Nak Beli Gold Bar, Dinar atau Akaun Emas? Panduan Lengkap Pilihan Terbaik

Fauzi Mohd Darus

Dikemaskini pada 8 September 2025.

Pening kepala nak pilih antara gold bar, dinar atau akaun emas? Jangan risau! Artikel ini akan bantu anda untuk fahamkan perbezaan ketiga-tiga pilihan ini supaya anda tahu yang mana satu yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Bagi orang baru nak mula invest dalam emas, memang keliru bila tengok ada berbagai pilihan. Ada gold bar dengan design yang cantik-cantik, ada dinar yang islamik dan klasik, dan ada pula akaun emas GAP yang nampak macam sophisticated.

Tapi sebenarnya, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Jom kita breakdown satu-satu!

Gold Bar – Beli Dan Simpan Sendiri

Gold bar atau jongkong emas adalah pilihan paling popular di kalangan penyimpan emas di Public Gold.

Kenapa? Sebab dia ada pelbagai design menarik yang boleh dijadikan sebagai koleksi.

Kelebihan Gold Bar:

Design yang cantik dan unik – Dari design World Cup, Marvel, Disney, sampai la ke yang limited edition, semuanya ada. Memang best untuk dijadikan sebagai koleksi dan hadiah untuk pasangan atau keluarga dan kenalan.

Mudah untuk disimpan – Saiz yang compact dan datang dengan packaging yang kemas, siap dengan sijil ketulenan emas lagi. Senang nak simpan dalam safe deposit box seperti di PG Safe.

Harga yang competitive – Harga 1 gram gold bar Public Gold adalah RM585 (dikemaskini 2025). Tetapi boleh dapat lebih murah kalau beli melalui akaun emas GAP.

Mudah untuk dijual semula – Bila nak cash out, senang je nak jual balik ke Public Gold dengan spread yang rendah. Kalau tak nak jual dekat Public Gold pun, boleh jual direct pada sesiapa yang mahu. Tetapi kena ingat, risiko jual beli selain dengan Public Gold adalah tanggungan sendiri.

Kekurangan Gold Bar:

Ada caj Gold Premium – Setiap transaksi yang melibatkan emas fizikal seperti gold bar dan dinar akan dikenakan caj Gold Premium. Caj ini bergantung pada design dari RM10 hingga RM80.

Risiko kehilangan – Kalau simpan sendiri, ada risiko ianya boleh hilang atau dicuri.

Dinar – Pilihan Klasik dan Syariah

Dinar Public Gold ni sebenarnya mengikut standard dinar emas Islamic yang bersejarah. Berat dia 4.25 gram setiap keping dan mempunyai ketulenan emas 999.

Kelebihan Dinar:

Mengikut standard syariah – Dinar ni mengikut standard Islamic Gold Dinar yang authentic. So boleh dibeli tanpa was-was.

Berat yang standard – 4.25 gram per keping, senang nak kira nilai. So kalau 5 dinar, bersamaan dengan 21.25 gram dan 10 dinar pula adalah 42.50 gram.

Design yang timeless – Design kaligrafi yang classic dan tak akan outdated membuatkan syiling emas dinar ini selalu dijadikan sebagai hadiah hantaran perkahwinan.

Sesuai untuk zakat – Ramai yang pilih dinar untuk bayar zakat sebab mengikut standard syariah kerana 20 dinar bersamaan dengan 85 gram emas iaitu syarat cukup untuk bayar zakat.

Kekurangan Dinar:

Pilihan design yang terhad – Tak dinafikan memang design dinar tak banyak. Design dinar tak ada macam design seperti gold bar berbentuk Marvel, Disnes dan sebagainya. Kalau ada, confirm cepat habis design dinar-dinar ni nanti.

Saiz yang besar – 4.25 gram tu agak besar untuk orang yang nak start dengan amount kecil. That’s why ramai yang start dengan akaun emas GAP.

Akaun Emas GAP – Pilihan Ramai Orang

Ni dia pilihan yang paling fleksibel dan paling popular dalam produk Public Gold!

Akaun emas GAP Public Gold membolehkan anda beli emas secara digital tanpa perlu pegang fizikal emas tu terus.

Kelebihan Akaun Emas GAP:

Minimum pembelian yang rendah – Boleh start dengan RM100 sahaja! Ya, RM100 sahaja!

Harga berubah setiap hari – Ikut harga spot gold dunia, kadang-kadang lagi murah dari physical gold. Tetapi kena rajin check jadual harga. Atau nak mudah, follow channel Telegram saya yang siap dengan kemaskini harga emas Public Gold setiap hari.

Takde risiko kehilangan – Emas GAP disimpan dalam vault Public Gold yang secure. So anda tak perlu risau tentang kehilangan emas GAP anda tu.

Boleh withdraw dalam bentuk apa sahaja – Nak gold bar? Boleh. Nak dinar? Pun boleh. Yang penting, anda kena ada dulu akaun emas GAP Public Gold.

Boleh buat auto-debit – Boleh set auto-debit untuk beli emas setiap bulan tanpa rasa bersalah. Kalau buat auto-debit minima RM200 selama 12 bulan, akan layak untuk join lucky draw Public Gold secara automatik.

Kekurangan Akaun Emas GAP:

Takde physical possession – Emas tu digital, tak boleh pegang terus macam gold bar dan dinar. So hanya boleh check sahajalah berapa baki akaun emas anak dari Public Gold app.

Kena bayar Gold Premium bila withdraw – Kalau nak tukar jadi physical gold, kena bayar caj Gold Premium. Tak la mahal tetapi bergantung pada size, berat dan design.

Dependent pada syarikat – Nak tak nak, anda akan terus bergantung pada Public Gold untuk manage akaun anda sebab emas GAP anda disimpan oleh Public Gold.

Mana Satu Yang Terbaik Untuk Anda?

Sebenarnya, tak ada jawapan mutlak untuk soalan ni. Bergantung pada situasi dan keperluan anda:

Pilih Gold Bar kalau:

  • Anda suka collect barang cantik-cantik
  • Ada tempat simpan yang selamat
  • Nak hadiahkan untuk orang tersayang sempena birthday, convo, wedding dan sebagainya
  • Budget sekali beli dalam RM500-RM600 ke atas

Pilih Dinar kalau:

  • Nak ikut standard syariah
  • Suka design classic yang tak akan outdated
  • Nak buat sebagai hantaran perkahwinan
  • Budget sekali beli dalam RM2,200 ke atas (untuk 1 dinar)

Pilih Akaun Emas GAP kalau:

  • Baru nak start invest dalam emas
  • Budget terhad (boleh start RM100)
  • Nak invest secara monthly dengan amount yang kecil
  • Takde tempat simpanan yang selamat
  • Suka fleksibiliti boleh tukar jadi physical gold pada bila-bila masa

Strategi Hybrid – Kenapa Tak Combine?

Ni dia secret yang ramai tak tahu. Kenapa perlu pilih kalau anda boleh beli ke-semuanya!

Contoh strategy yang saya recommend:

  1. Start dengan akaun emas GAP – Mula dengan RM100-300 sebulan
  2. Bila dah ada 5-10 gram dalam akaun emas GAP, withdraw sikit jadikan dalam bentuk gold bar
  3. Long term, accumulate untuk beli dinar dan tambah lagi aset simpanan emas untuk jangka masa panjang

Strategy ni bagus sebab anda akan dapat best of all worlds – fleksibiliti GAP, keindahan gold bar, dan value long-term dinar.

Tips Jimat Beli Emas Public Gold

Nak tahu cara paling jimat beli gold bar? Gunalah teknik akaun emas GAP!

Contoh:

  • Harga 1 gram gold bar: RM590
  • Harga 1 gram akaun emas GAP: RM533 (contoh)
  • Premium gold bar World Cup: RM15
  • Caj penghantaran: RM10

Total: RM533 + RM15 + RM10 = RM558

Jimat dalam RM32 per gram! Kalau beli 5 keping sekaligus, lagi jimat sebab caj penghantaran sekali je.

FAQ – Soalan Yang Selalu Ditanya

1. Mana lagi bagus untuk long-term investment?

Untuk long-term, akaun emas GAP dan dinar lebih sesuai. GAP sebab takde risk kehilangan dan mudah nak accumulate. Dinar pula sebab design dia timeless dan mengikut standard syariah yang authentic.

2. Kalau nak start dengan budget RM500, pilih yang mana?

Dengan budget RM500, saya recommend akaun emas GAP. Boleh beli dalam 1.2-1.3 gram (bergantung harga hari tu) dan boleh accumulate lagi bulan depan. Kalau beli gold bar, duit habis untuk 1 keping je.

3. Akaun emas GAP tu selamat ke? Takut company tutup macam mana?

Public Gold dah beroperasi bertahun-tahun dan regulated. Emas dalam GAP disimpan dalam vault yang insured. Tapi memang ada element of trust dengan syarikat. Kalau nak extra secure, better mix dengan physical gold jugak.

4. Boleh tak tukar dari gold bar kepada dinar atau sebaliknya?

Tak boleh direct exchange. Kena jual balik gold bar tu dulu, then beli dinar dengan duit yang dapat. Spread Public Gold untuk physical gold adalah 3-10% bergantung pada condition.

5. Berapa minimum nak start invest emas dengan Public Gold?

Minimum untuk akaun emas GAP adalah RM100. Untuk gold bar 1 gram, RM445. Untuk dinar 1 keping (4.25 gram), sekitar RM1,600-1,700.

6. Ada ke risk emas Public Gold ni fake?

Public Gold adalah syarikat berlesen dan emas mereka ada cert authenticity. Semua emas 999.9 purity. Tapi memang kena beli dari authorized dealer untuk pastikan authentic.

7. Kalau emergency nak cash out cepat, mana lagi senang?

Akaun emas GAP paling senang untuk cash out. Boleh jual online dan duit masuk dalam 1-2 hari kerja. Physical gold kena hantar balik atau pergi branch, so lagi lambat sikit.

8. Design gold bar tu akan affect nilai jual balik tak?

Tak affect sangat kalau jual balik ke Public Gold. Tapi kalau jual ke tempat lain, design limited edition atau popular mungkin dapat premium sikit. Design biasa semua harga sama je.

9. Zakat emas macam mana pengiraan dia?

Untuk emas simpanan, zakat 2.5% dari nilai semasa kalau dah cukup nisab (85 gram) dan dah setahun simpan. Contoh: kalau ada 100 gram emas nilai RM40,000, zakat = RM1,000.

10. Boleh beli emas untuk anak kecil tak?

Boleh! Ramai parent beli emas untuk anak sebagai investment long-term atau simpanan pendidikan. Akaun emas GAP bagus untuk ni sebab boleh accumulate slowly dan secure.

Kesimpulan: Tak kira pilih mana pun, yang penting adalah anda mula invest dalam emas. Start dengan apa yang sesuai dengan budget dan keperluan anda. Boleh tukar strategy kemudian bila dah ada experience.

History:

  • 14 Februari 2023 – Pertama kali diterbitkan
  • 2 Oktober 2024 – Kemaskini kali pertama
  • 8 September 2025 – Kemaskini kali kedua

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment