
Setiap kali masuk je tahun baharu, ramai antara kita mula tetapkan azam dan sasaran kewangan.
Ada yang mahu kurangkan hutang, ada yang mahu tambah simpanan, dan tidak kurang juga yang mahu tambah aset simpanan untuk jangka masa panjang.
Jadi untuk tahun 2026 ini, apa kata kita tetapkan satu azam yang realistik, konsisten dan mudah untuk dicapai iaitu ada simpanan sebanyak 12 gram emas pada tahun ini.
Nampak macam senang je kan? Tetapi itulah cara untuk kita disiplin dalam menyimpan emas bermula dari sekarang.
Kenapa pilih 12 gram emas?
12 gram emas bukanlah angka rawak yang kita main petik je. Tetapi ianya adalah simbolik kepada konsistensi kita untuk simpan emas sepanjang 12 bulan ini bermula dari Januari sampailah ke bulan Disember nanti.
Dengan membahagikan target tahunan kepada target bulanan, kita tidak akan rasa terbeban dan lebih mudah untuk kita kekal disiplin dalam menyimpan emas.
Ramai orang masih melihat emas ini sebagai alat pelaburan jangka masa pendek. Tetapi hakikatnya, emas lebih sesuai dijadikan sebagai penyimpan nilai yang berharga.
Kita bukan bercakap tentang beli hari ini dan jual esok, tetapi kita bercakap tentang:
- Melindungi nilai wang kita daripada inflasi
- Menyimpan kekayaan kita dalam bentuk fizikal atau pun akaun emas GAP
- Mewujudkan aset yang mudah dicairkan jika perlu
Dengan sasaran 1 gram sebulan, kita akan dapat bina tabiat menyimpan tanpa perlu memikirkan turun naik harga emas setiap hari.
Sedikit pengumuman, dapatkan gold bar tahun baharu 2026 ini dari akaun emas GAP anda. Hanya perlukan baki simpanan emas minima 1 gram dan keluarkan gold bar edisi khas ini dengan caj gold premium RM15 sahaja.
Jadikan tahun 2026 sebagai tahun disiplin kewangan
Bayangkan jika sasaran ini diteruskan:
- 2026: 12 gram
- 2027: 24 gram
- 2030: 60 gram
- 2035: 120 gram
Tanpa sedar, kita sudah mempunyai simpanan emas yang semakin bertambah dan meningkat setiap tahun dengan hanya bermula target kecil pada hari ini.
Inilah kelebihan apabila kita simpan emas secara konsisten; tanpa perlukan modal yang besar, tetapi memerlukan komitmen yang berterusan.
Tahun baharu bukan sekadar tentang azam baharu, tetapi tentang bagaimana kita mewujudkan satu sistem yang dapat bantu kita konsisten menyimpan emas untuk jangka masa panjang.
Kita tak perlu tunggu sempurna untuk bermula. Kita tak perlu tunggu gaji besar atau lebihan wang yang banyak setiap bulan.
Cukup dengan mulakan 1 gram emas, ulang setiap bulan, dan biarkan masa bekerja untuk kita.
Tahun 2026 boleh menjadi titik permulaan kepada simpanan emas yang lebih kukuh — bukan kerana jumlahnya yang besar, tetapi kerana keputusan yang kita buat pada hari ini.
Semoga tahun baharu ini dapat berikan kita lebih ketenangan, kestabilan dan keberkatan dengan menyimpan emas untuk masa depan.
Selamat menyambut tahun baru 2026, dari saya – Fauzi Mohd Darus, Founder Master Dealer Public Gold anda.





