Public Gold Raih Pengiktirafan Dunia Guinness World Records

Fauzi Mohd Darus

Malaysia sekali lagi mencipta sejarah di peringkat antarabangsa apabila Public Gold diumumkan sebagai penerima pengiktirafan Guinness World Records bagi kategori The Most Gold ATM Deployments.

Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan Public Gold dalam menyediakan sebanyak 155 unit mesin ATM Public Gold di seluruh negara, sekali gus menjadi rekod tertinggi di dunia setakat ini.

Pengumuman rasmi ini dibuat sempena Malaysia Gold Conference 2026 yang berlangsung di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur pada 7 Januari 2026 yang lalu. Acara berprestij ini menghimpunkan pemain industri logam berharga, pakar kewangan serta komuniti penyimpan emas dari dalam dan luar negara.

Pencapaian Besar Untuk Industri Logam Berharga Malaysia

Pengiktirafan oleh Guinness World Records ini bukan sekadar kejayaan untuk Public Gold semata-mata tetapi ianya juga turut menjadi simbol kemajuan industri logam berharga Malaysia di mata dunia.

Buat pertama kalinya, sebuah syarikat tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2008 ini diiktiraf pada peringkat global di atas inovasi dan penyediaan infrastruktur emas fizikal yang begitu meluas.

Pencapaian ini juga mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem dan ekosistem yang dibangunkan oleh Public Gold yang kini mempunyai lebih 2.3 juta pelanggan di seluruh dunia.

Apa Itu Mesin ATM Public Gold Dan Kenapa Ia Istimewa

Mesin ATM Public Gold merupakan mesin ATM emas pertama di dunia yang digerakkan oleh teknologi fintech bertaraf antarabangsa. Melalui mesin ATM ini, orang ramai boleh membeli emas fizikal dengan cara yang lebih pantas, selamat dan telus, tanpa bergantung sepenuhnya kepada kaunter jualan tradisional.

Harga emas yang dipaparkan adalah telus dan dikemas kini mengikut pasaran semasa. Proses transaksi pula direka supaya mudah digunakan oleh orang awam, sama ada pembeli buat pertama kali atau penyimpan emas berpengalaman.

Selepas pembelian, pemilikan emas dapat dilakukan dengan segera, menjadikan pengalaman membeli emas jauh lebih praktikal dalam era digital.

Kepada anda yang menyimpan emas dalam akaun emas GAP Public Gold, boleh keluarkan emas anda ke dalam bentuk fizikal melalui mesin ATM Public Gold ini.

Merapatkan Jurang Pemilikan Emas Dalam Era Digital

Salah satu cabaran utama dalam simpanan emas sebelum ini adalah akses kerana tidak semua orang mempunyai masa atau peluang untuk hadir ke cawangan emas pada waktu operasi tertentu.

Dengan adanya mesin emas Public Gold ini, ianya dapat membantu merapatkan jurang, sekaligus membuka peluang pemilikan emas kepada lebih ramai lapisan masyarakat.

Inisiatif ini selari dengan misi Public Gold untuk menjadikan emas sebagai simpanan yang mudah diakses, difahami dan dimiliki oleh orang ramai.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini, emas kekal sebagai aset pelindung nilai yang relevan, dan kemudahan seperti Public Gold ATM memainkan peranan penting dalam memudahkan perancangan kewangan untuk jangka masa panjang.

Simbol Keyakinan Dan Masa Depan Public Gold

Pengiktirafan Guinness World Records ini mengukuhkan lagi kedudukan Public Gold sebagai peneraju inovasi dalam industri emas fizikal. Ia bukan sahaja membuktikan kemampuan teknologi dan operasi syarikat, malah mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap jenama tempatan yang berjaya menembusi pengiktirafan yang bertaraf dunia.

Dengan pencapaian ini, Public Gold terus melangkah ke hadapan sebagai pemacu utama kesedaran simpanan emas, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

Kejayaan ini diharap menjadi inspirasi kepada lebih banyak inovasi pada masa akan datang, demi memperkukuh ekosistem kewangan berasaskan emas yang selamat dan mampan.

Public Gold — Dari Malaysia, untuk dunia.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment