Ada 3 kategori harga emas Public Gold iaitu harga emas GAP yang berubah setiap jam 12 tengah malam. Harga emas pelaburan yamg berubah setiap 20 minit. Dan harga emas small item yang harganya tetap, tidak berubah dan agak mahal berbanding harga kategori emas yang lain.

Gold bar 5 gram Public Gold
Bermula 21 November 2025 yang lalu, gold bar 5 gram yang dahulunya merupakan kategori gold bar jenis small item telah ditukarkan kepada kategori gold bar pelaburan.
Ini sekaligus menjadikan harga gold bar 5 gram ini menjadi murah kerana harganya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas semasa.
Ini juga merupakan peluang kepada kita untuk beli gold bar 5 gram ini sebagai salah satu item mampu milik yang kita boleh beli secara terus atau easy payment purchase (EPP).
Gold premium untuk gold bar 5 gram adalah RM15 untuk Semenanjung Malaysia dan RM30 untuk Sabah Sarawak.

Ada yang minat item silver?
Bermula 21 November 2025 ini juga Public Gold keluarkan silver bar 100 gram sebagai item yang boleh dibeli oleh penyimpan dan peminat item silver.
Silver bar 100 gram yang berketulenan 999 ini mempunyai caj premium RM30 untuk Semenanjung Malaysia dan RM60 untuk Sabah Sarawak.
Disebabkan item silver bar 100 gram ini bawah RM1,000 maka ianya hanya boleh dibeli secara terus sahaja dan tidak boleh dibeli secara EPP.
Macam mana nak beli emas dan silver Public Gold?
Pastikan anda daftar dulu akaun Public Gold dengan saya di sini. Kemudian nanti saya akan WhatsApp cara untuk sahkan akaun dan panduan cara belian emas dan perak Public Gold.




