
Target simpan emas sampai cukup 20 dinar (atau 85 gram) emas.
Kenapa?
Apabila kita cukup simpanan sebanyak 20 dinar atau bersamaan dengan 85 gram (20 dinar x 4.25 gram), kita sudah pun layak untuk bayar zakat.
Sebab hanya orang yang kaya sahaja yang wajib bayar zakat dan kalau kita nak jadi orang yang kaya, simpanlah emas sampai kena bayar zakat.
“Itu bukan kaya. Itu rugi sebab kena bayar zakat!”
Itu la menjadi sebab kenapa sampai sekarang kita tak kaya-kaya kalau masih mempunyai pemikiran seperti ini.
Sebab masih fikirkan rugi kena bayar zakat.
Padahal zakat itu wajib untuk mereka yang menyimpan emas dan perak seperti dalil dalam sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.
Sahih Muslim
Bukan sahaja zakat itu wajib, malah zakat itu juga dapat menyucikan harta kita serta dapat bantu orang lain yang lebih memerlukan.
Jangan fikir berapa banyak yang kita keluarkan untuk bayar zakat sebab selagi mana kita pegang dan simpan, itu belum lagi milik kita.
Yang menjadi milik kita adalah apabila kita keluarkan dan berikan pada orang lain.
Itulah miliki kita yang sebenar-benarnya.
So gais, kalau nak jadi orang kaya di dunia dan di akhirat, simpanlah emas dan bayarlah zakat.
Saya doakan anda dan kita semua berjaya capai impian ini.
Aminnn…




