
Public Gold baru sahaja keluarkan gold bar terbesar seberat 12.5 kilogram yang kini boleh dibeli dari website Public Gold.
Ketika artikel ini ditulis, gold bar tersebut berharga RM5,538,194.
Ya! RM5.5 juta lebih!
Gold bar sebesar ini sesuai kepada business owner atau pelabur yang ingin melindungi kekayaan mereka dengan emas.

Seperti yang kita tahu, duit makin lama disimpan, makin susut nilainya.
Tetapi berbeza dengan emas di mana semakin lama kita simpan, semakin tinggi nilainya.
Saya sendiri pernah merasai sendiri betapa beratnya gold bar ini.
Bayangkan saiznya kecil seperti kotak pensel tetapi beratnya melebihi sekampit beras 10 kilo.
Kelebihan anda beli gold bar seberat ini adalah harga emas per gramnya yang rendah.

Harga emas pada hari ini adalah RM452 segram.
Tetapi untuk gold bar bersaiz besar seperti ini hanyalah RM443 segram.
Anda jimat sebanyak RM9 segram. Dan jika dicongak dengan berat 12.5 kilogram ini anda sebenarnya jimat sebanyak RM112,500.
Kalau anda mempunyai bajet ini dan nak beli gold bar 12.5 kilogram Public Gold ini sebagai salah satu aset simpanan anda, segera daftar akaun Public Gold dan buat belian emas anda hari ini juga.
Nota: Untuk pengetahuan, gold bar terbesar dunia telah direkodkan dalam Guinness World Records pada 24 November 2024 dengan berat emas sebanyak 300 kilogram di Dubai.