Nak beli emas atau crypto?

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Hari ini ramai yang membandingkan samada nak beli emas atau crypto; sebab kedua-duanya adalah aset pelaburan alternatif yang dapat melindungi duit dari inflasi dan kejatuhan mata wang.

Pelaburan dalam crypto nampak je macam glamour, penuh dengan hype, sana-sini sebut tentang Bitcoin, Ethereum, Ripple dan sebagainya dan siap ada orang yang menjadi kaya dalam satu malam bila melabur dalam crypto.

Tapi realitinya, setiap pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi pasti akan ada risiko yang lebih besar yang perlu dihadapi.

Berbeza dengan emas. Walaupun emas ni adalah pelaburan yang agak membosankan (ye la, harga emas agak slow), tetapi ianya stabil, dipercayai dan pasti harganya akan meningkat dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Jadi, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda apakah kebaikan menyimpan emas berbanding crypto.

Ok, let’s jom!

1. Emas ada nilai intrinsik yang tersendiri

Kebaikan pertama yang membezakan antara emas dengan crypto adalah terletak pada nilai intrinsik emas itu sendiri.

Emas, nilainya datang daripada sifat fizikalnya yang tersendiri kerana ianya adalah logam berharga yang tahan karat, sukar untuk diperoleh, sentiasa diperlukan dalam industri, menjadi barang perhiasan untuk para wanita, dan dijadikan simpanan untuk pelihara kekayaan.

Walaupun tiada siapa yang “promote” emas, tetapi emas akan tetap ada nilainya yang tersendiri.

Berbeza pula dengan crypto di mana harganya bergantung pada sentimen pasaran dan komuniti yang menggunakan crypto tersebut. Kalau orang percaya pada kekuatan matawanga crypto, harganya akan naik.

Tetapi kalau orang mula tidak percaya pada crypto tersebut atau sesuatu berlaku kepadanya, harganya boleh hilang dalam sekelip mata seperti yang berlaku kepada pelabur-pelabur crypto Quadriga yang telah kerugian sebanyak AS$190 juta apabila pengasas matawang crypto tersebut meninggal dunia.

2. Emas telah digunakan sejak zaman berzaman

Emas telah digunakan sejak ribuan tahun lagi. Keupayaan emas sebagai aset yang bernilai ini telah terbukti dan diuji sejak ketamadunan mesir purba lagi sehinggakan ada mumia telah dibaluti dengan daun emas bagi menunjukkan tentang kekayaan seseorang pada zaman itu.

Berbeza pula dengan crypto di mana ianya baru bermula sekitar tahun 2009. Walupun teknologi semakin berkembang, tetapi masih terlalu singkat untuk menjadikan crypto sebagai aset simpanan yang kukuh.

Malah lebih merisaukan apabila lebih dari 50% matawang crypto telah gagal dan tidak lagi diniagakan. Bayangkan anda ada melabur dalam matawang crypto tersebut dan tiba-tiba keesokan paginya matawang crypto tersebut hilang dari pasaran termasuklah dengan modal pelaburan anda.

3. Emas lebih stabil berbanding crypto

Apabila anda ingin melabur, semestinya anda akan mencari pelaburan yang stabil dan tidak volatile. Ya, memang harga emas juga ada turun dan naik, tetapi harganya berubah dalam pergerakan yang tidak terlalu drastik.

Pergerakan harga emas biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti inflasi, kadar faedah, keadaan geopolitik dunia, dan juga permintaan global.

Bayangkan hari ini anda beli emas dengan harga RM10,000. Setahun kemudian nilai emas yang anda beli itu mungkin jadi RM11,000 atau RM13,000. Harganya naik stabil dan tidak terlalu drastik.

Berbeza dengan crypto, harganya boleh berubah secara ekstrem. Bayangkan, harga matawang crypto boleh naik 50% dalam masa sehari, dan kemudiannya jatuh sebanyak 80% pada minggu berikutnya.

Kalau anda seorang scalper, perubahan harga mawatang crypto ini merupakan peluang untuk anda menjana keuntungan yang cepat. Beli ketika harga matawang crypto jatuh, dan jual ketika harganya naik tinggi dalam masa satu hari.

Tetapi bagi anda yang pelabur biasa, keadaan ini adalah sangat berisiko tinggi kerana anda boleh alami kerugian yang amat besar dalam masa yang amat singkat.

Contoh anda beli crypto pada harga RM10,000. Nilainya mungkin menjadi RM30,000 dalam masa sebulan, tetapi bulan berikutnya tiba-tiba jatuh menjadi RM2,000 sahaja.

So kalau nak mudah dan tak nak pening kepala, beli sahaja emas sebagai aset pelaburan yang mudah.

4. Emas boleh disimpan secara fizikal

Sebab kenapa ramai orang memilih emas sebagai aset simpanan mereka adalah kerana ianya boleh dipegang dan disimpan sendiri.

Ada dua jenis emas iaitu emas fizikal seperti gold bar dan dinar, dan juga akaun emas seperti akaun emas GAP.

Kalau crypto pula, aset simpanan anda berada dalam bentuk digital semata-mata. Dan anda perlukan kata laluan, kata kunci atau dompet digital untuk akses ke akaun crypto anda.

Sekiranya anda lupa password atau hilang dompet digital, maka anda juga akan hilang matawang crypto yang anda simpan. Itu belum lagi kalau dompet digital anda digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tetapi tak dinafikan yang simpanan emas ini juga bahaya seperti hilang kena curi atau tercicir jika tidak dijaga dengan baik. Kalau nak selamat, simpan sahaja emas anda di peti keselamatan yang disediakan oleh Public Gold di PG Safe.

5. Emas tidak terikat dengan teknologi

Emas diterima di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama, atau sistem ekonomi. Anda boleh bawa emas ke mana-mana dan menukarkannya kepada mata wang tempatan dengan mudah.

Crypto pula tidak diterima di semua negara. Ada negara yang mengharamkannya, mengehadkan penggunaan, dan mengenakan cukai yang tinggi. Selain itu, crypto hanya boleh digunakan dengan akses internet dan teknologi yang menyokong transaksi blockchain.

Jadi, kalau ada berlaku krisis ekonomi global dan sistem internet lumpuh (kalau berlaku), crypto tidak boleh digunakan langsung sebab tidak boleh diakses. Emas, sebaliknya boleh ditukar secara terus dengan barang yang lain atau dijual untuk dapatkan mata wang.

Bonus: Kenapa pilih salah satu kalau boleh simpan dua-dua?

Walaupun artikel ini membandingkan emas dan crypto, tetapi tak bermakna anda perlu pilih satu sahaja.

Ramai pelabur memilih untuk meletakkan sebahagian kecil modal mereka dalam crypto sebagai pelaburan berisiko tinggi, tetapi menjadikan emas sebagai medium pelaburan utama.

Formula yang boleh digunakan adalah 20/80 iaitu 20% untuk crypto dan 80% untuk emas.

  • 20% – Simpan dalam crypto, saham, etc
  • 80% – Simpan dalam bentuk emas

Dengan cara ini, anda masih dapat menikmati keuntungan besar daripada aset yang berisiko seperti crypto tetapi dalam masa yang sama dapat menyimpan kekayaan dengan emas.

So anda nak mula simpan emas, pastikan anda beli emas Public Gold sebab Public Gold menyediakan emas fizikal berketulenan 999.9 dalam pelbagai bentuk seperti gold bar dan dinar yang sesuai mengikut kehendak anda.

Kalau nak mulakan simpanan emas Public Gold, boleh hubungi saya melalui WhatsApp sekarang.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment