Public Gold Gold Bar 5 Gram Classic Design Kini Berwajah Baharu

Fauzi Mohd Darus

Public Gold sekali lagi memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri emas fizikal di Malaysia dengan memperkenalkan rekaan baharu Gold Bar Classic 5 gram (Au 999.9).

Bagi anda yang sedang mencari cara terbaik untuk mula menyimpan emas fizikal, gold bar Classic 5g versi terkini ini adalah antara pilihan paling praktikal dan signifikan untuk anda.

Rekaan Baharu Yang Lebih Eksklusif Dan Bermakna

Rekaan terbaharu gold bar Classic 5g ini tampil dengan rekaan yang lebih kemas, elegan dan moden, selari dengan imej Public Gold sebagai sebuah jenama dalam industri emas yang berpengalaman lebih 18 tahun.

Walaupun reka bentuk gold bar ini berubah, tetapi satu perkara yang kekal sama adalah nilai ketulenan emas itu sendiri.

Ketulenan 999.9 Gold Bar Classic 5 Gram

Gold bar Classic 5g inidiperbuat daripada emas tulen 999.9 yang bermaksud 99.99% unsur gold bar ini adalah emas.

Ini menjadikannya sesuai sebagai:

  • Simpanan untuk jangka masa panjang
  • Perlindungan nilai duit daripada inflasi
  • Aset fizikal yang mudah dijual (dicairkan)
  • Hadiah bernilai untuk diberikan kepada insan tersayang

Saiz gold bar 5 gram ini dianggap ideal kerana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. 

Ianya juga mudah disimpan, dijual dan sesuai untuk mereka yang baru nak mula simpan emas dengan Public Gold.

Sesuai Untuk Mereka Yang Baru Nak Mula

Ramai orang suka menangguh-nangguh untuk menyimpan emas kerana menyangka emas ini memerlukan modal yang besar.

Tetapi hakikatnya emas boleh dibeli dengan modal yang kecil dan tak perlu pun tunggu sampai “cukup duit”.

Bukan itu sahaja, gold bar 5g ini juga telah dimasukkan dalam senarai gold bar simpanan dan pelaburan, dan menjadikan harga gold bar ini berubah setiap 20 minit mengikut harga emas semasa di Public Gold.

Kekal Dengan Kualiti Dan Standard Antarabangsa

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold dihasilkan dengan kawalan kualiti yang ketat. Ketulenan emas dijamin, dan proses jual beli adalah telus serta disahkan patuh syariah.

Public Gold juga menawarkan jaminan belian balik (buyback) pada harga semasa mengikut pergerakan harga pasaran global. 

Ini memberikan ketenangan kepada pembeli kerana emas Public Gold sentiasa mempunyai nilai dalam pasaran.

Inilah antara faktor utama kenapa emas Public Gold terus menjadi pilihan jutaan penyimpan di Malaysia dan di luar negara.

Pelancaran Rasmi: 5 Februari 2026

Rekaan baharu gold bar Classic 5g ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Februari 2026 (Khamis) @ 10.00 pagi

Bagi memastikan anda tidak terlepas peluang memiliki gold bar edisi terbaharu ini, anda disarankan untuk top up akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) anda sekarang.

Melalui akaun emas GAP, anda boleh kumpul gram emas secara berperingkat sebelum menukarkannya kepada emas fizikal seperti gold bar Classic 5g ini.

Bukan Sekadar Emas, Tetapi Aset Bernilai

Emas bukan instrumen untuk anda kaya cepat. Ia adalah aset perlindungan nilai yang terbukti setelah sekian lama.

Dengan memiliki gold bar ini, anda sebenarnya sedang:

  • Melindungi kuasa beli
  • Mengurangkan risiko inflasi
  • Membina simpanan sebenar yang boleh diwariskan

Rekaan emas boleh berubah, tetapi nilai emas kekal relevan sepanjang masa.

Jika anda sedang menunggu masa yang sesuai untuk mula menyimpan emas, ini adalah masanya untuk anda bertindak sekarang.

Daftar segera akaun Public Gold dan jadi antara yang terawal memiliki Public Gold Classic Bar 5g (Au 999.9) dengan wajah baharu.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment