Bonus 5 gram percuma? Ini sebab kenapa anda patut beli emas 1 kilogram sekarang!

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Promosi percuma gold bar 5 gram ini sah sehingga 31 Mei 2025.

Sebut sahaja tentang simpanan emas, ramai yang terfikir untuk mula dengan berat yang kecil seperti 1 gram, 5 gram atau mungkin 10 gram. Itu pun dah bagus. Dah start menyimpan emas, dah dikira ok!

Tapi kalau anda dah biasa menyimpan emas atau anda seorang pemilik bisnes, pelabur jangka masa panjang, ataupun seseorang yang serius nak lindungi kekayaan anda daripada inflasi, beli emas 1 kilogram adalah pilihan yang bijak.

Kenapa?

Sebab beli emas dalam berat besar macam 1 kilogram gold bar bukan sahaja jimat, tetapi juga memberikan kelebihan kewangan yang lebih menarik. Di tambah pula sekarang ni, Public Gold pula sedang tawarkan gold bar 5 gram percuma bagi setiap pembelian gold bar 1 kilogram! Satu bonus yang sangat menguntungkan!

Kalau anda masih kurang yakin, jom ikuti perkongsian saya dalam artikel kali ini.

1. Harga Emas Per Gram Jauh Lebih Murah

Inilah kelebihan paling utama kalau beli emas dalam jumlah besar: harga per gram jadi jauh lebih rendah. Kalau anda bandingkan harga emas 1g, 10g dan 1kg, anda akan nampak dengan jelas perbezaan besar dari segi kos per gram seperti gambar di bawah.

Jadual harga emas Public Gold

Contohnya:

  • Gold bar 1 gram emas GAP Public Gold adalah RM480 segram.
  • Tapi bila anda beli gold bar 1 kilogram, harga per gram menjadi RM473 segram.

Bayangkan perbezaan sebanyak RM7 per gram ini kalau dikira dengan 1,000 gram, anda sebenarnya sudah jimat RM7,000 berbanding kalau anda beli emas secara kecil-kecilan sebanyak 1,000 kali!

Logiknya mudah: lebih besar berat emas, lebih rendah harga emas per gram.

Kos seperti minting (cetak), pengendalian dan pembungkusan jadi lebih efisien apabila dikira secara pukal. Jadi, kalau anda memang serius nak kumpul emas sebagai simpanan kekayaan, 1 kilogram emas Public Gold adalah pembelian yang paling berbaloi.

2. Lindungi Nilai Kekayaan dari Inflasi

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, duit Ringgit Malaysia makin mengecil nilainya dari tahun ke tahun. Wang tunai yang disimpan dalam bank mudah terjejas dengan inflasi. Sebaliknya, emas kekal sebagai pelindung nilai yang terbukti sejak dari zaman dahulu lagi.

Bagi pemilik bisnes, simpanan tunai dalam jumlah yang besar kadang-kadang tak produktif. Tapi kalau lebihan tunai itu ditukarkan kepada emas fizikal 1 kilogram, ianya bukan saja lebih selamat, malah boleh membantu melindungi nilai kekayaan perniagaan anda daripada kejatuhan mata wang.

Begitu juga bagi individu. Kalau anda dah ada simpanan kecemasan dan lebihan wang tak digunakan untuk tempoh tertentu, lebih baik ditukarkan sebahagiannya kepada emas. Ia jauh lebih stabil dan kurang terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi berbanding simpanan tunai.

Saya ada kongsikan perbezaan antara simpan duit dan emas dalam artikel sebelum ini.

3. Bonus Emas Percuma – 5 gram Setiap Pembelian 1 kilogram!

Public Gold kini menawarkan 5 gram gold bar secara PERCUMA bagi setiap pembelian 1 kilogram gold bar Public Gold!

Ini bukanlah tawaran yang biasa-biasa. Kalau rujuk pada jadual harga emas di atas, nilai 5 gram gold bar adalah RM2,500. Anda bukan sahaja jimat dari segi harga emas per gram, malah dapat pula gold bar tanpa perlu bayar sesen pun. Free! Percuma!

Apa nak buat dengan gold bar 5 gram ini?

  • Simpan sendiri sebagai aset tambahan
  • Jadikan hadiah kepada pasangan
  • Atau, gunakan sebagai alat promosi jika anda seorang dealer Public Gold

Public Gold memang terkenal dengan kempen yang memberikan added value kepada hampir 2 juta pelanggan mereka. Dan ini adalah salah satu peluang terbaik untuk anda dapatkan hari ini.

4. Sesuai Untuk Penyimpan Jangka Panjang

Bukan semua orang sesuai beli emas 1 kilogram (tapi of course melainkan jika anda memang nak membelinya). Tapi kalau anda termasuk dalam golongan yang mahukan simpanan untuk jangka masa panjang atau ingin lindungi duit bisnes dalam emas, ini adalah pembelian yang ideal.

Siapa yang sesuai beli emas 1 kilogram?

  • Pemilik bisnes – Yang nak pelbagaikan aset syarikat atau simpan lebihan tunai dengan cara lebih bijak dengan emas
  • Pelabur jangka panjang – Yang faham bahawa emas bukan untuk dijual dalam masa terdekat, tetapi untuk disimpan untuk jangka masa panjang
  • Penyimpan emas tegar – Yang nak maksimakan simpanan dan jimat kos dengan beli dalam kuantiti besar

Kalau anda simpan emas setiap bulan melalui Akaun Emas GAP, tak mustahil lama-lama anda berjaya cukupkan 1 kilogram. Cuma sekarang dengan promosi 5 gram percuma ini (selagi promosi masih ada), mungkin anda boleh pertimbangkan untuk capai 1 kilogram emas terus.

5. Boleh Dibeli Secara Ansuran (EPP)

Satu lagi berita baik—anda tak perlu bayar sekaligus untuk beli 1 kilogram!

Public Gold ada sediakan kaedah bayaran ansuran dikenali sebagai Easy Payment Purchase (EPP). Anda boleh pilih untuk bayar secara bulanan selama 6 atau 10 bulan, mengikut kemampuan anda. Contohnya:

  • EPP6 – Bayaran bulanan selama 6 bulan
  • EPP10 – Bayaran bulanan selama 10 bulan

Dengan EPP, anda boleh rancang pembelian besar secara bijak tanpa perlu mengganggu aliran tunai bulanan. Dan selepas ansuran selesai, anda terus dapat miliki gold bar 1 kilogram beserta bonus 5 gram anda secara percuma.

Macam Mana Nak Beli?

Langkah paling mudah:

  1. Daftar akaun Public Gold secara PERCUMA di sini
  2. Log masuk dan semak harga gold bar 1 kilogram
  3. Pilih untuk bayar penuh atau guna kaedah EPP
  4. Buat bayaran & simpan resit
  5. Kemudian boleh set appointment untuk collect di cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda

Jika anda nak beli guna Akaun Emas GAP pun boleh. Kumpul gram emas dari semasa ke semasa dan tebus bila dah cukup 1 kilogram.

Kesimpulan: Peluang Besar, Emas Besar

Beli emas 1 kilogram memang nampak besar nilainya. Tapi bila dikira dari sudut keuntungan jangka panjang, penjimatan harga per gram, dan sekarang ditambah pula dengan bonus percuma 5 gram gold bar, adalah peluang terbaik untuk anda mula simpan emas dalam skala yang besar.

Tak kisah samada anda penyimpan emas baharu atau lama, simpanan emas tetap menjadi pilihan yang terbaik untuk lindungi nilai wang dan aset anda. Dan kalau anda pemilik bisnes yang ada lebihan tunai boleh tukarkan wang simpanan bisnes anda dalam bentuk emas 1 kilogram hari ini.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment