Gold Bar Public Gold Palsu? Jangan Terpedaya Dengan Tektik Penipuan Ini

Fauzi Mohd Darus

Sumber dari Facebook saudara E Cham E Cham

Isu emas Public Gold palsu sedang hangat diperkatakan di media sosial sekarang ini. 

Lebih membimbangkan, ianya melibatkan gold bar 100 gram yang kelihatan seolah-olah sama seperti gold bar yang tulen kalau anda tidak pernah melihatnya.

Perkara ini bukan isu yang kecil kerana ianya melibatkan wang simpanan orang ramai yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Artikel ini ditulis sebagai panduan supaya orang ramai tidak mudah terpedaya.

Apa Yang Sedang Berlaku?

Modus operandi emas palsu semakin canggih. Reka bentuk dibuat hampir menyerupai gold bar yang sebenar. 

Saiznya hampir sama. Tulisan pada permukaan pun kelihatan meyakinkan.

Tetapi bila diperiksa dengan teliti, ada beberapa perbezaan yang jelas jika anda perhatikan dengan betul-betul.

Antara yang diketahui adalah berat gold bar tersebut melebihi 100 gram. 

Ramai orang ingat kalau dapat berat yang lebih, itu adalah rezeki. Tetapi hakikatnya tidak. 

Gold bar 100 gram tulen Public Gold akan mempunyai berat yang tepat 100 gram mengikut spesifikasi kilang.

Tak akan lebih. Tak akan kurang.

Jika berat itu berbeza, itu petanda awal ada sesuatu yang tidak kena.

Berat gold bar Public Gold palsu 115 gram

Contoh seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Gold bar 100 gram Public Gold yang fake ini mempunyai berat 115 gram.

Lebih 15 gram daripada nilai berat yang sebenar. Sah-sah gold bar ini adalah gold bar yang fake dan bukan tulen dari Public Gold.

Selain itu, warna emasnya juga berbeza. 

Emas 999.9 tulen Public Gold mempunyai tona warna yang konsisten, berwarna kuning emas yang berkilat. Tetapi emas palsu kelihatan pudar dan tidak menyerlah.

Corak dan kemasannya juga menjadi petunjuk penting yang perlu anda perhatikan. 

Setiap keluaran gold bar Public Gold mempunyai standard rekabentuk dan finishing yang konsisten dan teliti.

Kalau anda biasa tengok, anda confirm akan dapat bezakan yang mana satu tulen dan yang mana satu yang palsu.

Ketebalan yang sangat berbeza dari yang tulen

Ciri-Ciri Gold Bar Public Gold Yang Tulen

Gold bar 100 gram keluaran Public Gold mempunyai ciri keselamatan yang jelas dan boleh disahkan.

Setiap gold bar akan mempunyai nombor siri unik yang diukir kemas pada permukaan gold bar tersebut.

Nombor ini bukan sekadar hiasan untuk mencantikkan gold bar tersebut tetapi ia adalah identiti rasmi produk itu.

Selain itu, terdapat sticker QR code rasmi yang boleh diimbas untuk tujuan pengesahan. 

Sistem ini diwujudkan bagi melindungi pembeli daripada ditipu dan memastikan setiap unit boleh dijejak.

Rekabentuk dan corak pada gold bar Public Gold juga adalah konsisten mengikut keluaran semasa. 

Ketebalan, font tulisan dan finishing adalah seragam. 

Tidak wujud variasi pelik antara satu unit dengan unit lain dalam batch yang sama.

Jika tiada nombor siri dan tiada sticker QR code, itu sudah cukup untuk menimbulkan keraguan yang serius.

Kenapa Berat Boleh Lebih Dari 100 Gram?

Ramai yang terkejut bila dengar gold bar Public Gold 100 gram yang fake itu mempunyai berat lebih dari 100 gram atau lebih.

Secara logik, orang fikir lebih berat gold bar tersebut bermakna lebih banyak la emas dia dapat beli. Tetapi sebenarnya, tidak.

Emas palsu menggunakan campuran logam lain di bahagian dalam. Bila logam lain digunakan, berat keseluruhan boleh berubah.

Gold bar tulen dikeluarkan dengan standard kawalan mutu yang ketat. Beratnya berada dalam toleransi yang sangat kecil, bukan berbeza sehingga beberapa gram.

Jika perbezaan terlalu ketara, itu adalah red flag!

Perbezaan Warna dan Corak

Emas 999.9 mempunyai tona warna yang khas. Ia bukan terlalu kuning terang dan bukan juga pucat. Ia ada keseimbangan yang sukar ditiru oleh logam campuran.

Gold bar palsu selalunya gagal meniru warna ini dengan tepat. Ada yang nampak terlalu berkilat seperti aksesori murah. Ada pula yang nampak kusam seperti dah lama ditinggalkan.

Corak pada permukaan gold bar Public Gold adalah standard dan akan sama untuk setiap keluaran.

Perbezaan gold bar Public Gold yang original dan yang fake

Rujuk pada gambar di atas. Terdapat perbezaan yang ketara pada ketelitian pada design Public Gold yang fake.

Untuk gold bar Public Gold yang tulen, anda dapat lihat corak pada permukaan gold bar yang nampak kemas dan teliti.

Tetapi berbeza dengan gold bar Public Gold yang palsu di mana ketelitian pada corak tersebut tidak ada.

Jangan Terpedaya Dengan Harga Terlalu Murah

Jika harga terlalu jauh lebih rendah daripada harga yang dipaparkan dalam website Public Gold, maka berhati-hatilah.

Emas adalah komoditi global. Harganya bergerak mengikut harga dunia. Tidak wujud diskaun luar biasa sehingga beribu ringgit tanpa sebab yang sah.

Jika seseorang menawarkan gold bar 100 gram dengan harga yang terlalu murah, persoalan pertama yang patut ditanya ialah: kenapa?

Memang ya, ada penjual yang menjual emas dengan harga sedikit murah berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh Public Gold.

Tetapi adakah anda pasti emas Public Gold yang dijual itu tulen dan dipercayai?

Nak jimat seribu dua, tetapi rugi berpuluh-puluh ribu.

Cara Paling Selamat Beli Emas Public Gold

Cara paling selamat ialah beli terus emas Public Gold melalui app Public Gold atau melalui dealer sah yang berdaftar seperti saya – Fauzi Mohd Darus (PG00292269).

Setiap transaksi pembelian akan mempunyai rekod dalam sistem rasmi Public Gold.
Resit pembelian juga ada direkodkan dan dihantar melalui email dari website Public Gold sendiri.

Daftar akaun Public Gold anda secara percuma di sini dan saya akan kongsikan step yang berikutnya untuk anda sahkan akaun Public Gold anda.

Kesedaran Adalah Perlindungan Terbaik

Sebagai pembeli, anda perlu lebih peka. Jenama Public Gold kini semakin besar dan dikenali sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk menipu pembeli dan mengaut keuntungan dari kelemahan orang lain.

Jangan percaya kepada harga yang murah kerana mungkin itu akan membawa padah. 

Sentiasa beli terus dari akaun Public Gold anda atau rujuk dengan dealer Public Gold yang berdaftar.

Emas adalah instrumen simpanan jangka panjang. Ia sepatutnya memberikan anda ketenangan dan bukannya kebimbangan.

Dengan ilmu dan kesedaran, anda boleh elakkan diri daripada menjadi mangsa.

Semoga artikel ini membantu anda dan orang ramai dalam membuat keputusan yang lebih selamat dan bijak dalam urusan pembelian emas bersama Public Gold.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment