengeratkan ukhuwah antara dealer, customer, dan staff Public Gold sendiri.
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan kita dapat bertemu lagi dalam program-program anjuran PG1M Negeri Sembilan yang akan datang, insyaAllah.




