Kenapa bisnes owner simpan emas gold bar 250 gram?

Fauzi Mohd Darus

Sebagai seorang usahawan, anda tentu biasa mendengar nasihat tentang pentingnya pengurusan kewangan yang bijak.

Kita diajar supaya simpan lebihan keuntungan, grow cash reserve, dan elakkan duit bisnes terperam dalam akaun semata-mata.

Tapi jarang orang cerita salah satu cara paling berkesan untuk lindungi nilai duit bisnes ialah dengan menyimpannya dalam bentuk emas fizikal.

Dan bukan sembarangan emas, tetapi goldbar 250 gram Public Gold, saiz besar yang direka khas untuk pelabur dan pemilik perniagaan yang mahu melindungi modal untuk jangka masa panjang.

Nilai Duit Bisnes Makin Susut Setiap Tahun

Inflasi ialah musuh senyap kepada semua pemilik bisnes. Anda mungkin nampak akaun bisnes anda semakin bertambah setiap tahun, tetapi kuasa membelinya semakin berkurang.

Sebagai contoh, kos bahan mentah, sewa, dan gaji pekerja semuanya meningkat setiap tahun tetapi nilai RM100,000 anda tahun ini tidak lagi sama nilainya pada lima tahun akan datang.

Inilah sebab ramai usahawan dan pemilik perniagaan beralih kepada emas. Bila anda tukarkan sebahagian duit bisnes kepada emas fizikal, anda sebenarnya “membekukan” nilai wang anda supaya tidak dimakan inflasi.

Harga Goldbar 250 Gram Lebih Murah Daripada Emas 1 Gram

Ramai usahawan tak perasan, harga per gram bagi goldbar besar jauh lebih murah berbanding gold bar kepingan kecil.

Untuk contoh semasa:

Harga 1 gram gold bar biasa: RM 640

Harga Goldbar 250 gram: RM 145,725

Harga per gram bagi 250g: RM 573 per gram

Penjimatan per gram: RM 67

Jumlah jimat keseluruhan: RM 16,750

Dengan erti kata lain, bila anda beli goldbar 250g, anda dapat emas pada harga borong, jimat sebanyak RM16,750 berbanding beli 250 keping 1g goldbar kecil!

Dan yang lebih menarik untuk bulan November ini, Public Gold beri 1 gram gold bar secara percuma apabila anda beli 250g ni secara outright purchase atau EPP10 (10 kali bayaran).

Jadi anda bukan sahaja dapat jimat pada harga, malah siap dapat hadiah emas percuma.

Nak dapatkan gold bar 250 gram hari ini…

Bayar Secara Ansuran 10 Kali Tanpa Faedah

Ramai usahawan ada modal besar, tapi mereka juga bijak menguruskan aliran tunai. Daripada keluarkan semua modal untuk beli emas, mereka kawal aliran tunai mereka dengan beli emas secara EPP10.

Dengan EPP10, anda boleh pecahkan bayaran gold bar 250 gram tadi kepada 10 kali bayaran bulanan tanpa faedah. So modal bisnes anda kekal cair, sambil anda miliki aset sebenar yang semakin bernilai pada harga yang telah anda lock untuk 10 bulan akan datang.

Contohnya:

Harga Goldbar 250g: RM145,725

Dibayar secara 10 kali = RM14,xxx sebulan

Selepas cukup bayaran, anda terus terima goldbar 250 gram + bonus 1 gram percuma anda.

Dengan struktur bayaran sebegini, anda boleh simpan aset bernilai tinggi tanpa mengganggu aliran tunai bisnes harian anda.

Emas Fizikal Ibarat ‘Insurance’ Untuk Bisnes

Dalam dunia bisnes, keadaan boleh berubah dalam sekelip mata. Ada masa bisnes anda untung besar tetapi ada ada masanya bisnes bergerak perlahan.

Bila anda ada emas fizikal sebagai simpanan bisnes, ia ibarat “insurans kecemasan” di mana anda cairkan emas tersebut apabila diperlukan tanpa bergantung pada pinjaman bank.

Gold bar 250 gram juga mudah dijual semula kepada Public Gold pada bila-bila masa. Dengan spread rendah, anda tak rugi besar walaupun perlu jual segera.

Atau, anda boleh pajakkan dulu gold bar 250 gram ini untuk dapatkan pinjaman dan tebus semula selepas perniagaan anda kembali stabil.

Promo Bulan November 2025 – Percuma 1 gram Gold Bar!

Kalau anda beli gold bar 250 gram sepanjang bulan November 2025 ini, anda akan dapat 1 gram gold bar secara percuma dari Public Gold.

Belian boleh dibuat samada secara outright purchase atau EPP 10 kali bayar. Dan anda akan dapat gold bar tersebut apabila bayaran anda selesai.

Nampak je kecil nilai gold bar 1 gram ni tetapi kalau anda nak beli, harganya RM640. So kalau ada modal, lebih baik terus grab offer ini dan jadikan gold bar 250 gram sebagai simpanan reserve bisnes anda.

Lindungi Keuntungan Bisnes Dalam Bentuk Aset Nyata

Bagi kebanyakan bisnes owner, duit lebihan selalu “bocor” tanpa disedari. Sekejap beli peralatan baru, sekejap tambah stok, sekejap bagi bonus — akhirnya simpanan makin menipis jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

Tapi bila anda tukarkan keuntungan itu dalam bentuk emas, anda secara tak langsung “memaksa diri” untuk menyimpan.

Emas bukan seperti wang tunai yang boleh digunakan sewenang-wenangnya. Sebab emas adalah aset fizikal yang memerlukan keputusan sedar kalau nak jual semula.

Ada ke orang suka-suka nak jual emas sebab dia rasa nak jual?

Memang tak ada orang jual emas melainkan terpaksa. Inilah disiplin yang dapat bantu ramai bisnes owner membina kekayaan yang sebenar.

Emas Ialah Simpanan Tanpa Risiko Bank

Bila simpan duit dalam bank, nilainya tertakluk kepada sistem kewangan. Bila bank beku akaun, naikkan kadar caj, atau bila ringgit jatuh, nilai simpanan anda turut terjejas.

Tapi bila anda simpan emas fizikal, anda bebas daripada risiko sistem kewangan. Ia milik anda sepenuhnya, bukan milik pihak ketiga.

Gold bar Public Gold berketulenan 999.9 dan diperakui sah oleh assayer yang berdaftar. Sudah semestinya anda dapat beli emas Public Gold tanpa was-was.

Aset Tinggi Nilai, Spread Rendah, Potensi Untung Besar

Goldbar 250g dikategorikan sebagai high-value bullion. Kelebihannya ialah kerana spread (beza harga jual-beli) yang lebih rendah berbanding dengan gold bar yang kecil.

Bila harga emas naik, anda akan dapat keuntungan yang lebih optimum kerana spread yang kecil ini menjimatkan kos jual balik.

Dalam jangka masa panjang, goldbar 250 gram sesuai dijadikan simpanan aset tetap bisnes anda sama seperti anda memiliki hartanah atau saham, tetapi dalam bentuk emas yang sebenar.

Sebagai kesimpulan, saya percaya anda selaku bisnes owner, anda sudah biasa menilai risiko dan peluang. Dengan membeli gold bar 250 gram Public Gold, anda:

  • dapat simpan aset sebenar yang bebas inflasi
  • dapat beli pada harga borong yang jimat lebih RM16,750
  • dapat buat 10 kali bayar tanpa faedah
  • dapat 1 gram gold bar emas percuma
  • dapat lindungi keuntungan bisnes anda dalam bentuk aset yang bernilai

Jadi, kalau anda ada modal bisnes yang sedang “tidur” dalam akaun bisnes — inilah masa terbaik untuk tukarkannya kepada emas fizikal sebenar.

Hubungi saya untuk buat belian gold bar 250 gram anda sekarang…

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment