Pada 9 November yang lalu, saya telah dijemput oleh team aktiviti PG1M untuk menjadi speaker dalam program DOIT (Dealers Orientation Intensive Program) yang dianjurkan oleh team PG1M Public Gold.
DOIT adalah training intensive bagi dealer-dealer Public Gold dalam mempelajari tentang latar belakang Public Gold, insentif dan award yang terdapat dalam Public Gold serta SOP-SOP penting yang perlu seorang dealer Public Gold tahu.
Training DOIT ini adalah training bulanan yang diadakan pada setiap bulan. Dan alhamdulillah, dalam sesi kali ini seramai 170 orang peserta yang hadir.
Saya telah bergandingan dengan Tuan Mohamad Khairul Helmi selaku speaker pertama, dan turut disertai oleh Puan Ibtisyam dan Cikgu Shahril sebagai sharer yang berkongsikan pengalaman mereka sebagai dealer Public Gold dalam team PG1M.
Terima kasih kepada moderator, Puan Zainidar yang sangat bijak dalam mengawalselia program dari mula sehingga ke akhir aturacara.
Untuk makluman, ini adalah kali ke-2 saya dijemput sebagai speaker dalam program DOIT. Dan saya sendiri belajar banyak perkara walaupun diri sendiri adalah speaker.
Terima kasih kepada team aktiviti PG1M, rakan-rakan dealer dan semua peserta yang telah menghadiri sesi DOIT kali ini.