8 Sebab Kenapa Orang Bijak Kewangan Pilih Simpanan Emas Berbanding Duit

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Pernah tak anda terfikir, kenapa orang yang faham tentang kewangan lebih suka menyimpan emas berbanding simpan duit tunai?

Sedangkan kita semua tahu, kalau ada duit banyak, hidup akan nampak lebih senang. Tapi bagi mereka yang “bijak kewangan”, duit bukanlah ukuran kekayaan yang sebenar.

So dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan kenapa ramai bijak kewangan lebih memilih untuk simpan emas berbanding duit.

1. Duit Nilainya Susut, Emas Nilainya Kekal

Kita hidup dalam dunia di mana inflasi berlaku setiap tahun. Menurut data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar inflasi pada tahun 2024 adalah sekitar 1.8% tetapi hakikatnya kos sara hidup yang sebenar meningkat jauh lebih tinggi, terutama dalam sektor makanan dan perumahan.

Dengan inflasi, nilai duit semakin berkurangan. Dulu dengan RM100 kita boleh beli troli penuh dengan barang dapur. Tetapi sekarang? Separuh pun belum tentu cukup.

Berbaza pula dengan emas. Emas bukan sahaja kalis inflasi, malah nilainya akan naik apabila nilai duit jatuh. Sebab itu bila ada kegawatan ekonomi, orang akan beralih kepada emas sebagai “safe haven”.

Contohnya, semasa krisis kewangan tahun 2008 dan pandemik covid-19 pada tahun 2020 — harga emas naik mendadak kerana pelabur mencari perlindungan nilai.

2. Emas Tak Boleh Dicipta, Duit Boleh Dicetak

Bank pusat di seluruh dunia boleh mencetak duit bagi merangsang ekonomi. Walau bagaimanapun, setiap kali mereka buat begitu, nilai duit akan berkurangan sekiranya tidak dikawal dengan sebaiknya. Inilah yang dipanggil sebagai inflasi buatan manusia.

Tapi emas? Ianya tak boleh dicipta. Emas mesti digali dari perut Bumi dan jumlahnya terhad. Dijangka sebanyak 57,000 tan lagi emas yang boleh digali di atas muka Bumi dan terdapat hampir 400,000 tan yang belum boleh digali dengan teknologi sekarang ini.

Itulah sebabnya kenapa emas itu berharga. Emas tak bergantung pada mana-mana kerajaan atau sistem kewangan. Emas adalah “neutral asset” dan mempunyai nilai intrinsik.

3. Emas Disimpan Sebagai Aset, Duit Sebagai Alat Tukaran

Duit hanyalah alat untuk digunakan dan bukan disimpan. Duit apabila disimpan, nilainya akan terhakis.

Sebab itu mereka yang pandai dalam kewangan akan simpan sebahagian harta mereka dalam bentuk aset dan bukan dalam akaun bank semata-mata. Dan aset yang paling mudah dan murah untuk dibeli adalah emas.

Dengan emas Public Gold, kita boleh beli emas serendah RM100 sahaja. Emas ini kita boleh kumpul sehinggalah cukup gram untuk ditukarkan dalam bentuk gold bar dan dinar.

Daftar akaun Public Gold sekarang…

Yang menariknya lagi adalah kita boleh beli emas pada bila-bila masa tanpa ada sebarang komitmen. Ada duit, kita beli. Tak ada duit, kita duduk diam.

4. Emas Mendidik Disiplin Menyimpan

Kalau simpan duit, confirm akan bocor. Akan ada macam-macam benda yang kita nak beli dan belanja apabila tengok baki dalam akaun bank ada banyak.

Tetapi kalau emas, kita akan rasa sayang nak belanja. Nak jual emas pun sayang.

Sebab kita tahu nilai emas tu sangat berharga. Disebabkan itulah emas ini dapat mendidik kita untuk disiplin menyimpan.

Kita hanya akan jual emas apabila sangat-sangat terdesak. Selagi boleh tahan, kita akan sebolehnya guna duit simpanan untuk selesaikan apa-apa kos perbelanjaan.

Itulah sebab kenapa ramai orang yang dah cuba simpan emas akan cakap — “emas berjaya ubah cara saya gunakan duit”. Bila anda simpan emas, anda sebenarnya sedang latih diri jadi lebih sabar dan berfokus kepada nilai jangka masa panjang.

5. Emas Sebagai Dana Kecemasan Yang Kukuh

Orang yang bijak kewangan tahu pentingnya ada dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji. Tapi mereka juga tahu, kalau dana itu disimpan dalam bentuk duit, confirm akan “bocor”.

Dengan emas, dana kecemasan anda masih boleh dicairkan bila perlu — tapi dalam masa sama, susah untuk dihabiskan sesuka hati. Emas ada “psychological barrier” yang buatkan kita berfikir dahulu sebelum jual.

Dan lagi menarik, emas mudah dicairkan melalui cawangan Public Gold di seluruh Malaysia atau secara online bila-bila masa.

6. Emas Adalah Simpanan Sejagat

Emas diterima di seluruh dunia tanpa sempadan. Tak kira samada anda di Malaysia, Dubai, atau Eropah — nilai emas tetap sama.

Bandingkan dengan duit RM100 yang hanya ada nilai di Malaysia. Kalau anda ke luar negara, anda kena tukar ke mata wang lain dan nilai itu pula bergantung pada kadar tukaran semasa yang berubah-ubah.

Macam baru-baru ini saya ada pergi ke Cape Town, South Africa. Saya terpaksa tukar duit Ringgit Malaysia ke Rand (mata wang South Africa) kerana Ringgit Malaysia tak laku di sana.

Sebab itu orang bijak kewangan suka simpan emas — ia bukan sekadar aset tempatan, tapi aset global yang boleh diwariskan dan dipegang tanpa had masa.

7. Emas Boleh Jadi “Backup Plan” Dalam Krisis

Bayangkan kalau sistem bank tergendala atau akaun dibekukan (seperti yang pernah berlaku semasa krisis kewangan di Greece dan Lebanon). Apabila itu berlaku, duit anda dalam bank hanyalah nombor dalam skrin.

Tapi kalau anda ada emas, anda ada aset sebenar di tangan. Ia tak bergantung pada sistem digital atau sistem kewangan kerajaan.

Sebab itu, orang bijak kewangan akan simpan sebahagian kekayaan mereka dalam bentuk emas bukan untuk cepat kaya, tapi untuk jamin masa depan.

8. Public Gold: Pilihan Mudah Untuk Simpan Emas Secara Patuh Syariah

Kalau anda nak mula, tak perlu pun susah nak kena beli gold bar yang besar-besar. Dengan Public Gold, anda boleh mula serendah RM100 sahaja melalui akaun emas Public Gold.

Sistemnya patuh syariah, disahkan oleh Amanie Advisors, dan anda boleh keluarkan emas anda dalam bentuk emas fizikal pada bila-bila.

Selain akaun emas, Public Gold juga menyediakan pelbagai pilihan gold bar, dinar, koleksi edisi khas, dan macam-macam lagi. Semuanya boleh diurus secara mudah melalui online.

Kesimpulan

Orang bijak kewangan tak simpan emas sebab ikut trend. Mereka simpan emas sebab mereka faham tentang nilai sebenar emas.

Jadi kalau anda baru nak mula untuk ubah tabiat kewangan anda, langkah pertama yang paling baik adalah tukarkan sebahagian simpanan tunai anda kepada emas. Tak perlu banyak, yang penting konsisten.

Kerana dalam dunia kewangan, bukan siapa yang ada paling banyak simpan duit tetapi siapa yang paling pandai menjaga nilai duitnya.

FAQ: Soalan Lazim Tentang Simpan Emas

1. Adakah simpan emas ini sama macam pelaburan?
Tidak semestinya. Simpan emas lebih kepada penyimpanan nilai (wealth preservation), dan bukannya spekulasi harga. Fokus untuk protect the value, bukannya nak kejar untung cepat.

2. Kalau harga emas turun, saya rugi tak?
Turun naik harga emas itu normal, sama seperti mana-mana aset dalam pelaburan. Tapi dalam jangka panjang (5-10 tahun), trend emas sentiasa naik kerana inflasi dan kekangan ekonomi.

3. Macam mana nak mula simpan emas dengan Public Gold?
Anda boleh buka akaun emas Public Gold secara online di www.publicgold.my/daftar/ dan mula serendah RM100.

4. Adakah simpanan emas patuh syariah?
Ya. Semua produk dan transaksi pembelian emas Public Gold disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors.

5. Bilakah masa yang terbaik untuk beli emas?
Jawapan ringkas — sekarang. Sebab yang penting ialah kuantiti emas anda, bukan harga harian. Lagi cepat anda mula, lagi banyak yang anda dapat kumpul.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment