
Pernah tak anda rasa bila gaji masuk je, terus duit gaji tu hilang entah ke mana? Kadang-kadang belum hujung bulan pun lagi, tapi duit dalam akaun bank dah mula “kering”. Kalau ya, jangan risau. Anda bukan seorang.
Ramai antara kita yang ada masalah yang sama. Bukan sebab tak cukup duit, tapi sebab tak ada sistem bajet yang jelas.
Sebenarnya, kalau kita pandai buat bajet, bukan sahaja boleh cukup makan, cukup untuk bayar bil, malah boleh konsisten beli dan simpan emas setiap bulan.
Di sinilah ramai orang terlepas pandang sebab simpan emas ni bukan untuk orang kaya semata-mata, tetapi untuk sesiapa sahaja yang nak kaya dengan berdisiplin.
Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan cara-cara mudah yang anda buat bajet bulanan secara teratur dan dapat jadikan simpanan emas sebagai habit dan bukannya angan-angan.
Ok, let’s gold!
1. Kenal pasti ke mana duit anda selalu “bocor”
Langkah pertama dalam bajet bukan terus potong sana-sini tetapi mulakan dulu dengan tahu ke mana duit anda pergi setiap bulan. Cuba semak tiga bulan terakhir; tengok penyata bank, eWallet, kad kredit. Tengok semuanya!
Anda akan terkejut bila nampak betapa banyaknya duit anda keluar untuk benda-benda yang tak dirancang. Contohnya, langganan Metflix, JrabFood, Phopee, atau “kopi mahal setiap pagi”.
Kalau dikumpul-kumpul, mungkin dah boleh beli 1 gram emas GAP Public Gold setiap bulan.

Gunakan aplikasi bajet seperti YNAB – You Need A Budget (highly recommended sebab saya pakai yang sejak tahun 2014 lagi) atau yang paling mudah guna Google Sheet. Bila anda nampak nombor depan mata, lebih senang nak susun strategi simpanan anda.
2. Gunakan formula bajet 50/30/20
Formula bajet ni dipopularkan oleh Elizabeth Warren, seorang pakar kewangan terkenal Amerika Syarikat.
Prinsip dia mudah:
- 50% untuk keperluan asas – sewa, bil, makan, pengangkutan.
- 30% untuk kehendak – hiburan, pakaian, hobi.
- 20% untuk simpanan atau pelaburan.
Kalau gaji anda RM3,000, maka RM600 (20%) tu boleh buat auto-debit untuk simpan emas secara automatik setiap bulan.
Dengan Public Gold, anda boleh mula serendah RM100 melalui akaun emas GAP (Gold Accumulation Program). Nak beli setiap bulan boleh, tak nak beli pun tak apa.
Tetapi kalau buat auto-debit ni lagi senang sebab tak perlu fikir harga emas naik atau turun, setiap bulan akan auto beli dan tambah gram dalam simpanan emas anda.
Konsepnya ialah Dollar Cost Averaging (DCA). Anda beli sedikit-sedikit setiap bulan, dan purata harga emas anda akan jadi stabil.
3. Jadikan simpanan emas sebagai “komitmen tetap”
Bayangkan kalau anda boleh bayar bil Estro, Metflix atau bil telefon tepat setiap bulan tetapi kenapa tidak simpanan emas?
Anggap saja akaun emas GAP Public Gold tu seperti “akaun bil masa depan”. Nak mudah, buat je auto-debit serendah RM100 sebulan.
Setiap bulan, emas akan masuk automatik dalam akaun GAP anda. Tak sempat fikir, tak sempat lupa.
Kalau konsisten RM200 sebulan, dalam 3 tahun anda dah ada lebih 15 gram emas, tanpa perlu rasa terbeban. Itulah kuasa kecil tapi konsisten.
Oh ya, kalau anda buat auto-debit RM200 sebulan selama 12 bulan, anda layak untuk join lucky draw Public Gold dan berpeluang untuk menang hadiah gold bar 10 gram setiap bulan tau.
Nak mula simpan emas Public Gold…
4. Bezakan antara “simpanan” dan “pelaburan”
Ramai yang keliru antara dua ni. Simpanan emas bukan bermaksud anda nak jadi pelabur yang cari untung cepat. Simpanan emas lebih kepada untuk protect nilai duit anda daripada inflasi.
Contohnya, nilai RM10,000 hari ini mungkin cuma bernilai RM8,000 dalam 10 tahun akan datang kerana inflasi. Tapi kalau anda tukar sebahagian duit simpanan anda ke dalam bentuk emas, nilainya akan bertahan dan malah akan meningkat bila harga emas naik.

Menurut data dari GoldPrice.org, harga emas telah meningkat lebih 800% dalam tempoh 20 tahun sebelum ini. So, simpan emas ni bukan soal sebab nak kaya cepat, tapi soal nak selamatkan nilai harta dalam jangka masa panjang.
5. Tetapkan matlamat simpanan emas
Tanpa matlamat, kita mudah hilang fokus. Cuba tanya diri anda, kenapa anda nak simpan emas?
Adakah untuk:
- Dana kecemasan?
- Pendidikan anak-anak?
- Deposit rumah pertama?
- Atau bekalan masa persaraan?
Bila anda ada matlamat yang jelas, disiplin jadi lebih mudah.
Contohnya, kalau anda nak ada 1 kilogram emas dalam 10 tahun, anda cuma perlu konsisten simpan 8.3 gram emas setiap bulan.
Dengan harga semasa sekitar RM600/gram (bergantung pada pasaran), ianya bersamaan lebih kurang RM4,900 sebulan.
Agak besar? Tak mengapa sebab anda boleh mula kecil dulu dan tambah bila mengikut kemampuan.
Atau follow teknik TMB saya di sini cara mudah untuk mulakan simpanan emas.
6. “Bayar diri sendiri dulu”
Ramai orang buat kesilapan ini simpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Tetapi orang yang bijak buat sebaliknya iaitu mereka simpan dulu, baru belanja.
Duit Gaji – Duit Simpan = Duit Belanja
Setiap kali duit gaji masuk, terus asingkan peratus tertentu ke dalam akaun emas GAP Public Gold anda. Jadikan ia seperti “potongan gaji untuk masa depan anda sendiri”.
So baki yang ada selepas simpan emas, itulah duit belanja anda untuk bulan tersebut. Tak risau nak belanja apa pun sebab anda dah pun simpan duit anda dalam bentuk emas.
7. Gantikan simpanan tunai dengan emas
Masalah duit kertas ialah: senang cair, senang bocor. Simpan RM500 dalam dompet, akan hilang dalam masa seminggu.
Tapi kalau anda tukarkan RM500 tu dalam bentuk emas, secara psikologi anda takkan mudah nak jual emas tersebut melainkan jika betul-betul perlu.
Itu sebab ramai penyimpan emas berjaya kumpul kekayaan tanpa mereka sedar. Emas menjadikan simpanan anda “beku” tapi tetap mudah untuk dicairkan apabila perlu.
Contohnya, dengan Public Gold, anda boleh jual balik emas anda pada bila-bila masa 24 jam sehari secara online dan duit akan dikreditkan masuk ke dalam akaun bank anda.
Jadi, walaupun emas ini “kurang cair”, tetapi ianya tetap fleksibel bila keadaan memerlukan.
8. Pantau perkembangan anda setiap 6 bulan
Setiap enam bulan, semak semula bajet dan simpanan emas anda. Adakah anda masih mengikut plan? Adakah perlu tambah lebihkan simpanan?
Kalau pendapatan anda meningkat, jangan naikkan gaya hidup terlalu cepat. Tambah peratus simpanan anda dulu.

Dari 10%, naik ke 15%. Dari 15%, jadikan 20%. Sedikit demi sedikit, anda akan terkejut betapa banyaknya emas yang anda dah kumpul.
Dengan Public Gold ni mudah sebab anda boleh check nilai gram emas anda pada bila-bila masa. Dan dari situ anda boleh check nilai kekayaan anda dengan harga emas semasa yang juga ada dipaparkan dalam aplikasi dan website Public Gold.
9. Gunakan sistem ganjaran dealer jika anda serius
Kalau anda nak jadikan simpanan emas lebih berbaloi, boleh pertimbangkan untuk jadi dealer Public Gold. Dealer bukan saja dapat simpan emas, tetapi juga dapat komisyen setiap kali orang beli emas.
Selain dapat menyimpan emas, anda juga dapat bina side income dari Public Gold. Kalau anda konsisten, boleh capai status Master Dealer atau Founder Master Dealer seperti saya.
Dan dari situ simpanan emas anda bukan sahaja berkembang dari duit anda sendiri tetapi juga dari duit komisyen atau insentif yang anda dapat setiap bulan kalau anda aktif.
Tetapi kena ingat, jadi dealer ini datang dengan tanggungjawab. Memang mudah untuk daftarkan akaun customer, tetapi sebagai dealer, anda juga kena bantu dan guide customer untuk menyimpan dalam emas.
Jangan jadi seperti dealer yang Touch N Go. Dalam group PG1M Public Gold, kami sangat dilarang untuk jadi dealer seperti itu.
Kesimpulan
Untuk konsisten simpan emas, bukan bermula dengan duit — tapi dengan mindset dan sistem bajet yang betul. Bila anda dapat urus bajet dengan betul, simpanan emas bukan lagi satu beban, tapi satu gaya hidup kewangan yang tenang dan stabil.
Emas bukan sekadar logam yang berkilat, tapi simbol kebebasan kewangan supaya anda tak lagi risau apabila harga barang naik, ekonomi jatuh, atau duit kertas susut nilai.
Kalau belum ada akaun emas Public Gold, anda boleh mulakan dengan buka akaun Public Gold anda secara percuma di sini.
Selepas daftar, saya akan bantu dan guide anda cara macam mana nak simpan emas serendah RM100 sahaja. Walaupun RM100 itu sikit, tetapi sikit-sikit itulah yang akan menjadi bukit.
FAQ
1. Berapakah minimum belian kalau nak mula simpan emas di Public Gold?
Serendah RM100 sahaja melalui akaun emas GAP Public Gold. Tiada yuran tersembunyi dan tiada had maksimum. Dan semestinya tiada komitmen bulanan.
2. Kalau saya tak ada bajet besar, boleh ke saya nak simpan emas setiap bulan?
Boleh. Ramai penyimpan bermula dengan auto-debit RM100 sebulan. Yang penting, konsisten. Tetapi kalau tak nak simpan emas setiap bulan pun, tak apa. Tak ada komitmen. Ikut pada bajet masing-masing.
3. Macam mana nak tahu harga emas semasa?
Anda boleh semak terus di www.publicgold.com.my atau melalui aplikasi Public Gold.
4. Adakah emas Public Gold boleh dijual pada bila-bila masa?
Ya. Anda boleh jual balik terus melalui secara online, 24 jam sehari.
5. Kalau gaji saya kecil, patutkah saya simpan emas atau duit dulu?
Mulakan dengan bina dana kecemasan anda terlebih dahulu iaitu 3 hingga 6 bulan gaji. Lepas itu, baru alihkan sebahagian duit simpanan bulanan anda ke dalam bentuk emas untuk lindung nilai jangka masa panjang.
6. Apa beza simpan emas fizikal dan akaun GAP?
Akaun emas GAP Public Gold lebih mudah sebab tak perlu simpan emas di rumah. Bila cukup jumlah, anda boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal pada bila-bila masa. Saya personally memang prefer kaedah simpanan emas GAP ni.
7. Adakah simpan emas sesuai untuk pelajar atau suri rumah?
Ya. Selagi ada bajet sekecil RM100, anda dah boleh mula bina aset emas anda sendiri. Kalau tak pasti, tak apa. Daftar je dulu akaun anda dengan saya untuk mudah saya nak bantu dan bimbing.




