Ramai yang baru mula simpan emas akan tertanya-tanya:
“Kalau saya dah ada akaun GAP, perlu ke saya beli emas fizikal juga?”
Atau sebaliknya…
“Saya dah ada gold bar emas 1g, 5g, 10g… Perlu ke saya nak menyimpan dalam akaun emas GAP pula?”
Sebenarnya, dua-dua jenis simpanan ini ada fungsi dan kelebihanya tersendiri. Kalau anda nak jadikan simpanan emas seimbang dan fleksibel, gabungan simpanan dalam akaun emas GAP dan emas fizikal adalah strategi yang paling ideal.
Saya sendiri juga mempunyai kedua-dua jenis emas ini. Ada sebahagian yang saya simpan dalam akaun emas GAP, dan ada sebahagiannya lagi saya keluarkan dalam bentuk fizikal seperti gold bar raya aidilfitri ini.
Tapi bukan saya seorang sahaja yang buat macam ni. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali pun buat cara yang sama dengan mempelbagaikan simpanan emas ini.
Dalam artikel ini saya akan kongsi perlu ke nak simpan akaun emas GAP dengan emas fizikal.
Ok let's gold!
Apa itu Akaun Emas GAP?
GAP ialah singkatan kepada Gold Accumulation Program. Ianya adalah satu program khas dari Public Gold yang membolehkan anda menyimpan emas dalam bentuk gram yang berketulenan emas 999.9 — tanpa perlu pegang emas fizikal di tangan.
Bayangkan akaun emas GAP ni macam tabung emas. Anda boleh:
✅ Beli emas serendah RM100
✅ Topup emas pada bila-bila masa secara online
✅ Emas akan disimpan dengan selamat di Public Gold
✅ Bila cukup gram emas, anda boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal seperti gold bar dan dinar
✅ Bila perlukan duit, anda boleh terus jual balik tanpa perlu ke branch
Apa pula emas fizikal?
Emas fizikal pula ialah emas yang anda boleh pegang sendiri secara fizikal, contohnya sepertu gold bar 1g, 10g, 100g atau pun syiling emas sepeti 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Biasanya orang beli emas ini untuk:
✅ Sebagai reserve simpanan jangka masa panjang
✅ Kegunaan di saat kecemasan
✅ Dijadikan hadiah, mas kahwin atau peninggalan pusaka
✅ Koleksi edisi terhad (limited edition)
✅ Nak rasa “nampak dan pegang emas depan mata”
Bezanya GAP dan Emas Fizikal?
Secara ringkasnya, jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara akaun emas GAP dengan emas fizikal:
Ciri / Fungsi | Akaun GAP | Emas Fizikal |
---|---|---|
Minimum pembelian | RM100 | Bergantung kepada berat emas (min 0.5g atau 1g) |
Pegangan emas | Disimpan di Public Gold | Boleh simpan sendiri atau di safe deposit box |
Cara pembelian | Online | Online, Mesin ATM Public Gold |
Mudah dikeluarkan | Ya, boleh keluar emas dalam bentu fizikal bila cukup gram | Sudah ada di tangan |
Digunakan waktu kecemasan | Kurang sesuai (perlu jual dulu untuk dapatkan duit) | Sangat sesuai (boleh guna terus atau jual untuk dapatkan cash) |
Boleh jual balik | Ya, melalui online | Ya, kena bawa ke branch |
Kenapa kena ada dua-dua?
Soalan ini sangat baik so jawapan ringkas: untuk fleksibiliti dan keselamatan kewangan anda.
Bayangkan situasi begini:
🔹 GAP = tabung emas yang anda simpan secara konsisten, automatik, selamat.
🔹 Emas fizikal = emas yang dah ready berada di tangan anda yang boleh anda gunakan bila perlu, tanpa bergantung pada internet, sistem bank, atau waktu operasi.
Kalau anda hanya ada emas fizikal, mungkin susah nak simpan secara konsisten kerana modal nak beli emas fizikal agak besar. Bila ada duit, boleh la beli. Tapi bila tak ada duit, susah untuk anda konsisten membeli emas.
Kalau anda hanya ada akaun emas GAP pula, emas anda “tidak ada di tangan” dan anda tidak boleh gunakan segera jika berlaku kecemasan. Nak tak nak, anda kena jual dulu, tunggu branch proses, dan Public Gold transfer duit masuk ke akaun bank anda.
Jadi dengan gabungkan kedua-dua emas ini, anda dapat kelebihan penuh:
✅ Boleh simpan konsisten melalui akaun emas GAP
✅ Ada backup fizikal jika perlu nak jual secara tiba-tiba
✅ Dapat kumpul emas dengan mudah sebab boleh dibeli di mana-mana
✅ Dapat rancang strategi simpanan jangka pendek & panjang
Contoh Situasi
Berikut beberapa situasi di mana anda akan nampak manfaat simpan GAP dan emas fizikal serentak:
✅ Simpan GAP:
- Bila harga emas turun, anda boleh terus topup RM100 atau ikut bajet anda. Ada duit lebih, boleh terus beli lebih
- Boleh simpan secara konsisten tanpa risau nak cari tempat yang selamat untuk simpan emas (fizikal)
- Boleh simpan untuk anak-anak (boleh buka akaun GAP atas nama anak)
✅ Simpan emas fizikal:
- Bila berlaku kecemasan dan anda dah pun mempunyai emas yang boleh ditukar segera (contoh: beli barang keperluan, bantu orang lain)
- Bila anda nak beri sebagai hadiah kahwin atau mas kahwin
Macam mana nak mula?
Bagi yang baru nak mula simpan emas, ini cadangan ringkas yang boleh anda follow:
- Buka akaun emas GAP dulu
➤ Mula dengan RM100. Tak rasa terbeban, dan mudah nak konsisten.
➤ Boleh topup bila harga turun.
➤ Daftar akaun emas GAP anda di sini. - Kumpul dalam GAP sampai cukup 5 gram atau 10 gram
➤ Bila dah cukup, boleh pilih: nak keluarkan jadi emas fizikal, atau teruskan simpan dalam GAP.
➤ Ada 5 gram? Boleh keluarkan dalam 1 dinar (berat 4.25 gram) - Pastikan ada simpanan kecemasan dalam bentuk emas fizikal
➤ Simpan 10 gram hingga 50 gram di tempat selamat. Boleh jadi back-up kalau apa-apa berlaku. - Set target peribadi
➤ Contoh: “1 gram sebulan”, atau “1 dinar untuk setiap anak”, atau “10g setahun”.
➤ Follow Teknik TMB saya ini untuk buat targer simpanan emas
Kesimpulan
Sejak dua menjak ni ekonomi dunia sangat tak menentu, so simpanan emas adalah salah satu strategi kewangan paling kukuh.
Tapi untuk manfaatka secara maksimum, jangan bergantung pada satu bentuk simpanan sahaja. Sama seperti kita simpan duit dalam akaun bank dan juga dalam bentuk tunai di tangan — simpan akaun GAP dan emas fizikal pun perlu seimbang.
GAP bantu anda simpan dengan mudah. Emas fizikal pula bantu disaat anda perlukan. Kedua-duanya penting. Dan yang pasti, kedua-duanya pun emas.
Kalau anda belum ada akaun GAP, boleh daftar secara percuma di bawah.
Jom mulakan langkah pertama anda hari ini!