Cara Jual Emas Public Gold: Panduan Lengkap, Terperinci dan Mudah Difahami

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Menjual emas adalah perkara biasa bagi penyimpan emas, sama ada untuk dapatkan tunai segera, menukar item kepada gold bar, atau mengambil peluang ketika harga emas sedang tinggi. Ramai yang memilih untuk menjual emas kepada Public Gold kerana prosesnya cepat, bayaran telus, dan boleh dilakukan di mana-mana cawangan PG seluruh Malaysia.

Artikel ini akan menerangkan dengan lengkap bagaimana proses jual emas di Public Gold berfungsi, apakah kelebihannya berbanding kedai emas biasa, dokumen yang diperlukan, harga buyback, serta pelbagai soalan lazim yang sering ditanya oleh penyimpan emas.

Jika anda baru pertama kali mahu menjual emas kepada Public Gold, panduan ini akan menjawab semua persoalan anda secara terperinci.

Harga Buyback Public Gold Hari Ini

Di bawah adalah harga buyback emas 999 dan emas 916 untuk emas selain jenama Public Gold bagi hari ini.

7 December 2025

Harga belian balik emas selain jenama Public Gold.

Emas 999 = RM 540
Emas 916 = RM 496

Dikemaskini: 06 Dec 2025 @ 1:16 am

Kenapa jual dengan Public Gold?

Public Gold membeli semua jenis emas 999 dan 916 daripada orang ramai melalui proses yang dipanggil buyback. Selagi mana ianya emas, Public Gold akan beli dengan harga yang tinggi.

Anda boleh jual emas

  1. Brand Public Gold – gold bar dan dinar Public Gold.
  2. Brand selain Public Gold – barang kemas, gold bar atau syiling emas jenama lain.
  3. Barang kemas terpakai – jual balik emas dalam akaun GAP terus melalui sistem.

Apa yang membezakan Public Gold ialah mereka membeli emas anda berdasarkan ketulenan emas samada emas 999 atau 916 dan bukannya berdasarkan pada rupa, keadaan emas atau samada masih mempunyai resit atau pun tidak.

Selagi manya ianya emas tulen dan ketulenannya dapat diuji, Public Gold akan beli dari anda dengan harga yang tinggi.

Kenapa ramai memilih untuk jual emas di Public Gold?

Menjual emas kepada Public Gold sebenarnya lebih mudah, cepat, dan menguntungkan berbanding sesetengah kedai emas. Berikut adalah kelebihan utama yang kenapa memilih Public Gold:

Harga buyback yang lebih tinggi

Public Gold mempunyai struktur harga buyback yang telus dan sentiasa dipaparkan secara terbuka di laman web serta aplikasi Public Gold. Tiada caj tersembunyi dan tiada potongan upah dan sebagainya.

Sesetengah kedai emas akan beli emas anda pada harga lebih rendah kerana mengambil kira upah, potongan kecacatan, atau tidak menerima emas jenama luar.

Di Public Gold, emas dinilai berdasarkan ketulenan, dan bukan rupa bentuk. Kalau emas anda 999, Public Gold akan beli dengan harga emas 999. Kalau emas 916, akan ikut harga emas 916.

Public Gold Beli Emas yang Calar, Bengkok atau Tidak Sempurna

Antara masalah di kedai emas biasa ialah:

  • emas calar dikenakan potongan berat,
  • gelang putus dianggap kurang nilai,
  • gold bar tanpa resit tidak diterima,
  • dinar kemek tidak mahu beli.

Public Gold tidak penalti kepada pelanggan kerana kecacatan fizikal. Ini sangat membantu penyimpan emas yang mempunyai item lama, hilang ketulenan, atau tidak lagi sempurna.

Proses Sangat Cepat

Kebiasaannya, proses jual emas di Public Gold mengambil masa 3–10 minit sahaja.
Jika emas luar, ia mungkin ambil sedikit masa untuk diuji menggunakan mesin penguji ketulenan.

Bayaran pula boleh diterima secara:

  • cash (bergantung kepada cawangan), atau
  • bank transfer segera.

Tidak Perlu Resit atau Sijil

Public Gold menerima emas walaupun:

  • tiada resit asal,
  • hilang sijil,
  • item beli di luar negara,
  • emas lama turun-temurun.

Apa yang paling penting hanyalah ketulenan emas.

Mesin penimbang yang digunakan untuk check ketulenan dan berat emas

Lokasi Menjual: Cawangan Public Gold Seluruh Malaysia

Public Gold mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk:

  • Pulau Pinang
  • Kuala Lumpur
  • Johor Bahru
  • Kuantan
  • Kota Bharu
  • Melaka
  • Kota Kinabalu
  • Kuching
    dan banyak lagi.

Anda boleh memilih cawangan terdekat dengan merujuk halaman “Cari Cawangan” di laman web Public Gold.

Setiap cawangan mempunyai:

  • kaunter buyback emas,
  • ruang menunggu,
  • pegawai bertugas yang berpengalaman mengendalikan transaksi emas.

Cara Menjual Emas Public Gold (3 Kaedah Utama)

Menjual emas di Public Gold sangat mudah. Berikut ialah empat cara jual yang paling popular.

Jual gold bar dan dinar Public Gold

Ini melibatkan gold bar atau dinar Public Gold yang anda simpan secara fizikal.
Prosesnya:

  1. Daftar dulu akaun Public Gold sebelum ke branch bagi permudahkan proses.
  2. Datang ke mana-mana branch Public Gold yang berdekatan dengan anda.
  3. Bawa bersama emas dan dokumen pengenalan diri seperti MyKAD / Passport.
  4. Serahkan emas dan dokumen pengenalan diri kepada staff.
  5. Bayaran akan dibuat secara online transfer dari HQ.

Untuk emas Public Gold, proses ini paling cepat kerana ketulenan sudah terjamin.

Jual emas GAP

Jika anda menyimpan emas melalui Akaun Emas GAP, anda tidak perlu membawa emas ke branch.

Cara jual:

  1. Login ke akaun Public Gold and samada melalui website atau app.
  2. Pilih menu Sell GAP.
  3. Masukkan jumlah gram yang mahu dijual.
  4. Sahkan transaksi.
  5. Duit dimasukkan ke bank anda dalam masa 1–3 hari bekerja.

Ini cara paling mudah untuk dapatkan tunai segera tanpa perlu pergi ke cawangan.

Jual emas selain jenama Public Gold (termasuk barang kemas terpakai)

Public Gold juga membeli semua jenis emas selain brand Public Gold, seperti:

  • gold bar jenama lain,
  • dinar jenama lain, dan
  • barang kemas

Prosesnya:

  1. Daftar dulu akaun Public Gold sebelum ke branch bagi permudahkan proses.
  2. Datang ke mana-mana branch Public Gold yang berdekatan dengan anda.
  3. Bawa bersama emas dan dokumen pengenalan diri seperti MyKAD / Passport.
  4. Serahkan emas dan dokumen pengenalan diri kepada staff.
  5. Staff akan uji ketulenan menggunakan mesin khusus 999 atau 916.
  6. Anda diberi harga buyback berdasarkan ketulenan tersebut.

Tiada penalti walaupun emas:

  • patah,
  • putus,
  • kemek,
  • calar,
  • tiada resit.

Harga Buyback Public Gold Hari Ini

7 December 2025

Harga belian balik emas selain jenama Public Gold.

Emas 999 = RM 540
Emas 916 = RM 496

Dikemaskini: 06 Dec 2025 @ 1:16 am

Dokumen yang perlu dibawa

Menjual emas di Public Gold tidak rumit. Anda hanya perlukan:

  • Kad pengenalan (MyKAD) atau passport.
  • Emas yang mahu dijual.
  • Sijil emas – jika ada. (Tidak wajib)

Nota: Anda tidak boleh wakilkan orang lain untuk jual emas anda. Sekiranya wakil yang datang untuk jual, urusan jual beli dan duit akan ditransfer atas nama wakil tersebut.

Pelbagai rantai dan gelang emas terpakai yang dijual kepada Public Gold

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut ialah soalan lazim yang sering ditanya oleh penyimpan emas ketika mahu menjual emas kepada Public Gold.

1. Boleh ke jual emas tanpa resit?

Boleh. Public Gold tidak memerlukan resit untuk menerima emas anda.

2. Public Gold beli emas jenama lain?

Ya, Public Gold membeli semua jenis emas, termasuk barang kemas 916, atau gold bar luar jenama lain.

3. Ada caj bila jual emas PG?

Tiada caj tersembunyi. Harga buyback adalah jelas dan dipaparkan setiap hari seperti yang saya kongsikan di atas.

4. Public Gold beli emas calar atau kemek?

Ya. Kecacatan fizikal tidak menjejaskan nilai ketulenan emas. Selagi mana emas itu berketulenan 999 atau 916.

5. Boleh jual GAP bila-bila masa?

Ya. Akaun GAP boleh dijual pada bila-bila masa mengikut harga buyback harian seperti yang dipaparkan dalam app atau website Public Gold.

6. Berapa lama duit masuk?

Bayaran biasanya dilakukan secara tunai atau online transfer segera bergantung pada stock wang tunai yang ada pada branch ketika itu. Sekiranya tidak, duit akan ditransfer secara online ke akaun bank anda.

7. Kena buat appointment sebelum jual?

Tidak. Anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan Public Gold.

8. Perlu bawa kotak emas PG?

Tidak perlu. Sijil atau packaging hanyalah tambahan, bukan syarat.

9. Boleh wakilkan orang lain untuk jual emas saya?

Boleh tetapi transaksi jual beli akan dibuat atas nama wakil dan bukan atas nama anda; dan duit akan ditransfer ke akaun wakil yang datang.

Kesimpulan

Public Gold membolehkan anda menjual emas dengan cara yang mudah, telus dan tanpa banyak syarat sebab anda boleh menjual:

  • emas Public Gold,
  • emas GAP, dan
  • emas selain brand Public Gold seperti barang kemas terpakai

Harga buyback yang adil, proses yang cepat, tiada caj tersembunyi, dan tiada penalti pada kecacatan menjadikan Public Gold pilihan terbaik untuk orang ramai jual beli emas di Malaysia.

Jika anda perlu bantuan atau panduan lebih lanjut, anda boleh hubungi:

Fauzi Mohd Darus (PG00292269)
Dealer Aktif Public Gold
WhatsApp: https://wasap.my/601111901911/NakJualEmas

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

44 thoughts on “Cara Jual Emas Public Gold: Panduan Lengkap, Terperinci dan Mudah Difahami”

  1. Saya nak tanya pada 1/1/2024, saya ada buat buyback emas. Jadi pada 3/1/2024 public gold ada hantar e-mel pengesah wang dah dimasukkan tetapi wang tersebut tak dimasukkan lagi ke akaun bank.

    Reply
  2. Salam tuan. Yang mana lebih baik, simpan emas 100 gram seketul atau simpan emas 100 gram dalam jumlah yang banyak dan bercampur ada goldbar serta emas dinar?

    Reply
  3. Hai saya dah request untuk kosongkan akaun gap, dalam masa yg sama saya tertekan option buyback order physical gold, macam mana ya ?

    Reply
  4. Saya nak tanya kalau jual emas contoh berat 24.56g.. public gold akan kira dlm 24.5g saja atau 24.56g ye?

    Reply
    • Wassalam. Ya cik Shiera. Pastikan cik dah ada akaun Public Gold untuk berurusan di branch bagi tujaun rekod dan resit. Boleh klik link di atas page ini untuk daftar akaun secara percuma.

      Reply
  5. Kalau nak jual emas fizikal public gold kat branch, terus walk in bawa sekali mykad kan.
    Tak ada akaun PG pun boleh jual emas fizikal?

    Reply
    • Wassalam En Azli, boleh. Just bawa je emas tu ke branch Public Gold. Tapi make sure daftar dulu akaun Public Gold sebelum jual ya. Atau boleh WhatsApp saya dengan klik pada button WhatsApp di bawah kanan ni.

      Reply
  6. As salam .. Baru ni saya ada beli 5g gold bar melalui PG website. Tetapi gold bar yang saya terima itu pembuatannya tidak kemas lansung. Banyak kesan potongan melengkung dan terputus putus yang ketara sekeliling 4 segi tepat gold bar tersebut. Bolehkah gold bar itu saya minta PG tukarkan kepada yang lebih sempurna pembuatannya?

    Reply
  7. Salam..saya cuba untuk untuk sell gap dalam online tp dia keluar cmni…customer account do not allow proceed to buyback,please do update and submit to complete profile /ic information

    Reply

Leave a Comment