Ada modal nak beli emas 100g tetapi tak tahu yang mana lebih untung. Samada nak beli terus goldbar Public Gold yang 100g atau pun beli 10 keping goldbar Public Gold yang 10g?
Walaupun kedua-duanya tetap mempunyai berat 100 gram, tetapi sebagai pelabur emas, sudah semestinya kita nak meminimumkan sebanyak mungkin kos pembelian bagi memaksimumkan sebanyak mungkin keuntungan.
… meminimumkan sebanyak mungkin kos pembelian bagi memaksimumkan sebanyak mungkin keuntungan.
Mana lebih untung?
Ok, jom kita buat kira-kira sikit seperti berikut.
Ketika artikel ini ditulis, harga bagi 10g goldbar adalah bersamaan dengan RM3,102 manakala untuk goldbar 100g pula harganya adalah RM30,662.
Caj Gold Premium untuk goldbar 10g adalah RM15 manakala untuk goldbar 100g pula adalah RM70. Caj Gold Premium adalah bahasa mudahnya kos upah bagi menghasilkan goldbar atau dinar tersebut.
Semua transaksi pembelian emas fizikal seperti goldbar dan dinar ataupun pengeluaran goldbar dan dinar dari akaun emas GAP, akan dikenakan caj Gold Premium ini.
Jadi kos sebenar untuk pembelian goldbar 100g dan 10 keping goldbar 10g adalah seperti berikut:
Kos pembelian goldbar 100g
= RM30,662 + RM70
= RM30,732
Kos pembelian 10 x goldbar 10g
= 10 x (RM3,102 + RM15)
= RM31,170
Di sini kita dapat lihat, kalau ada modal yang besar, lebih baik beli goldbar bersaiz besar sebab kosnya lebih rendah berbanding kos goldbar bersaiz kecil.
Untuk goldbar 100g, kosnya adalah RM30,732 manakala untuk 10 keping goldbar 10g, kosnya adalah RM31,170. Jimat RM438!
Penjimatan RM438 itu kita boleh gunakan untuk beli akaun emas GAP pula. So dapatlah kita simpan dua jenis emas iaitu emas fizikal goldbar 100g dan juga akaun emas GAP.
Kelebihan dan kekurangan
Namun begitu, sudah semestinya akan ada kekurangan apabila kita terus beli goldbar bersaiz besar.
Sebagai contoh, apabila kita terdesak dan perlukan duit, nak tak nak memang kita kena terus jual atau gadaikan seketul goldbar 100g ini dan kita sudah tidak lagi mempunyai aset simpanan emas di tangan.
Ianya berbeza kalau kita beli 10 keping goldbar 10g tadi, di mana kita boleh jual atau gadaikan sebahagian sahaja emas kita untuk dapatkan duit. Tak perlu nak let go kesemuanya.
Nak pakai duit sikit, jual je seketul dua goldbar 10g tadi dan simpan selebihnya. Nak pakai duit banyak, jual je sebanyak mana goldbar 10g yang diperlukan.
So gais, itulah dia pengiraan dan kelebihan-kekurangan dalam membeli emas samada nak beli goldbar 100g seketul atau pun beli 10 keping goldbar 10g Public Gold.
Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan artikel ini di Facebook dan juga Twitter korang ok?!
Selamat menyimpan emas! 🫰🏼