Mini Bootcamp PG1M Negeri Sembilan: Aura Positif & Inspirasi Hebat dari Tuan SK

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Tahniah kepada semua dealer PG1M yang hadir

Pada hari Sabtu (24 Mei 2025) yang lalu, suasana di cawangan Public Gold Negeri Sembilan begitu meriah dengan kehadiran dealer-dealer PG1M yang hadir untuk sesi Mini Bootcamp PG1M Negeri Sembilan yang pertama kali diadakan oleh team PG1M Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, sesi berjalan dengan lancar dan penuh bersemangat dari semua yang hadir.

Sekian Lama Tidak Bagi Talk

Dulu semasa saya masih berkhidmat di salah sebuah agensi kerajaan, saya kerap dijemput untuk berikan ceramah yang berkaitan dengan kerja hakiki saya.

Tetapi sejak berhenti berkhidmat pada tahun 2022 yang lalu, sudah tidak ada lagi sesi ceramah yang saya berikan kepada audience secara fizikal.

Pengalaman kembali berdiri di hadapan audience dalam dewan seminar di branch Public Gold Negeri Sembilan ini memberikan satu perasaan yang cukup berbeza.

Dahulunya saya hanya berkongsikan tentang kerja hakiki dengan topik yang serius, tetapi kali ini saya berkongsikan tentang Public Gold dengan topik yang lebih santai.

Sebagai seorang dealer Public Gold yang aktif dalam Public Gold, saya mempelawakan diri untuk menjadi salah seorang speaker dalam sesi Mini Bootcamp PG1M Negeri Sembilan ini dengan membawa topik tentang Business Center Public Gold.

Topik ini adalah penting untuk mereka yang nak berjaya dalam Public Gold kerana ada macam-macam data dan informasi yang kita boleh dapat dari Business Center ini.

Dan saya nak ucapkan tahniah kepada Puan Hazliza Hamzah (Cikza Omeh) yang juga merupakan speaker bagi sesi Mini Bootcamp ini kerana buat pertama kalinya berjaya bagi talk di hadapan dealer-dealer yang hadir.

Langkah dan pengalaman pertama memang selalunya mencabar, tetapi inilah permulaan kepada lebih banyak peluang dan keyakinan dalam menyebarkan ilmu emas kepada dealer dan orang ramai.

Terima Kasih Kepada AJK

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK program — khususnya Puan Monalisa, Encik Nizam, dan Puan Ninda — yang telah bertungkus-lumus menjayakan sesi ini.

Tanpa mereka, mungkin sesi Mini Bootcamp PG1M Negeri Sembilan ini tidak akan berjaya seperti mana yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu.

Dan semestinya tidak dilupakan juga kepada semua peserta, dealer-dealer PG1M Public Gold yang sangat sporting! Keakraban dan keterbukaan anda menjadikan suasana lebih selesa dan interaktif.

Sesi ini bukan sahaja untuk berkongsi ilmu, tetapi dapat berpeluang saling kenal mengenali antara satu sama lain dalam team PG1M Negeri Sembilan.

Kehadiran Mengejut, Tapi Bermakna – Tuan SK

Yang paling mengejutkan — dan sangat terinspirasi — adalah kehadiran mengejut seorang tokoh kewangan dan penulis buku terkenal, Tuan Shamsuddin Kadir (Tuan SK).

Beliau datang dari Keramat, Kuala Lumpur semata-mata untuk memberikan sokongan kepada anak-anak buah beliau yang hadir dalam sesi ini.

Menurut ceritanya, beliau dapat mesej di group WhatsApp apabila anak buahnya bertanya, “Tuan SK tak datang ke?” – dan beliau terus drive datang ke Public Gold Negeri Sembilan.

Bayangkan, tokoh sepertinya sanggup turun padang demi memberikan semangat kepada teamnya yang hadir di sini.

Bagi saya secara peribadi, ini adalah kali pertama saya bertemu Tuan SK secara dekat. Dan jujurnya, auranya sangat luar biasa. Ada sesuatu pada diri beliau yang memberikan inspirasi, ketenangan, dan kekuatan.

Orang kata, "Aura orang berjaya tu memang lain macam." Ya! Memang betul sebab saya sendiri merasainya dalam dewan seminar tu.

Pesanan Bermakna dari Tuan SK

Salah satu pesanan penting yang beliau tinggalkan kepada kami ialah:

“Jangan tinggal perkataan InsyaAllah.”

Satu peringatan yang ringkas tetapi sangat mendalam. Dalam dunia pelaburan dan perkongsian ilmu emas, kita memang kena sentiasa letakkan keyakinan dan harapan kepada Allah swt. Dan setiap ungkapan kita untuk sesuatu yang akan berlaku hendaklah diakhiri dengan ungkapan "InsyaAllah".

Tahniah & Teruskan Momentum

Akhir kata, tahniah kepada semua dealer PG1M Negeri Sembilan hadir dan telah menjayakan sesi ini. Tahniah juga kepada semua family PG1M di negeri-negeri lain yang turut menganjurkan sesi mini bootcamp dan seminar PG1M ini secara serentak. Semangat kalian sangat mengagumkan!

InsyaAllah, kita akan teruskan usaha ini dengan lebih tersusun dan menyeluruh. Jumpa lagi dalam sesi-sesi yang akan datang. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan dapat membina kejayaan melalaui bisnes Public Gold.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment