Public Gold mempunyai dua jenis emas iaitu emas fizikal seperti goldbar dan dinar; dan satu lagi adalah akaun emas GAP.
Harga bagi kedua-dua jenis emas ini berbeza antara satu sama lain kerana harga goldbar dan dinar dikemaskini setiap 20 minit manakala harga akaun emas GAP dikemaskini setiap 12 tengah malam.
Tetapi, untuk goldbar dan dinar yang bersaiz kecil seperti goldbar 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 1/4 dinar dan 1/2 dinar, harganya tetap dan tidak berubah. Boleh rujuk artikel saya di ini, Cara Semak Harga Emas Public Gold.
Dan kalau anda nak beli goldbar bersaiz kecil seperti ini, better guna tips yang saya kongsikan di bawah.
Tips beli goldbar / dinar dengan cara jimat
Kita ambil contoh goldbar 5 gram. Harganya adalah tetap pada harga RM1,750. Kalau RM1,750 dibahagikn dengan 5 gram bermaksud 1 gram emas bersamaan dengan RM350.
Tetapi…tahu tak harga akaun emas GAP ketika artikel ini ditulis adalah RM320 segram?
Kalau nak jimat, saya galakkan anda beli melalui akaun emas GAP. Dengan harga RM320 segram, anda boleh beli emas 5 gram dengan hanya RM1,600 sahaja.
Tapi Encik Fauzi, saya nak goldbar 5 gram. Bukannya akaun emas GAP.
Salah satu kelebihan akaun emas GAP adalah kita boleh keluarkannya dalam bentuk emas fizikal. Tetapi syaratnya kena tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun emas.
So kalau nak keluarkan goldbar 5 gram, kena ada minima dalam akaun sebanyak 6 gram yang bersamaan dengan RM1,920.
Macam mahal sangat pulakkan kena bayar RM1,920?
Tetapi anda tidak semestinya kena beli sekaligus 6 gram dalam satu masa yang sama. Anda boleh kumpul emas sikit demi sedikit dalam akaun emas GAP anda sampailah cukup 6 gram dalam akaun.
Mungkin bulan ini anda beli 1 gram, bulan depan beli 1 gram lagi, dan seterusnya sampai la cukup 6 gram dalam akaun emas GAP anda.
Bila dah ada 6 gram, anda hanya perlu bayar caj premium RM10 dan caj Gold In Transit (GIT) sebanyak RM10 untuk keluarkan 5 gram goldbar dari akaun emas anda. Dan emas itu akan dihantar terus ke rumah anda tanpa anda perlu berbuat apa-apa pun.
Hanya tunggu emas sampai ke rumah dengan senyuman.