
Minggu lepas, harga emas di Malaysia mencatat sejarah baharu apabila berjaya melepasi paras harga RM700 segram.
Pada masa yang sama, satu lagi fenomena yang menarik berlaku apabila — harga perak turut naik dengan sangat agresif, jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Situasi ini menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai.
Kenapa harga emas boleh naik setinggi ini, dan kenapa harga perak boleh “melonjak dengan sangat luar biasa”?
Adakah kedua-duanya berkait, atau sekadar kebetulan?
Dalam artikel kali ini, saya kongsikan sebab-sebabnya.
Dunia Yang Semakin Tidak Menentu
Salah satu sebab utama kenaikan harga emas adalah kerana keadaan dunia yang semakin tidak stabil.
Apabila ekonomi global berada dalam fasa ketidaktentuan, orang ramai dan pelabur mula hilang keyakinan terhadap aset berisiko seperti saham dan mata wang.

Dalam situasi sebegini, emas menjadi pilihan utama kerana ia dianggap sebagai aset yang selamat (safe heaven).
Ini kerana emas tidak bergantung kepada mana-mana sistem kewangan ataupun kerajaan.
Apabila ramai orang beralih kepada emas untuk melindungi nilai kekayaan mereka, permintaan aset ini akan meningkat dan menjadikan harga emas pun naik.
Perkara yang sama turut berlaku kepada perak, kerana perak juga dikategorikan sebagai logam yang berharga dan digunakan sebagai penyimpan nilai sejak sekian lama.
Daftar akaun Public Gold secara percuma di sini…
Nilai Duit Semakin Menyusut Kerana Inflasi
Kesan inflasi semakin dirasai dan menyebabkan nilai duit kertas kita semakin mengecil.
Kos sara hidup semakin meningkat, tetapi duit yang disimpan tidak berkembang.
Dalam keadaan ini, emas dan perak dilihat sebagai pelindung nilai yang terbaik.
Walaupun emas lebih popular sebagai simpanan, perak juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana harganya lebih rendah dan mudah diakses oleh orang ramai.
Apabila semakin ramai mula mencari alternatif untuk melindungi nilai duit mereka, permintaan terhadap perak turut meningkat secara mendadak.

Mengikut statistik kenaikan harga yang disediakan oleh GoldPrice.org, kenaikan harga emas adalah sebanyak 77% berbanding harga tahun lepas.
Manakala harga perak pula meningkat sebanyak 213% berbanding tahun lepas dan menjadikan kenaikan harga perak pada tahun ini adalah yang paling ketara sejak sekian lama.
Harga Emas dan Perak Malaysia Mengikut Harga Pasaran Dunia
Harga emas dan perak di Malaysia bergerak seiring dengan harga pasaran dunia.
Apabila harga pasaran global naik, harga tempatan juga akan turut naik.
Dalam tempoh kebelakangan ini, bukan sahaja emas dunia mencatat paras tertinggi, malah harga perak global turut melonjak naik sama.
Ini menyebabkan harga perak di Malaysia naik dengan lebih ketara kerana ia bermula daripada harga yang lebih rendah berbanding emas.
Sedikit perubahan di peringkat global boleh menghasilkan kenaikan harga yang kelihatan besar dalam pasaran tempatan.
Perak Bukan Sekadar Logam Simpanan
Berbeza dengan emas, perak bukan sahaja digunakan sebagai penyimpan nilai.
Tetapi ianya juga digunakan secara meluas dalam industri seperti elektronik, tenaga solar, perubatan dan teknologi hijau.
Apabila dunia semakin bergerak ke arah teknologi dan tenaga yang boleh diperbaharui, permintaan industri terhadap logam perak turut meningkat.
Dalam masa yang sama, bekalan perak tidak sepantas permintaan dan menjadikan harga perak dengan lebih agresif.
Inilah sebab utama mengapa kenaikan harga perak kelihatan lebih “melampau” berbanding harga emas.

Saya tertarik nak kongsikan mesej seorang customer saya dalam Public Gold.
Kebiasaannya orang akan beli gold bar, dinar atau pun akaun emas GAP.
Tetapi, customer saya ini kumpul perak secara fizikal sejak dari tahun lepas lagi.
Berkilo-kilo perak dibeli oleh beliau pada tahun lepas dan kenaikan harga perak tahun ini memberikan pulangan yang berganda untuk dirinya.
Bayangkan tahun lepas dengan RM5,000 lebih, beliau dapat beli 1 kilogram perak.
Tetapi tahun ini dengan nilai RM6,000 lebih, beliau hanya dapat beli dalam 400 gram perak.
Bekalan Terhad, Permintaan Meningkat
Emas dan perak kedua-duanya mempunyai bekalan yang terhad.
Namun begitu, perak lebih sensitif terhadap perubahan permintaan kerana sebahagian besar logam perak yang dilombong digunakan terus dalam industri dan tidak kembali ke pasaran sebagai simpanan.
Apabila permintaan meningkat secara mendadak, bekalan fizikal menjadi semakin ketat.
Ini menyebabkan harga perak naik dengan pantas, terutama apabila semakin ramai pelabur kecil mula membeli perak sebagai alternatif kepada emas yang semakin mahal.

Kesedaran Orang Ramai Semakin Tinggi
Ramai yang kini mula memahami bahawa emas dan perak bukanlah instrumen untuk cepat kaya, tetapi sebagai alat perlindungan kewangan untuk jangka masa panjang.
Apabila harga emas naik tinggi, sebahagian orang beralih kepada perak kerana ia lebih mampu milik.
Peralihan ini meningkatkan permintaan perak secara mendadak dan menyumbang kepada lonjakan harga yang sangat ketara.
Jika anda baru nak mula menyimpan emas atau perak, boleh gunakan teknik TMB saya ini untuk mulakan simpanan emas.
Apa Maksud Kenaikan Ini Untuk Kita?
Kenaikan harga emas yang melepasi paras harga RM700 segram ini menunjukkan logam berharga kembali menjadi pilihan utama dalam dunia yang tidak menentu.
Bagi mereka yang sudah menyimpan emas dan perak, nilai simpanan semakin meningkat.
Namun, bagi mereka yang baru nak mula, situasi ini mengajar satu perkara penting iaitu simpanan bukan tentang soal menunggu harga rendah, tetapi soal konsistensi dan disiplin untuk menyimpan dalam jangka masa yang panjang.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, harga emas dan silver tidak akan naik secara kebetulan.
Ia sebenarnya mencerminkan keadaan ekonomi dunia, penyusutan nilai duit, serta peningkatan permintaan terhadap aset yang dianggap lebih selamat dan mempunyai nilai yang sebenar.
Emas kekal sebagai pelindung nilai utama, manakala perak muncul sebagai alternatif yang semakin relevan — bukan sahaja sebagai simpanan, tetapi juga sebagai logam industri yang sangat penting.
Untuk jangka masa yang panjang, kedua-duanya terus memainkan peranan penting dalam membantu individu melindungi nilai kewangan mereka, terutamanya dalam dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu di masa kini.




