Nak Beli Emas atau Perak? Strategi Simpanan Yang Ramai Terlepas Pandang

Fauzi Mohd Darus

Baru-baru ini harga perak naik dengan sangat ketara. Bila harga makin naik tanpa rasa bersalah, orang mula terfikir samada nak beli perak atau pun tidak. 

Ramai yang sebelum ini fokus menyimpan emas, mula rasa tak senang duduk.

Ada yang mula panik takut “tertinggal bas”, dan ada pula yang keliru sama ada patut mula simpan perak atau kekal je simpan emas macam biasa.

So dalam artikel kali ini, saya akan bantu rungkaikan persoalan dan apakah strategi simpanan emas dan perak yang ramai terlepas pandang.

Kenapa Harga Perak Naik Dan Terus Menjadi Perhatian?

Harga perak tidak naik secara tiba-tiba tanpa sebab. Ada beberapa faktor besar yang mendorong kenaikan harga perak ini, dan kebanyakannya berkait rapat dengan keadaan ekonomi global semasa.

Perak mempunyai permintaan industri yang sangat tinggi. Ia digunakan secara meluas dalam pembuatan panel solar, komponen elektronik, kenderaan elektrik dan pelbagai teknologi moden. 

Apabila dunia bergerak ke arah tenaga hijau dan teknologi baharu, permintaan terhadap perak turut meningkat.

Selain dari itu, bekalan perak tidak bertambah seiiring dengan permintaan.

Perlombongan perak memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diproses.

Apabila permintaan meningkat lebih tinggi daripada bekalan, harga pasaran akan meningkat naik secara semula jadi.

Dan bukan itu sahaja, faktor ketidaktentuan ekonomi dan inflasi global turut menjadi punca kenapa harga perak boleh naik secara mendadak.

Apabila nilai mata wang semakin terhakis, para peniaga dan pelabur mula mencari aset fizikal yang berharga sebagai pelindung nilai. 

Selain emas, logam berharga seperti perak turut menjadi pilihan ramai pelabur dan penyimpan kerana harganya masih dianggap mampu milik dan berpotensi untuk bergerak dengan lebih agresif.

Ketika artikel ini ditulis, harga semasa perak adalah RM1,736 untuk 100 gram yang bersamaan dengan RM17.36 untuk 1 gram perak.

Kenapa Ramai Orang Mula Beli Perak?

Perak menarik perhatian ramai kerana ia memberi peluang yang berbeza berbanding emas. 

Dengan harga segram yang lebih rendah, perak membolehkan seseorang mengumpul kuantiti yang lebih banyak walaupun dengan bajet yang kecil.

Bagi orang yang baru nak mula melabur dalam logam berharga, perak dilihat sebagai aset yang mampu milik. Ia dapat bantu untuk bina disiplin dalam menyimpan tanpa memerlukan modal yang besar di peringkat awal.

Selain itu, pergerakan harga perak lebih agresif berbanding emas. Apabila harga naik, peratus kenaikannya boleh menjadi lebih tinggi berbanding emas. 

Namun, di sebalik kelebihan itu, perak juga ada kelemahan yang perlu kita fahami. 

Walaupun harga perak boleh naik dengan agresif, harganya juga mudah turun dan jatuh dengan cepat apabila sentimen pasaran berubah.

Perlu Pilih Salah Satu Atau Boleh Simpan Dua-Dua?

Ramai orang tersilap apabila menyangka mereka perlu memilih antara emas atau perak. 

Hakikatnya, kedua-duanya boleh disimpan bersama dalam strategi yang seimbang.

Emas berfungsi sebagai pelindung nilai untuk jangka masa panjang yang lebih stabil. Perak pula bertindak sebagai aset pertumbuhan yang lebih dinamik.

Apabila kedua-dua logam berharga ini digabungkan, risiko pelabur dapat diseimbangkan dan potensi simpanan mereka menjadi lebih kukuh.

Dari segi peratusan, Tuan Syukor Hashim Mahaguru Emas yang juga merupakan dealer pertama dalam Public Gold ada kongsikan; kalau nak simpan emas dan perak, peratusan pembahagian adalah 70% untuk emas dan 30% untuk perak.

Contoh, anda ada bajet RM500. Anda boleh pecahkan RM350 (70%) untuk beli akaun emas GAP dan baki lagi RM150 (30%) untuk beli akaun perak SAP.

Tetapi kepada penyimpan yang agresif, mungkin boleh memilih nisbah yang lebih seimbang antara emas dan perak seperti 50% untuk emas dan 50% lagi untuk perak.

Yang penting, peratusan ini perlu selari dengan tujuan simpanan, tempoh masa dan tahap keselesaan anda terhadap risiko yang anda sanggup terima.

Di Mana Tempat Yang Selamat Untuk Beli Emas Dan Perak?

Dalam bab simpanan logam berharga, tempat pembelian adalah perkara yang sangat penting. Anda perlu pastikan emas dan perak yang dibeli adalah tulen, sah dan mudah dijual semula.

Di Malaysia, antara pilihan yang diyakini ramai ialah Public Gold. 

Public Gold menyediakan emas dan perak fizikal dengan ketulenan 999.9, sistem belian yang tersusun serta kemudahan jual beli semula yang sangat memudahkan.

Jika anda masih baru dan keliru tentang langkah pertama, anda boleh daftar akaun Public Gold melalui saya

Saya akan bantu dari segi:

  • Pemilihan produk yang sesuai
  • Strategi simpanan ikut bajet anda
  • Cara mula secara berperingkat
  • Panduan tanpa paksaan dan tanpa bayaran

Guidance ini diberikan secara percuma supaya anda boleh bermula dengan yakin dan tenang.

Kesimpulan

Kenaikan harga perak memang menarik perhatian ramai orang, tetapi keputusan simpanan tidak sepatutnya dibuat kerana panik atau takut ketinggalan (FOMO – Fear Of Missing Out).

Sama ada emas atau perak, kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam membina simpanan yang lebih kukuh.

Emas bantu melindungi nilai kekayaan dalam jangka masa yang panjang. Manakala perak pula memberi peluang pertumbuhan pada pelaburan jika diurus dengan betul. 

Apabila digabungkan dengan strategi yang sesuai, kedua-duanya akan dapat saling melengkapi antara satu sama lain.

Jika anda masih belum mempunyai akaun Public Gold, langkah pertama yang paling penting ialah daftar akaun anda sekarang.

Dan saya akan bantu anda susun strategi simpanan emas dan perak yang sesuai dengan situasi anda, tanpa tekanan dan tanpa beban.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment